9'

77 0 0
                                    

Aku tengok wajah yang sudah siap dimake up dan tudung yang sudah kemas elok terletak dikepala. aku kembungkan pipi, dan tanpa sedar kaki bergoncang laju. debaran dan rasa takut bercampur menjadi satu. macam-macam perkara muncul dibenak fikiran aku sekarang. sudahlah masalah masih belum tuntas, dan harini aku pula akan disatukan dengan orang yang letakkan harapan kepada aku.

Entah sama ada dia benar-benar ikhlas atau aku yang terlalu negatif dengan masa lalu? pintu yang terkuak luas itu buatkan kepala aku mendongak laju. "Ma?" figura yang berusia itu senyum sehingga menampakkan gigi putihnya dan berjalan perlahan mendekati aku. ringan tangannya rehat di bahu milikku. "cantiknya princess Mama ni.."

Sumpah segala pujian sekarang rasa tak lekat, rasa nak pilih untuk akhirkan hidup sendiri je. "nah" satu kain kecil dihulurkan kepada aku. aku capai dengan dahi yang berkerut. sahaja aku lebarkan kain kecil itu. "niqab?" tanpa saat anggukan diberikan. "Hansol minta Aila pakai, dia cakap Aila untuk tatapan dia sahaja.." gulp. aku masih mengkaji kain kecil itu. "cepat, Hansol dah dekat bawah." bahu aku ditepuk perlahan, menandakan apa yang Mama sampaikan itu harus dilaksanakan secepat mungkin.

"Aku terima nikahnya, Nur Laila Qistina Binti Mohamad dengan mas kahwinnya seutas rantai emas." lantang suaranya menyebut akad.

"sah?"

"sah?"

"sah! Alhamdulilah" doa dipanjatkan untuk menutup masjid sebelum Hansol bangun untuk melakukan solat sunat dan meneruskan majlis batal air sembahyang. Aku dihujani ucapan tahniah, dari tadi. aku hanya berikan eyesmile sebagai tanda terima kasih. aku lepaskan nafas lega selepas semua selesai. pintu bilik aku tutup dan tenang aku labuhkan punggung atas katil. aku kawal degupan jantung dengan meletakkan tangan didada. "dah habis dah Aila..fuh.." sekali lagi nafas dihela.

Walaupun keadaan jantung sekarang ni masih lagi berdetak laju. Ting! phone yang berbunyi itu buatkan aku kalih kearahnya seketika. aku capai dan aku buka.

"congrats Love....but please jangan seronok sangat..cause im watching you"- Lee Dino

"your back so damn attractive" - Lee Dino

Terus sahaja aku berpaling, memerhati sekeliling bilik.

Tingkap yang terbuka di hujung bilik itu aku tengok. Ting! 

"Love, your big eyes make heart flutter..stop looking at me!" - Lee Dino

Terlepas phone dari pegangan tangan. apa lagi yang dia nak?

Bila pintu bilik terbuka laju phone aku ambil dan letakkan atas katil. "Asalamualaikum?" dia bersuara, sambil membuka songkok dikepala dan membetulkan keadaan rambut yang sudah dibasahi peluh. aku cuba kalihkan pandangan. Cari cara untuk hilangkan degupan jantung.

Tiba-tiba sahaja Hansol dah berada dekat sebelah aku. aku jauhkan diri sedikit, tapi cepat sahaja tangan besarnya menarik aku mendekatinya sampai dapat aku rasa degupan jantung miliknya. "eh awak ni kenapa?" cepat sahaja aku menyingkirkan tangannya dari pinggang kecil aku. tapi lagi kuat dia peganggan tangannya. "eh tepi la, awak dah janjikan taknak pegang-pegang saya.." dia ketawa, aku tengah serius dia boleh gelak pulak.

Dia mengganguk. "boleh..Abang boleh lepaskan awak, tapi..." tali niqab dia capai. "let me see my beautiful angle first" terang mata aku bila, dia dengan tatapan manisnya, membuka lembut tali niqab yang elok terletak diwajah aku. "i can see the red light," nadanya seakan berbisik, dia tahu tentang camera yang Dino pasang untuk perhatikan aku. "bila dia pasang?" niqab yang sudah terbuka itu ditarik dan diletakkan dipaha miliknya. "saya tak tahu." kami berbalas pandangan.

"semalam?" bahu aku angkat, menandakan yang aku memang tak tahu. Phone aku dia buka, dia baca semua mesej yang baru Dino hantar tadi. Walaupun sekarang kami diperhati tapi Hansol mampu setenang itu. Dia mendail nombor telefon seseorang di telefon bimbit milikku. "Joshua, there is camera is my wife room." aku berdebar. Kenapa masalah ni boleh jadi complicated sampai macam ni? "it's not one,"

Dia berdiri, dan menarik tangan aku keluar dari bilik. Aku tak sempat nak bereaksi malah mengikutinya laju dari belakang. Tangan aku lepaskan bila kami dah berada didepan pintu dan aku bawa tenang kedada. Nafas dia hela, sambil menghulurkan tenang phone kembali kearah aku. "ex awak ni memang bermasalah ke apa?" cepat sahaja mulut dia bertanya. Aku kecilkan mata, "kalau betul dia masih nak dekat awak, kenapa dia putuskan tunang?" dia persoalkan.

Aku tengok dia tak puas hati. Nafas aku hela berat. "saya rasa awak salah tanya soalan tu, sebab saya sendiri tak tahu kenapa dia jadi macam ni" aku tayang gigi penuh, baru nak buka pintu bilik lengan aku ditahan. "guna bilik Ash dulu, camera tu masih menyala." lagi-lagi jelingan halus aku hadirkan kepadanya. Bilik Ash yang tak jauh itu aku tuju, tiada tempat lain yang aku nak pergi selain dari toilet, dah tak mampu nak tanggung berat make up dengan sanggul palsu ni.

Pin dan peniti aku cabut satu persatu, bila dah terlepas dari kepala laju aku lepaskan nafas kelegaan. Aku tolak lembut anak tudung kuat biar dengan sanggul tu sekali terlepas. Rambut paras bahu itu aku tengok dihadapan cermin. Sempat aku potong sendiri semalam. Tanda aku sudah ambil keputusan untuk mulakan hidup yang baru. Aku kemaskan dengan sepit rambut, dan micellar water aku capai untuk cuci make up. Segarkan diri lepas majlis besar macam ni hadirkan rasa fresh.

Aku turun tangga dan memerhati semua orang yang sudah terlena. Penat sangat gamaknya. Mujurlah majlis hanya berlangsung selama 3 jam. Aku susun langkah dengan hati-hati menuju ke dapur. Tudung sarung aku betulkan sedikit, cawan aku ambil dan dengan tenang aku teguk air kosong. Leganya rasa. Dua figura lelaki yang sedang bersembang belakang rumah itu buatkan kening aku bersatu.

"apa yang Hansol buat dekat belakang tu?" dengan tangan yang dicekakkan dipinggang dan reaksi muka yang marah, buatkan aku tertanya apa yang sedang mereka sembangkan. "siapa lelaki tu?" fokus aku melihat. Pakaiannya persis seperti orang yang bekerja Office. Tuxedo lengkap dengan earphone ditelinga dan disertakan beg laptop ditangan kanan. Lawyer? Aku buat assumption sendiri.

Cawan aku basuh dan aku letak tenang di rak tepi singki. Aku renjiskan tangan didalam singki. Aku pusing, "arghh!" terkejut aku dibuatnya. "awak ni kenapa ha?! terkejut saya." cepat sahaja mulut aku bicara. Perlahan aku usap dada. "menguping orang?" kening aku bertaut, "excuse me..awak ingat saya tak ada kerja lain ke apa?" aku menjeling.

"habi--" bunyi tapak kaki yang menuju ke dapur itu buatkan kami berdua terdiam, aku letakkan jari kebibir. Lengannya aku capai. "aik dating dekat dapur?" aku tengok kearah Hansol seketika. Aku betulkan kedudukannya supaya menghadap Papa yang sedang mengambil pinggan. "Aila...nak panggil Hansol mandi.." aku senyum awkward. Tangannya aku tarik, supaya dia mengikut langkah aku. "Aila naik dulu..." cepat sahaja aku bawa dia keluar dari dapur.

"Hansol? Like seriously?" dia berceloteh. Aku genggam lengan dia kuat. "argh.." aku jeling kasar. "patutnya awak panggil saya Aba--Arghh!" 

Dia Chwe's •||• HOLDWhere stories live. Discover now