TUANPUTERI | 16

257 23 4
                                    

"She lives the poetry she cannot write."-Oscar Wilde
_______

12 NOVEMBER 2021

"KAU nak makan apa hari ni?" Soal Tuan Eirman kepadaku. Lembut dan prihatin.

Walaupun masih lagi guna panggilan 'aku' dan 'kau'. Aku tahu, mungkin
dia belum biasakan diri lagi memanggilku dengan panggilan manja.

"Saya nak makan steak!"

Ini merupakan temu janji pertama kami sebagai sepasang pasangan kekasih. Jangan tanya, aku sendiri yang mengorat Eirman terlebih dahulu.

"Okay, jom!" Ajak Tuan Eirman sambil berjalan mendahuluiku menuju ke kereta mewahnya, Lamborghini Urus berwarna hitam yang terparkir di tempat letak kereta syarikatnya.

"Tunggulah!" Ujarku sambil mengejar langkah kakinya.

Tahulah kaki dia panjang, kaki kita pendek!

Setibanya aku di kereta, Tuan Eirman telah membukakan pintu tempat duduk penumpang di bahagian hadapan untukku.

"Get in, krasivyy." Pelawa Tuan Eirman. Lagak seperti seorang lelaki budiman.

Aku mengangguk lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta. Pintu kereta ditutup rapat oleh Eirman.

Dalam perjalanan kami menuju ke restoran kegemaranku. Terdapat beberapa soalan yang terlintas di benak pemikiranku.

"Awak, boleh saya tanya awak satu soalan?" Tanyaku. Berhati-hati.

"Boleh."

"Awak kenal tak arwah abang saya, Putra Firman Zikri?" Soalku.

"Tak."

"Betul ke?" Curigaku.

Belum sempat aku bertanya lebih, kereta mewah yang kami naiki telah tiba di hadapan bangunan restoran mewah.

"Kita dah sampai. Cepat turun sebelum aku tinggal." Ujar Tuan Eirman lantas memboloskan dirinya keluar dari perut kereta.

"Sabar boleh tak?" Marahku. Asyik nak cepat aje abe tuo sorang ni.

"Cepat membawa berkat." Balas Eirman. Seolah-olah dapat mendengar apa yang aku tuturkan di dalam hati sebentar tadi.

"Duduk elok-elok, tuan puteri." Arah Tuan Eirman.

Kerusi yang berada di situ ditarik terlebih dahulu, kemudian mengarahkan aku untuk berlabuh punggung di atas kerusi tersebut.

"Terima kasih." Ucapku sebaik sahaja berlabuh punggung di hadapan Tuan Eirman.

"You're welcome. All beautiful women are deserve to be treated nicely." Ujar Tuan Eirman dengan penuh romantis.

Berbahang wajahku dibuatnya, aku cantik ke? Tanpa sedar bahawa suara hatiku telah terbabas ke mulut.

"Tak." Kata orang yang berada di hadapanku ini.

"You ni ninja turtle ke?" Tanyaku.

Tersedak Eirman yang sedang menikmati kopi pahitnya.

"Tak, kenapa?"

"Suara hati saya, awak teka atau awak agak?"

"Aku tak agak, tapi suara hati kau sampai ke mulut dia terbabas!" Seloroh Tuan Eirman.

FLASHBACK OFF.

FLASHBACK OFF

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TUAN EIRMAN Where stories live. Discover now