"Be a sunflower in a field of roses."-t.f.fox
______________________________
"I love white roses..." ujarku. Patutkah aku mengucapkan terima kasih? Malu lah pulak! Tadi kemain jual mahal.
Masalahnya darimana si Unknown ni tahu alamat rumah aku. Don't tell me that he's stalking me!
Curiga pula aku dibuatnya, Unknown okay ke tak okay ni? Seram pula dibuatnya.
"About my tok wan. Macam mana condition dia sekarang?" Tanyaku kepada doktor peribadi keluargaku, Dr. Khayla Shifa.
"Keadaan Dato' semakin menurun mungkin akibat faktor usianya." Balas Dr. Shifa.
"Takde apa-apa cara ke untuk tok wan sembuh?" Tanyaku. Risau.
"Malang sekali, tiada. Kanser paru-paru boleh membawa maut seperti yang anda tahu. Faktor usia Datuk yang sudah tua menjadikan antibodi Datuk semakin lemah." Balas Dr. Shifa.
Aku hanya mengangguk, tanda faham. Aku juga merupakan seorang doktor. Namun, ini bukan kepakaranku.
"Thank you, doctor." Aku menghadiahkan senyuman buatnya.
"You're welcome." Kata Dr. Shifa yang turut membalas senyumanku. Dia kemudiannya meninggalkanku sendirian di luar ruangan bilik VIP tok wan.
Aku takut. Macam mana kalau tok wan dah takde? Siapa yang nak dengar celoteh aku nanti? Ingin sahaja aku menangis di sini. Mama dan papa? Mereka tak pernah melawat tok wan semenjak tok wan masuk ke hospital. Kejam bukan?
Tiba-tiba, aku disapa oleh sosok wanita yang sudah berusia dalam lingkungan 50-an. It's Puan Emelia, Eirman and Eirsha's mama. Dah lama aku tak jumpa Aunty Emelia, rindu!
"Farah, are you okay?" Tanya Puan Sri Emelia. Risau.
"I'm okay, aunty. Farah cuma risau tentang condition tok wan." Balasku. Sebak. Nafas terasa agak sempit di dada.
"Oh My! Please don't crying. I'm here with you, sayang." Kata Puan Sri Emelia. Penuh kasih sayang.
Puan Sri Emelia lantas memelukku. Cuba memberikanku semangat. Aku membalas pelukannya. Hangatnya pelukan seorang ibu yang aku tak pernah dapat dari mama, Datin Dahlia. Akhirnya, meletus juga tangisan yang aku tahan selama ini.
"Aunty, kenapa nasib I macam ni?" Lirihku.
"Shut! Allah takkan uji kita kalau dia tahu kita tak mampu! And now, look at you Farah. You mampu, sebab tu Allah uji you." Kata Puan Sri Emelia.
Ada benarnya kata-kata Puan Sri Emelia tersebut. Tan Sri Ehsan yang baru sahaja tiba hanya tersenyum melihat gelagat mesra kami berdua.
"Haih! Dah macam menantu. Kita dah boleh start masuk meminang Farah untuk anak teruna kita ni." Sakat Tan Sri Ehsia. Cuba mengubah suasana.
YOU ARE READING
TUAN EIRMAN
Любовные романы[FORRA's ROMANCE AND ACTION SIRI 1] "His eyes, was like a predator who's searching for his prey."-JEBAT MALEQ Tidak dapat aku tafsirkan maksud di sebalik ayat tersebut. Mangsa dan pemangsa. Nak belajar sains ke ni? Banyak benda yang aku tak tahu ten...