PROLOG

1.6K 65 5
                                    

"Sunsets are proof that endings can often be beautiful too."-Beau Taplin
___________________

TUBUHKU terasa lenguh yang amat. Mana tidaknya, hampir enam jam aku diikat di atas kerusi kayu ini. Aku mengeluh perlahan. Macam mana aku nak keluar dari tempat ni?

"Hubby, Farah janji akan jadi isteri solehah selepas ni." Gumamku perlahan.

Menyesal betul jadi isteri derhaka. Kejap! Agak-agak tindakan aku pagi tadi dah boleh buatkan aku jadi seorang isteri derhaka ke?

Alamak! Tak cium bau syurga la aku nampak gayanya.

Kedua-dua tanganku berusaha gigih untuk mengikat ikatan tali ditanganku. Namun, tidak berhasil. Mungkin penculik kali ini telah melakukan 'penambahbaikan'.

Tapi, kot ye pun nak lakukan penambahbaikan janganlah culik aku! Tak pasal-pasal aku dah rindu suami.

"KREK..."

Bunyi pintu ruangan sunyi itu dibuka. Dapat aku menangkap jelas wajah penculik tersebut. Hazel. Jejaka hazel! Jejaka sama yang menculikku beberapa bulan lepas.

"Kau dah sedar, sayang?" Jejaka itu mula maju ke arahku.

Euw... creepy betul mamat ni! Nak termuntah aku dengar. Ingat muka tu kacak, boleh panggil bini orang 'sayang' sesuka hati?

Jangan ya dek ya...

"Awak nak apa dengan saya?" Aku mendongak ke arahnya.

Smirk! Jejaka hazel tersebut tersenyum nakal ke arahku. Miang punya jantan!

"Kan aku dah pernah cakap, if I can't have you then no one can have you except me!" Dia menunjal kepalaku menggunakan jari telunjuknya.

Dia kemudiannya berhenti kemudian memegang hujung daguku dengan jejari runcingannya. Pandangan matanya kini seperti ingin menikamku.

"Aku tak faham, kenapa kau masih cintakan dia? You don't know him yet, Farah." Berkerut dahi lelaki itu menyoalku.

"Love is not about looks or status, it's a soul connection." Hujahku. Merenung ke dalam pelusuk anak mata hazelnya.

"And my soul is connected with his soul!" Sambungku. Berani bertentang mata dengannya yang sudah menyinga.

Tergelak kecil jejaka itu. Dia tersenyum mengejek ke arahku. Apa yang lucu?

"We'll see. Betul ke apa yang kau cakapkan tu, I think you'll be surprised when you hear your lovely husband confession." Seolah-olah cuba untuk menguji tahap kesetiaanku terhadap Tuan Eirman.

"Well, I guess my sweetheart love surprise right?" Dia cuba memprovokasiku.

Tiba-tiba, ruangan yang senyap sunyi itu dimeriahkan dengan beberapa das tembakan.

"DOR!"

"DOR!"

"DOR!"

Bunyi tiga das tembakan dari luar bangunan usang ini. Jejaka hazel merenung ke arahku dengan senyuman misteri.

"Mesti kau selalu tertanya-tanya kan apa itu REV?" Dia berbisik di tepi telinga kiriku. Bergetar tubuhku akibat takut.

"But today, aku rasa kau akan tahu sendiri."

"Tapi mampu ke kau terima dia lepas kau tahu kerja dia selama ni?" Dia koyak senyum mengejek.

"My husband is a CEO and owns many companies in Malaysia and Russia. Of course I know it!"

"I like your confidence though the next statement will easily broke it."

"What do you mean?" Berkerut dahiku memikirkan ayatnya.

"KREK..."

"Let go of my wife, damn it!" Tuan Eirman meluru ke arah kami berdua bersama senjata api di tangan kanannya.

Terbuntang luas biji mataku. Eirman tipu aku ke selama ini? Siapakah identiti jejaka yang bergelar suamiku ini?

Jebat Maleq, Fahd Athif, Razeen Hafiy dan Tuah Zidane dipandang. Mereka semua bersepakat untuk menipu aku?

"No! aku tak nak!"

"You're my enemy, don't touch my wife!" Marah Tuan Eirman.

"Aww, pity you artic fox. Yes, we're an enemy but your beautiful and lovely wife was the only your weakness." Dia tersenyum senget.

"In addition, she's pregnant right now. Mesti kasih sayang kau makin berganda kan?"

Terketap-ketap rahang Eirman sebaik sahaja mendengar ucapan jejaka hazel itu. Barangkali, tidak suka apabila bakal anak kami dijadikan sebagai 'barang taruhan'.

Tanpa menunggu lama, Tuan Eirman terus meluru ke arah kami berdua. Namun, jejaka hazel lebih pantas bertindak.

Pisau lipat kecil diletakkan pada leherku yang berlapik dengan selendang merah jambuku.

"If you come near, I'll kill her!"

"Jangan jadi bodoh! Lepaskan yunaya ledi sekarang!" Desak Tuah Zidane yang kemudiannya meluru ke arahku.

"Trevor, stop! He might really kill my wife!"

Trevor? Code name Tuah Zidane mungkin. Hampir mengalir juga air mataku saat ini. Sanggup mereka bersubahat dengan Tuan Eirman. Kali ini, atas alasan apa lagi?

"PUK!"

"PUK!"

"PUK!"

Bunyi tepukan bergema di dalam ruangan tersebut. Muncul seorang lelaki separuh berusia yang berjalan ke arah aku dan jejaka hazel.

"You lost. Let me settel them by my own." Ujar seorang jejaka yang baru sahaja masuk ke dalam ruangan tersebut.

"Ala...aku tak puas lagi!" Cebik jejaka hazel.

Wow! Jadi sekarang jejaka hazel ini merupakan anak buah orang tua ini? Tak padan dengan tua! Patutnya, pak cik pergi masjid bukannya sibuk nak culik bini orang.

"Lachowski. Muncul juga kau akhirnya ya?" Sinis nada Tuan Eirman.

"Of course, dah lama aku nantikan saat kejatuhan syarikat berpengaruh di Rusia seperti syarikat kau!" Sinis lelaki separuh berusia itu kepada Eirman.

"And now, aku dah susun rancangan yang menarik. And I can tell you that it went exactly as I planned!"

"Tak selagi aku ada." Ujar satu suara asing yang baru sahaja menapak.

Terbuntang luas biji mataku saat ini. Lelaki ini... kehadiran lelaki ini... kehadiran yang aku nantikan selama ini.

"Mr. F1?" Hampir bertaut keningku memandangnya.

Rupanya... dia selama ini...


Start: 28th August 2024, 00:34 a.m.

TUAN EIRMAN Where stories live. Discover now