"I'll never be that 'me' again."-b.m
__________________________
"I have told you many times, jangan bahayakan nyawa kau, Alisya!" Marah Fahd Athif seraya memandang raut wajah sugu Alisya Arianna.
Risau dia dengan rakannya yang seorang ini. Semakin menjadi-menjadi dendamnya terhadap pembunuh arwah Firman Zikri.
Dia agak kecewa kerana walaupun setelah beberapa tahun mencari maklumat pembunuh tersebut, ianya masih tidak dijumpai.
Alisya hanya mengangkat bahunya. Tidak mengendahkan nasihat Fahd. Dia tahu apa yang dia buat.
"If this is for him, I sanggup korbankan nyawa I Fahd."
Arwah Zikri sanggup korbankan nyawanya untuk orang yang dia sayang, Alisya pun sanggup juga untuk korbankan nyawanya.
"Kau jangan nak mengarut. Arwah dah berusaha keras supaya hubungan kau dan dia tak diketahui oleh pihak musuh. Dan kau, senang-senang je nak bagi pihak musuh indentiti kau?" Sampuk Jebat Maleq. Agak bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh gadis tersebut.
Tertunduk kepala Alisya Arianna dibuatnya. Sedar akan kesalahannya. Namun, ini satu-satunya perkara yang dia boleh buat.
"Saya tak nak kematian dia jadi sia-sia, korang faham tak?" Kata Alisya bersama mata yang berkaca-kaca. Menahan sebak.
Hatinya sakit bila terkenangkan memori manisnya bersama arwah Firman. He's kind and he's the one who treat me right.
"Kitaorang faham. But, we already promise that you don't need to put yourself into a dangerous situation, right?" Soal Fahd Athif.
"I remember that promise. Maafkan saya..." lirih Alisya. Air mata yang ditahan kini dibiarkan mengalir. Deras.
Memori manisnya bersama arwah Firman kian berlegar di kepalanya.
"AWAK suka tak?" Soal Firman Zikri. Lembut.
Cincin berjenama HABIB JEWELS dikeluarkan dan diberikan kepada Alisya. Ini adalah janji temu pertama mereka.
Suasana pantai membuatkan pemandangan di sekitar mereka tenang dan indah. Sesuai untuk keluar berjanji temu.
"Suka! Pandai awak pilih. Terima kasih, Fir." Kata Alisya Arianna. Gembira. Lesung pipit yang berada di pipi kirinya terserlah.
"Baguslah kalau awak suka, adik saya yang tolong saya pilihkan cincin ni. Saya tak pandai sangat bab-bab macam ni." Luah Firman Zikri. Jujur.
Dia ajak Farah teman dia pilih cincin, budak kecil tu on aje asalkan dapat ice cream.
"Well, she has a good taste!" Puji Alisya. Dia tak menyangkal bahawa cincin yang dipilih oleh Farah memang cantik.
"She is." Balas Firman Zikri. Ceria. Nasib baiklah Alisya suka.
YOU ARE READING
TUAN EIRMAN
Romance[FORRA's ROMANCE AND ACTION SIRI 1] "His eyes, was like a predator who's searching for his prey."-JEBAT MALEQ Tidak dapat aku tafsirkan maksud di sebalik ayat tersebut. Mangsa dan pemangsa. Nak belajar sains ke ni? Banyak benda yang aku tak tahu ten...