3.
Dah beberapa minggu ni, aku tak dapat call dan mesej balas dari Dino. Entah dia masih marahkan aku atau apa aku sendiri tak tahu. Aku yang berada didapur itu tenung phone itu kosong. "Cik Aila?!" panggilan nama yang kuat itu buatkan aku kalih ke figura tersebut. Aireen. Salah satu staff yang paling boleh diharap buat masa sekarang. "ya, Aireen?" sopan aku menjawab. "ada pelanggan nak jumpa." laju sahaja phone aku masukkan dalam poket seluar dan berjalan keluar dari dapur.
Aku berdehem, sebelum ukirkan senyuman kearah customer tersebut. "ya, ada yang boleh saya bantu?" matanya bergerak perlahan dari hujung kepala, sehinggalah ke perut. Itu je laa yang dia nampak, sebab terhalang meja. Aku biarkan. "Aila?" nama aku dia sebut. "iya? Kenapa?" rambut panjangnya diselak kebelakang.
"so I, Wawa. Girlfriend tunang you." dia satukan jemarinya angkuh dia meja kaunter. Aku senyum kambing. "awak sure ke boyfriend awak tu, tunang saya?" sahaja aku panjangkan bicara, yang sebenarnya mampu settle dalam masa beberapa je. "come on girl, dah banyak kali rasanya bunga kita tertukar. I got your name thrice." aku tertunduk dan mengganguk. "what your propose here?" aku cuba bertenang, ini bukanlah peringkat awal. Jadi buat apa untuk aku keruhkan keadaan. "Aila, you nampak baik Dino tak layak untuk you." aku senyum.
Aku betulkan apron. "terima kasih atas perhatian, Cik Wawa keatas saya. Tapi urusan tak layak mahupun layak tu biar saya yang buat keputusan. Lagipun saya bercinta dengan dia almost three years. Saya kenal dia," lagi-lagi rambut dia kibas kemudian ketawa kecil. "so you nak biarkan je la?" senyuman aku ukirkan. "Cik Wawa ada apa-apa lagi ke, saya ada banyak kerja dekat dapur." belum sempat dia bersuara laju aku mencantas. "saya masuk dulu, Asalamualaikum."
Malam sunyi dihiasi dengan langit yang dihiasi bintang itu buatkan aku tenang. Seketika mata aku pejam, cuba mencari kedamaian. Tanpa sedar butir air mata itu jatuh. Apa yang berlaku sekarang ni pun aku tak tahu. Mana pergi semangat aku dulu? Lagi-lagi nafas aku hela. Cincin dijari aku main kecil. "should I end this?"
Bintang yang bersinar terang itu aku lihat, tangan aku masukkan dalam poket seluar. Menatap bintang dari bawah bumbung bustop ini serba sedikit buatkan aku ukirkan senyuman. Nafas perlahan aku hela, waktu ni je pun aku nak lepaskan keluh kesah sebab lepas ni mungkin akan lebih strong. Menjadi Doktor adalah cita-cita aku dari kecil lagi. Tapi untuk dapatkan gelaran Doktor Pakar adalah hal yang tak pernah terlintas di benak fikiran aku.
Aku anggap ini sebagai rezeki atas usaha aku selama ni. Aku tinggalkan keluarga di New York hanya untuk sambung master di Malaysia dan mendapatkan segulung Ijazah lalu bergelar Doktor. Jujur bangga dengan diri sendiri. Aku bawa tangan kanan kedada dan tepuk perlahan. Aku lepaskan nafas, dan entah mengapa pandangan aku dibawa kearah lorong kedai yang sudah gelap itu. Gadis dengan muka kecil itu sangat mencuit hati, walaupun tingkah yang ditunjukkan tu la besar sangat tapi benar-benar buatkan aku cair.
"hye!" dia dengan lambaian kecil dia, mata cherry itu buatkan aku angau.
"eh? Ni kan payung awak..encik.." the way she waits for me to say my name, then giveup immediately. God she's cute! "Hansol. Chwe Hansol." mahu sahaja aku menyebutnya tapi kenapa mulut aku enggan untuk membalas dua hari lepas?
"encik brolly." aku tertunduk seketika sambil ketawa kecil. Suara perlahannya terdengar sangat renyah masuk dalam telinga aku waktu tu. "oh my god, I can't stop thinking about her." aku tutup muka dengan kedua-dua belah tangan, cuba tenangkan diri dengan cara sendiri. Tapi pudar tatkala phone milik aku berdering. Laju aku bawa keluar dari poket seluar, nombor yang tertera itu buatkan aku mulakan langkah. "yes? Okay im in."
Laju aku berjalan masuk dalam bilik rawatan jabatan OCG terlebih dahulu, buka jaket dan capai coat putih labuh itu. Pintu yang terbuka, buatkan aku angkat kepala seketika sebelum pandangan aku jatuh kembali kearah meja. "Doktor, patient tahan sakit dari airport..kepala baby dah keluar." aku mengganguk.
"let's go Yanis!" berdecit aku berjalan keluar dari bilik dan menuju ke labour room. Hembusan nafas yang sedang dikawal dengan genggaman kuat kedua tangan suami isteri itu buatkan aku serba sedikit rasa serbasalah. " baby heart rate?" lincah tangan aku memakai sarung tangan. "160 beats per minutes!" aku geleng kepala sendiri. "bp?" kaki wanita itu aku pegang, kain aku selak. "140/90!"
"okay Puan, tenang..kalau saya cakap push Puan cuba tolak ya.." jelas terlihat ubun-ubun kepala sikecil. Tapi tak boleh nak tarik. "suami tolong bagi semangat." disambung Yanis. Dengan bacaan bismillah, nafas aku hela. "tarik nafas, Push Puan!" kuat jeritannya memecahkan keheningan seketika tadi. Lagi-lagi semangat diberikan kepada tuan badan. Selepas beberapa minit berjuang, akhirnya bayi berjaya dikeluarkan. Bayi kecil itu lajukan aku serahkan kepada nurse. Punggung ditepuk, dan buang segala sisa yang berada dalam mulutnya.
Esakkan kuat yang berjaya mengukirkan senyuman semua orang itu buatkan aku hela nafas lega. "Alhamdulilah, baby boy.." aku berjabat tangan dengan figura lelaki yang dari tadi fokus dengan keadaan kedua-dua nyawanya. "kami akan letakkan baby dalam ekubator untuk kawal degupan jantung, lepastu Tuan boleh azankan baby la.." tangan diletakkan didada, sebagai tanda terima kasih. Sempat aku berikan senyuman sebelum keluar tinggalkan labour room.
Toilet aku tuju bersihkan tangan dan cuci muka, lalu ambil masa untuk tenangkan diri seketika. Bila dah betul-betul yakin, barulah aku melangkah keluar dari toilet. Tapi terhincut bahu, bila gadis tadi sudah terpacak terlebih dahulu dihadapan pintu tandas lelaki. Aku menjeling sekilas, dan bertapak satu langkah keluar dari toilet.
"ya? Ada apa-apa masalah lagi ke Yanis?" sopan aku bertanya, walaupun aku tahu dia tiada tujuan langsung. Laju dia menggeleng. "saya cuma nak ucap tahniah, you did well Doktor." aku senyum segaris dan mengganguk kecil. "saya masuk dulu.." aku minta izin untuk beredar. "eh! Doktor! Doktor! Nanti kejap!" tangan yang sengaja didepa besar itu menghalang jalan aku. "Apa lagi ni?" sudahlah masih ada lagi urusan yang perlu diselesaikan.
"Doktor dah makan ke?" nafas berat aku hela. Kening aku garu dengan kelingking. "dah Yanis saya dah makan, terima kasih." sempat aku senyum menampakkan gigi putih milkku sebelum beredar dari situ.
Kaunter wad 554F aku tuju, tangan aku hulur meminta semua dokumen pesakit untuk ditanda tangan. aku perhati satu persatu lembar, membaca dengan teliti. Kening aku bertaut. "excuse me?" salah satu nurse yang bekerja shift malam itu terus melihat kearah aku. "ye Doktor?" aku tunjuk senarai pesakit yang dah discharge harini. "kenapa ramai sangat yang keluar harini? Who's permissions?" serius aku bertanya.
"Doktor Maya."
Aku mengganguk, mujurlah ada dia.
YOU ARE READING
Dia Chwe's •||• HOLD
RomanceSeparuh jiwaku hilang hanya kerana satu kesalahan. Tapi apakah kekal rasa cinta yang dipupuk selama ini? Adakah masih ada sayang dan kasih? atau hanya sekadar memori? Dan yang tinggal hanyalah rindu yang tidak berpenghujung. "I miss you! Always and...