1.
Aku berdiri tegak dihadapan bangunan kedai yang masih kosong. Tangan aku bawa kemulut dan menutup rapat. Segala agreement yang baru aku terima tadi aku peluk erat. Tak sangka dalam usia yang muda macam ni aku berjaya buka barkery sendiri. Pintu kaca yang tinggi itu perlahan aku tolak. Dengan excitednya, tangan aku depa dan berlari sekeliling kedai yang sunyi itu. Dinding aku sentuh dengan hujung jari, nak rasa vibes 'sentuhan pertama' gitu.
Sungguh aku tak percaya. Kini aku labuhkan punggung ditengah-tengah kedai, cuba mengamati setiap inci hasil titik peluh aku sendiri. Lama aku termenung. Tangan kanan aku angkat dan perlahan aku gerakkan mengikut arah mata. Tak lekang senyuman dibibir. Tapi terhenti tatkala satu cincin yang elok tersemat di jari manis milikku. Nafas aku hela, dengan senyuman kecil. "I got a dream, and a prince." lalu ketawa dengan gurauan sendiri.
"akak!" jeritan kuat yang tak berhenti dari pintu masuk itu buatkan aku mentutup telinga rapat. Dengan yakinnya dia datang memeluk tubuh kecil milikku. Berusaha aku tolak badannya. "ey! Ash!" hampir sahaja aku dengannya hendak terlentang mujur refleks aku cepat sempat kami ketawa kuat, laju sebelum laju tangan aku hinggap dibahunya. "buang tebiat ke apa? Peluk-peluk aku?" dia buat muka annoying. "eh Akak, bersyukur sikit tau..aku ni ponteng kelas petang semata-mata nak tengok kedai buruk kau ni."
Terus sahaja mata aku membesar. "bur--?" sekali lagi tumbukan hampir mengenai mukanya, tapi macam biasa dia terlebih dahulu menahan tangan kecil aku dan dengan bangga dia tayang gigi penuhnya. "Ash, kau rasakan, Dino datang tak?" sahaja aku bertanya. Laju Ash menggeleng. "memang taklah, kau tak tahu ke tunang kau tu sibuk mengalahkan CEO?" keningnya bertaut. "betullah dia CEO." dia yang bagi statement tu, lepastu dia juga yang menjawab.
Aku garu leher aku yang tak gatal itu, ya aku sedar Dino adalah orang yang sangat sibuk. Sampaikan perjumpaan keluarga untuk memperkenalkan Dino dengan keluarga pihak aku batal berkali-kali. Jadi bila ada kesempatan terus sahaja kami ambil keputusan untuk bertunang.
Supaya tak menggangu jadual kerjanya lagi. Aku mengeluh ringan. "he supposed to be here..." aku bermonolog. Kaki Ash yang bergoyang tanpa henti itu menggangu lamunan aku. "kau pahal?" drastik kakinya dilipat, dan pandangan serius itu dibawa kearah aku. "kau tak rasa ke yang lately ni Dino macam..." tangan dan muka sama aksinya, macam nak cakap tapi tak lepas. Aku fokus. "macam...?" aku serius. Mata kami bertembung, tangan dia tepuk dan laju dia menggeleng. "tak ada apa la..aku lapar la!" muka aku datar.
"jom makan," dia berdiri. Aku tengok dia. Lekas sahaja tangan dihulur. Aku menyambutnya. Bahunya aku raih dan menarik dia rapat kearah aku. "siapa yang sampai depan pintu tu dulu, dia makan free harini." belum sempat dia menjawab, laju aku buka langkah tinggalkan dia dibelakang. "Hoi!" jeritan dia benar-benar buatkan aku puas.
Air rambut yang menitik itu buatkan aku laju berjalan mencapai towel yang elok terletak di penyangkut. Lincah tangan bekerja manakala kaki pula menuju ke arah hair dryer yang dari tadi sudah dinyalakan itu. Tenang sekali aku mengeringkan rambut, sempat la posing depan cermin toilet untuk beberapa saat. Aku matikan plug. Baru nak berkemas, phone yang berdering kuat itu buatkan aku berlari menuju ke katil.
Dengan angkuh aku mengangkat. "hm?"
"Love, saya dekat bawah..turun please?"
Aku berjengket sedikit, untuk mengintai. Memang jelas terlihat figura lelaki yang bersuit dan tangan yang masih memegang phone ditelinga. Sahaja nak tengok tingkah laku dia, mujur cermin dalam bilik ni hanya yang dalam rumah sahaja boleh melihat. "please?"
Pintu rumah aku tutup, sahaja aku langkah perlahan dengan tangan yang dilapikkan kedada. Sikitpun aku tak kalih kearahnya. Sibuk tengok kereta jiran.
"hye.." bila dia mulakan bicara, jelingan tajam terus aku berikan kepadanya. "ui..garangnya." nadanya nampak serbasalah. Aku biarkan. "nak apa?" lagi-lagi suara datar aku utarakan. Sejambak bunga rose's yang disela dengan chocolate Ferrero Roshe itu dihulurkan. Aku jeling sedikit. "saya tak makan rasuah." lagi dekat huluran dengan senyuman lebar ditayangkan supaya aku terima bunganya. "sorry laa, Love bukan taknak datang tapi.." dia berjeda sambil mengintai wajah aku. "meeting?"
Dia mengganguk. Tangan disatukan, tanda maaf dengan reaksi muka kesal itu berjaya buat hati aku cair. Laju bunga aku capai. "Dino janji ini yang terakhir." dia angkat tangan kanan separas bahu, mengangkat sumpah. "sum--" laju aku tunding jari kearahnya. "makan sumpah sendiri baru tahu!" terus bibirnya dikemam.
Aku hela nafas. "takpalaa..nak buat macam mana saya faham je..tapi awak kena datang minggu depan." dia mengganguk. "wajib!" lagi-lagi dia mengganguk. "promise.." barulah aku ukirkan senyuman bila aku benar-benar yakin. "thank you."
"welcome, Love."
Dua tiga hari ni, memang sibuk uruskan kedai. Interior design yang aku pilih sendiri. Puas hati. Segala meja makan, kerusi, peti ais, dan semua yang berkenaan. Aku tengok dekat. "im so excited to full you tomorrow!" aku ketuk perlahan dengan jari telunjuk. Lampu aku buka, terus timbul vibes aesthetic. Aku cekak pinggang, bangga dengan vendor dan sentuhan sendiri. Tangan aku depa. Ambil bau. "tinggal esok je... semoga dipermudahkan segala urusan." aku mengaminkan doa.
Phone yang berbunyi itu sedarkan aku yang ada dinner date dengan Dino. Dengan gelabah handbag aku capai dan pintu kedai aku kunci. Hujan yang tiba-tiba lebt itu buatkan aku mengeluh. "no.." aku bercakap sendiri. Padahal Hotel tu 3 kilometer je dari kedai cumanya dia berhadapan. Aku berjalan sedikit kearah bustop berdekatan. "kenapalah aku tak bawa payung.." aku bercakap sendiri.
Aku intai air hujan yang turun laju dari bumbung tersebut. Hotel itu aku tenung. Aku senyum segaris.
Boleh je nak berlari tapi aku ragu. Figura lelaki yang tiba-tiba berdiri disebelah aku dengan payung jernih ditangannya buatkan aku tertanya. Kenapa dia duduk sini kalau ada payung dengan dia? Selagi lagi mata aku tearah kepadanya bila tangannya diangkat kearah air hujan itu, biarkan air itu mengalir dicelah-celah jarinya. Phone berdering.
Aku angkat. "hm?..hujan laa awak, lebat sangat ni nak lintas pun saya tak berani." perlahan aku bersuara. "no..takpa, saya pergi sekarang." nak dinner pun kena cepat-cepat, aku sendiri tak mengerti. Aku simpan phone dan angkat dua tangan atas kepala, memang dah redha sangat ni. Lagipun susah nak makan berdua dengan Dino waktu sekarang ni. Baru selangkah. Lengan yang berlapik itu ditahan dan ditarik kembali masuk kebawah bumbung. Terkejut aku dibuatnya, tapi laju dilepaskan bila mata kami bertembung.
"hujanlah.." kening aku bertaut, hanya matanya sahaja yang terlihat. Lengan aku usap perlahan. "saya nak pergi depan tu je." aku tunjuk kearah Hotel yang tak jauh dari depan mata. Dia turut melihat, mengikut kearah jari aku. Pandangannya jatuh kearah payung seketika, dan dihulurkan kepada aku. "nah." sekali lagi kening aku bersatu. "kenapa?" aku bertanya. "nampak urgent, it's okay. Take it saya tak ada urusan mendadak pun." lagi dekat hulurannya.
Baru nak capai, payung dia bukakkan dan diberi kepada aku. Isyarat mata itu buatkan aku yakin dengan pemberiannya. "thank you." eye smilenya terlihat. Laju aku lintas jalan bila lampu isyarat jalan kaki bertukar warna hijau, sempat aku toleh melihat kearahnya seketika sebelum berjalan memasuki lobi Hotel. Payung aku renjis dan tutup. Aku senyum sambil menatap payung jernih tersebut.
"brolly boy."
YOU ARE READING
Dia Chwe's •||• HOLD
RomanceSeparuh jiwaku hilang hanya kerana satu kesalahan. Tapi apakah kekal rasa cinta yang dipupuk selama ini? Adakah masih ada sayang dan kasih? atau hanya sekadar memori? Dan yang tinggal hanyalah rindu yang tidak berpenghujung. "I miss you! Always and...