TUANPUTERI | 01

714 59 9
                                    

"Maybe, true happiness is when we are happy with ourselves."-faraway
____________________

1 JANUARI 2021

"TOK!"

"TOK!"

"Bangun, turun makan." Ujar adik perempuanku, Fareha dengan dingin sebelum langkah kakinya pergi meninggalkan bilikku.

"Baik!" Sahutku dari dalam bilik.

Aku lantas bangun dari perbaringan dan berjalan menuju ke meja makan. Mama, papa dan dua orang adikku telah duduk di atas kerusi meja makan.

"Kenapa lambat? Kalau kau tak nak makan sekali, cakap!" Suara tengkingan Dato' Farish Ikmal mengejutkanku.

"Sorry, papa. Kakak baru bangun tadi." Ujarku sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Bukannya aku sengaja untuk sambung tidur selepas subuh tadi. Aku nak hilangkan penat sahaja, semalam aku selesaikan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarahku, Dr. Syazwani. Berlambak gila!

Katanya dia akan mengambil cuti bersalin, jadi kemungkinan ada pensyarah lain yang akan menggantikannya. Jadi disebabkan itu hanyalah kemungkinan, lebih baik aku siapkan awal-awal. Nanti aku dah tak payah fikir tentang tugasan.

"Whatever! Let's eat!" Suara Datin Dahlia Zulaikha menghentikan lamunanku. Cepat-cepat aku membaca doa dan makan. Dari sini, aku dapat melihat cara layanan ibu bapaku terhadap adik-adikku. Penuh rasa kasih sayang. Sungguh, aku cemburu! Mengapa aku tidak diperlakukan sebegitu?

"Nah, makan ni kesayangan-kesayangan mama." Kata mamaku sambil meletakkan beberapa jenis lauk pauk ke dalam pinggan adik-adikku dengan penuh senyuman.

"Nanti kalau Eha dan Atin perlukan apa-apa bagitahu papa tau!" Ujar papaku, nada suaranya tak ubah seperti mamaku. Lembut dan memanjakan adik-adikku.

"Papa, Atin teringin nak ada kereta. Can I have one?" Tanya adik keduaku, Fatin.

"Okay, but make sure your exam results cemerlang boleh?" Jawab Papaku. Laju kepala adikku mengangguk.

"Okay, papa!" Balas Fatin dengan ceria.

Aku hanya diam mendengar, kereta pertamaku? Aku membelinya sendiri, Proton Saga. Nasib adik-adikku bertuah ibu bapaku mahu membelikan kereta mewah buat mereka.

Aku cemburu? Ya, sangat!

SEUSAI aku mandi dan menunaikan solat dzuhur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEUSAI aku mandi dan menunaikan solat dzuhur. Cepat-cepat aku bersiap untuk keluar ke kafe kepunyaan tok wanku, Florence's Caffe.

TUAN EIRMAN Where stories live. Discover now