"& in our silences we hide the loudest of words."-zahra
___________DETAP langkah kakiku berjalan di dalam ruangan pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur.
Semestinya ditemani oleh dua orang jejaka bertubuh sasa dan tampan yang merupakan bodyguards milik Tuan Eirman. Tak lain tak bukan, Tuah Zidane dan Razeen Hafiy.
"Yunaya ledi, banyak lagi ke barang yang you nak shopping?" Ujar Tuah Zidane bersama keluhan kecil. Dah empat jam dia teman Farah shopping.
Yunaya ledi nak seksa dia ke ni? Berdendam sangat nampaknya ni.
Aku koyak senyuman sinis. Siapa suruh setuju nak jadi bodyguards aku, kan dah mendapat!
"Dah." Kataku. Sepatah. Kesian pula tengok diaorang bimbit beg-beg plastik beli-belah aku.
"Okey, jom balik!" Sorak Razeen Hafiy. Lega. Kami bertiga berjalan keluar dari pusat beli belah tersebut menuju ke tempat parkir kereta.
Langkah kaki diatur ke sebuah kereta mewah berwarna hitam, Mercedes-Benz G Wagon.
"Thank you. Balance simpan ya, pak cik. Saya sedekah." Ujar Razeen sambil menghulurkan beberapa keping not RM 50 kepada pengawal keselamatan tersebut.
"Tiba-tiba you jadi baik harini, ada apa-apa yang I tak tahu ke Dollah?" Soal Tuah Zidane sebaik sahaja Razeen Hafiy memboloskan diri ke dalam perut kereta di posisi pemandu.
Kali ini, mereka berdua bergilir-gilir untuk memandu mengikut giliran masing-masing.
"Buat pahala, kau ade?" Sinis Razeen Hafiy.
"Riak watakabbur maan nas." Ujar Tuah Zidane. Menyampah. Jelingan maut dihadiahkan kepada Razeen.
Razeen hanya beriak biasa. Seolah-olah tidak terkesan langsung dengan jelingan Zaidane sebentar tadi.
"Devochka ada nak singgah mana-mana lagi ke?" Soal Razeen Hafiy.
"Ada, saya nak pergi Zus Coffee kejap." Kataku.
"Baik, let's go!" Ujar Razeen Hafiy sambil memulakan pemanduan.
Sebaik sahaja kereta mewah tersebut berhenti di hadapan kafeteria tersebut, Razeen Hafiy lantas membukakan pintu untukku.
"Get out, devochka." Kata Razeen. Lembut. Lagak seorang gentleman.
"Terima kasih." Kataku sambil memboloskan diri keluar dari perut kereta.
"I nak ke toilet kejap. You boleh masuk dengan Zaidane dulu." Maklum Razeen kepadaku.
Aku mengangguk sebagai tanda faham.
Aku dan Zaidane lantas berlalu masuk ke dalam kafeteria. Zaidane yang memberikan pesanan, manakala aku hanya menunggu di sudut hujung meja.
"Eh, macam kenal la orang kat depan ni." Gumamku secara perlahan apabila melihat seorang wanita di hadapan mejaku ini.
Tiba-tiba, wanita itu berpaling ke arahku. Glek! Ayla rupanya. Ayla hanya tersenyum sinis ke arahku.
"Tak sangka dapat jumpa you dekat sini." Ujar Ayla. Agak kasar.
"Waalaikumussalam." Kataku seolah-olah mendengarnya memberikan salam.
Adab mana adab? Takkan dah tak pandai bagi salam.
"Gedik!" Herdik Ayla kepadaku.
Bulat mataku dibuatnya, takkan bagi salam pun dikira gedik? Dia sendiri yang gedik tak nak cermin!
YOU ARE READING
TUAN EIRMAN
Romance[FORRA's ROMANCE AND ACTION SIRI 1] "His eyes, was like a predator who's searching for his prey."-JEBAT MALEQ Tidak dapat aku tafsirkan maksud di sebalik ayat tersebut. Mangsa dan pemangsa. Nak belajar sains ke ni? Banyak benda yang aku tak tahu ten...