"If it's meant to be, it'll be."
___________________WARNING!⚠️ Babak kali ini mempunyai unsur keganasan yang mungkin tidak akan menyenangkan pembaca.
TUAN Eirman berjalan menuruni setiap anak tangga untuk menuju ke bilik bawah tanah. Sebilah parang di tangan kanannya digeserkan ke dinding. Cukup bagi mencetuskan bunyi geseran.
"SRIK..."
"Let me go!" Raung Artha sekuat hati. Namun, hampa apabila raungannya tidak dapat didengari oleh orang lain kecuali... Tuan Eirman.
"Shut! A good boy won't be noisy right?" Ujar Tuan Eirman seraya mendekati Artha yang diikat kemas di atas kerusi.
"Zhelezo... let me go. I'm begging you!" Rayu Artha dengan gementar. Sebilah parang yang dipegang oleh Tuan Eirman cukup membuatkan dia berasa seram sejuk.
"Tck, tck... Mana boleh macam tu. Macam mana aku nak have fun kalau aku lepaskan kau?" Kata Tuan Eirman sambil mengasahkan parangnya. Nak seksa orang jahat, mestilah kena guna barang bagus kan?
"SRIK..."
"SRIK..."
"What are you saying? I can't understand." Soal Artha yang kelihatan terpinga-pinga.
"Itulah, kecil-kecil tak nak mati, besar-besar menyusahkan orang!" Sembur Tuan Eirman sedas walaupun dia tahu yang Artha memang takkan faham.
"What?" Berkerut dahi licin Artha sambil mencuba memahami maksud perkataan Tuan Eirman.
"I said, I can't let you go... if I let you go, how am I going to have fun?" Ujar Tuan Eirman tak ubah seperti penterjemah bahasa. Namun, senyuman misteri masih lagi terukir di bibirnya.
Gulp! Tertelan air liur Artha sebaik sahaja mendengar ucapan Tuan Eirman tersebut.
"You wouldn't dare..." dia menatap Tuan Eirman dengan tatapan mata yang tidak percaya.
"Who said?" Tuan Eirman melangkah merapati Artha. Dia kemudiannya mendekatkan bibirnya di tepi kiri telinga Artha.
"In fact, I miss the smell and taste of blood..." Gemersik Tuan Eirman. Bergetar tubuh Artha apabila mendengar ucapan tersebut.
"Especially... yours, Artha." Tuan Eirman mengukir senyuman sinis.
"What do you want from me?!" Tempik Artha yang hampir kehilangan kesabarannya.
"What I want from you?" Ulang Tuan Eirman kembali.
"Tck, tck... Don't you understand the language? I want the secret information of your group!" Tuan Eirman merapatkan parangnya di leher Artha. Cukup untuk memberikan luka kecil.
"I'll not betray my group!" Artha meringis kesakitan apabila merasa parang di lehernya ditekan semakin dalam.
"TIS..."
Darah dari leher Artha mengalir keluar kemudiannya jatuh ke lantai.
"Argh!" Ringis Artha menahan kesakitan.
YOU ARE READING
TUAN EIRMAN
Romance[FORRA's ROMANCE AND ACTION SIRI 1] "His eyes, was like a predator who's searching for his prey."-JEBAT MALEQ Tidak dapat aku tafsirkan maksud di sebalik ayat tersebut. Mangsa dan pemangsa. Nak belajar sains ke ni? Banyak benda yang aku tak tahu ten...