"Staying quiet doesn't mean I have nothing to say, it means I don't think you're ready to hear my thoughts."-Ernest Hemingway
____________________________
MAKAN malam berjalan dengan lancar. Rupanya Tan Sri Ehsan dan Puan Sri Emilia memiliki seorang lagi anak. Yang ini anak perempuan mereka, Tuan Eirsha Erdina. Adik perempuan Tuan Eirman Elhan.
Cantik macam Puan Sri Emelia. Cuma, mata Eirsha berwarna hitam pekat mewarisi dari Tan Sri Ehsan. Mata Tuan Eirman sahaja yang mewarisi dari Puan Emelia, icy blue eyes.
"Tak sabarnya I nak ajak you shopping, Farah!" Kata Eirsha dengan nada teruja. Kami sebaya, 21 Tahun. Eirman pula 12 tahun lebih tua dari kami.
"Well, saya pun tak sabar!" Kataku bersungguh-sungguh. Tiada lah rasa berdebar sangat kalau berbual dengan Eirsha ni, kalau nak hadap muka Tuan Eirman. Huh! Makan jelingan maut lah jawabnya.
Tok wan pula ralit berbual dengan Tan Sri Ehsan dan Puan Sri Emelia, entah apa yang dibincangkan oleh mereka bertiga.
Aku melirik sekilas wajah tampan milik Tuan Eirman, tiada janggut dan misai. Jambang pun tak ada! Alhamdulillah, sebab aku bukannya peminat lelaki berkumis pun!
Pembetulan aku tak suka lelaki berkumis, lelaki berkumis pun tak suka aku. Fair! Jadi jangan terasa lah kalau ada yang minat lelaki berkumis.
Bila dua hingga tiga kali tengok wajah Tuan Eirman ni memang tak nampak muka Melayu, memang nampak muka orang Rusia. Hidung mancung, alis tebal, berkulit sawo matang, bibir berwarna merah jambu dan warna mata biru muda yang memukau.
Berbeza pula dengan Eirsha, alis yang berwarna hitam walaupun tidak lebat, hidung mancung, berkulit putih gebu, bibir berwarna merah jambu serta mata yang berwarna hitam pekat.
Aura mereka berdua sungguh berbeza! Tuan Eirman dingin, beku dan pendiam. Manakala, Eirsha seorang yang ceria, peramah, dan suka bercakap.
Selesai sahaja makan malam. Aku pulang bersama tok wan. Sedar tak sedar, aku sudah semakin akrab dengan keluarga Tan Sri Ehsan dan Puan Sri Emilia. Mereka memberiku layanan yang baik. Kalau lah mama dan papa layan aku macam tu... aku mesti happy kan?
Ya Allah, tak baik aku mengeluh dengan nasib hidup sendiri. Macam tidak bersyukur pula... Mungkin mama dan papa melayanku dengan kasar. Ini semua angkara satu insiden kemalangan 17 tahun yang lalu.
11 SEPTEMBER 2007
"ABANG lepas ni Farah nak pergi makan ais krim. Lepas tu, kita tengok wayang sama-sama tau!" Ujarku ceria kepada abang Firman. Dia lebih tua 12 tahun dariku.
"Okay, anything for you princess." Balas Firman lembut.
"Don't forget to take care of yourselves both, Farah and Fir." Pesan mama yang sarat mengandungkan adik kembarku.
YOU ARE READING
TUAN EIRMAN
Romance[FORRA's ROMANCE AND ACTION SIRI 1] "His eyes, was like a predator who's searching for his prey."-JEBAT MALEQ Tidak dapat aku tafsirkan maksud di sebalik ayat tersebut. Mangsa dan pemangsa. Nak belajar sains ke ni? Banyak benda yang aku tak tahu ten...