"If you see beauty in something, don't wait for others to agree."-Sherihan Gamal
_________________________1,2,3...
TAK berkelip mata Jebat Maleq saat ini. Barangkali masih mencerna pemandangan di hadapannya saat ini.
"Astagfirullah, maksiat!" Ujar Jebat Maleq sambil menutup mata.
Dia baru perasan akan jarak Farah dan Tuan Eirman yang agak dekat.
Alamak! Habis kotor otak suci dia ni. Kena selawat banyak-banyak lagi lah nanti.
Agak-agak lepas ni boleh jadi Ustaz Jebat tak?
"Nothing happened between us!" Tuan Eirman berdehem bagi menghilangkan gugupnya.
Dia kemudiannya berundur beberapa langkah ke belakang. Cukup memberikan ruang di antara kami berdua.
"Wait for me in the hospital lobby. You already bring 10 bodyguards here, right?" Soal Tuan Eirman kepada Jebat Maleq. Mata biru langitnya bertembung dengan mata hijau tua milik Jebat.
"Yes, I am." Jawab Jebat Maleq. Dia merenung ke arahku dan Eirman dengan tatapan mata yang curiga.
"What are you guys d-" Belum sempat Jebat Maleq meneruskan ucapannya, Tuan Eirman lebih pantas mencelah.
"You can go now." Tuan Eirman pantas menolak tubuh sasa Jebat Maleq keluar dari ruangan bilik rawatanku.
Kini, tinggal kami berdua kembali. Dia melangkah ke arahku yang sedang bersandar di kepala katil kembali.
Anak mata kami berhubung kembali. Dapat aku lihat ke dalam anak mata biru langitnya yang tampak resah.
"Take care of yourself. Ada 10 bodyguards aku yang jaga bilik ni dari pintu luar." Ucapnya. Dingin.
Namun, di sebalik nada dinginnya. Aku tahu, dia masih merisaukan keselamatanku.
Aww, how caring are you arctic fox!
"Terima kasih, Eir." Kataku. Selepas tiga tahun kami berpisah, ini kali pertama aku memanggil namanya selain gelaran 'Tuan'.
Dia kemudiannya mengangguk dan melangkah ke arah muka pintu. Belum sempat tangannya memulas tombol pintu, dia kemudiannya menoleh kembali ke arahku.
"Before I forget, your answer. I need your answer in a week." Ujarnya dengan dingin sebelum dia berlalu pergi.
Aku mencebikkan bibir. Kenapa jejaka tampan itu suka sangat memaksaku?
Aku kemudiannya menoleh ke arah meja kecil yang berada di sebelah katilku. Terdapat satu bouquet mawar putih beserta sekeping gambar lama. Tersentak aku buat seketika.
Terdapat gambar aku dan Tuan Eirman semasa kami bercinta dulu. Gambar kami tersenyum bersama. Senyuman manis Tuan Eirman yang jarang dilihat.
Ketika ini kami bergambar di Effiel Tower. Pada waktu itu aku bersama Tuan Eirman, Dato' Seri Borhan, Tan Sri Ehsan, Puan Sri Emelia dan Eirsha pergi ke Perancis bersama untuk mengunjungi cawangan hotel Osobennyy yang baru dibuka di sana.
Tanpa aku sedar, aku melakarkan senyuman kecil. Kenangan yang takkan aku lupakan, detik indah dalam kehidupanku.
Terdapat juga sepucuk nota kecil pada bouquet mawar putih tersebut. Tersentuh juga hatiku apabila membacanya.
I loved everything about you
Maybe too much
But how could I not love
That smile
That laughter
Those eyes
That humour
That passion
How could I not love you
If you were everything
I've ever wanted.
YOU ARE READING
TUAN EIRMAN
Romansa[FORRA's ROMANCE AND ACTION SIRI 1] "His eyes, was like a predator who's searching for his prey."-JEBAT MALEQ Tidak dapat aku tafsirkan maksud di sebalik ayat tersebut. Mangsa dan pemangsa. Nak belajar sains ke ni? Banyak benda yang aku tak tahu ten...