4.
Leher aku yang cramp akibat melihat Laptop terlalu lama buatkan tangan cepat sahaja mengurut perlahan. Mata aku pejam seketika, kemudian pandangan dibawa ke jam tangan. Terus sahaja mengusap besar, air mata yang berlinang akibat kantuk itu buatkan kepala terjatuh drastik atas lengan yang elok terletak atas meja. On call doctor adalah satu pekerjaan yang kau sendiri tak boleh lengah walau sesaat pun, kerana melibatkan nyawa orang. Tak kisahlah sama ada perkara yang lebih penting tapi nyawa lebih diutamakan.
Aku berdiri, buat beberapa streching sebelum ambil keputusan untuk tutup Laptop dan beredar keluar dari Jabatan Consultant Obsetric and Gynaecologist (OCG), sempat aku kalih kiri kanan sebelum berjalan menuju ke parking.
Aku memandu tenang, dalam keadaan pukul 3.00 pagi macam ni siapa je ada dekat luar? Mungkin ada tapi yang berurusan sahaja. Rumah aku tuju, "Asalamualaikum." aku bercakap sendiri dan laju kaki aku melangkah ke katil yang elok berada di tepi tingkap itu. Beli rumah yang cukup untuk diri aku sendiri. Cuma ada dapur, bilik air dan ruang tamu yang lebarnya hanya muat satu sofa untuk 3 orang, telesvisyen, meja kopi dan satu katil bujang. Ringan badan aku campakkan atas katil, langsir aku selak. Sahaja nak tengok bintang. Senyuman aku ukir, masih terang dia disana.
Lengan aku rehatkan di dahi. "what a though day, I hope for another bless day for me.." mata aku pejam. "and you..."
Entah dari mana datang satu rasa bila lihat celoteh gadis kecil itu. Padahal tak saling kenal pun, mungkin aku sahaja yang berfikir tentangnya? Tapi siapa lelaki yang dengannya waktu tu? Adik? Boyfriend? Atau Suami?. Seketika aku teringat huluran goodie bag yang dia berikan minggu lalu. Damn, cincin itu.
Pintu bilik rawatan yang terbuka itu buatkan aku angkat kepala. "Maya?" terus sahaja badan aku sandarkan dikepala kerusi. Satu beg plastik yang dipenuhi dengan roti diletakkan atas meja kerja milikku. "apa yang rasuk you, sampai you boleh masuk Office I ni?"gadis rambut panjang ini, ketawa kecil.
"I nak tuntut terima kasih you!" kening aku bertaut. "for what?" muka dia tampak terkejut tapi cepat sahaja dia ketawa sambil perlahan tangan dibawa untuk menutup mulut kecilnya. Aku masih confuse. Lalu teringat dengan patient aku yang dah discharge disebabkan dia. "ouh that one!" aku gerakkan jari telunjuk menandakan aku sudah berjaya mengingat. "thank you for that, Maya! Thank you so much!" dia melihat aku dengan tawa yang masih tersisa. "im so sorry, I don't remember."
Matanya membesar, "are you serious, Hansol? it just happened yesterday..oh god." nak menyangkal pun tak boleh, dah memang tak ingat. Dia menggeleng, tangannya diletakkan atas meja. Dan plastik bag tadi didekatkan kearah aku. "makanlah, barkery ni baru je buka dua minggu lepas.." aku mengangguk sambil membelek fokus, tapi balutannya nampak familiar. "tak tahu yang mana I patut pilih, sebab semua sedap." lagi-lagi pujian diberi.
Aku mula mengunyah, dalam diam aku tersenyum. Rasa ni, persis seperti gadis kecil itu beri pada aku minggu lepas. "ni barkery dekat bustop tu eh?" dia tampak terkejut tapi laju sahaja dia mengganguk. "thank you." lagi-lagi anggukan diberi. "but actually I ada benda lagi penting nak bagi tahu you...." aku tengok dia. "about what?" aku sua roti tenang masuk dalam mulut. "about your permohonan untuk jadi surgeon." terhenti pergerakan aku.
"tapi.."
Pin!
Bunyi hon yang kuat dari luar rumah itu, buatkan aku gelabah. laju kaki meluru kearah pintu utama sambil tangan lincah mengenakan pin tudung dibahu kiri. mata pula melilau cari kasut apa yang harus aku kenakan. "hitam je la" aku capai sandal hitam dan pintu rumah aku buka. Baru keluar kepala. "cepatlah!" aku menggeleng kecil. aku pakai kasut kemas dan pintu aku kunci, barulah aku buka langkah menuju ke keretanya. tombol pintu kereta aku buka dan dengan tenang aku labuhkan punggung di seat kereta. "apa lambat sangat ni?" terus sahaja pandangan aku kearahnya.
"sorry, awning tak jadi" sempat aku tiup awning tudung sebelum senyum menampakkan gigi putih milikku.
Dia menjeling. "nak pergi mana ni? pagi-pagi dah telefon?" sinis terdengar tapi perlahan aku ukirkan senyuman. "kita jalan-jalan jom? makan aiskrim ke? date dekat pantai ke? lama dah kita tak jalan-jalan" lagi-lagi jelingan tajam diberikan. minyak ditekan perlahan. "lepasni, kalau tak ada benda penting takpayah nak telefon. saya ni kerja.." aku mengganguk, dan mengangkat sebelah tangan separas bahu. "saya janji." sikit pun dia tak senyum malah abaikan aku.
Tapi marah-marah dia pun, dia layankan juga kerenah aku. merata dia bawa aku. dengan tangan yang elok terletak dalam poket seluar. aku berlari dengan layang-layang ditangan mendekatinya. "awak tengok ni.." seronok aku bercakap dengan dia. macam biasa jelingan yang sampai dulu sebelum buka bicara.
"Jangan nak mengada sangat boleh tak, Aila?" aku hela nafas perlahan. "kenapa garang sangat ni? saya ada buat salah ke dengan awak?" perlahan nada aku mempersoalkan dia. Dia tengok kearah lain. "sampai bila kita nak macam ni, Dino?" tenang aku bersuara. "awak dah tawar hati den—"
"sampai sini je la hubungan ni." aku terdiam, sarkatik. tiada reaksi yang dipamerkan, melainkan muka datarnya. "let's fix this." aku cuba menenangkan keadaan, tapi laju sahaja dia menggeleng. aku tertunduk seketika, tak sedar air mata sudah mula terkumpul. "3 tahun awak..takkan-" aku sebak. dia mengeluh berat.
"aku ada pilihan lain..cukuplah 3 tahun aku bertahan, aku taknak ada apa-apa hubungan dengan kau lagi, Aila." aku kaku. luahan secara terus tanpa sikitpun rasa simpati itu buatkan aku tersentak. "nah" cincin tunang yang tersarung elok dijari manisnya itu dicabut dan diletakkan kemas di telapak tangan milikku. aku tatap kosong. dia ada yang lain rupanya. "apa salah saya?" entah mengapa sahaja aku ingin mempersoalkan perkara itu. "kau tak salah, ini pilihan aku. aku tak boleh nak sayang dua orang dalam satu masa." damn. aku mengganguk. air mata aku jatuh.
"terima kasih jujur dengan saya.." patutlah sebulan dua ni hubungan kami terasa sangat jauh, rasa kosong.
mungkin aku je laa yang seronok. aku hela nafas perlahan cuba untuk berikan senyuman. "saya harap awak bahagia dengan pilihan awak, Dino." tangan aku yang mempunyai layang-layang tadi, aku beri kepadanya. dia confuse. "asal kau bagi dekat aku? aku tunjuk kearah lubang kecil. "dah rosak..saya dah tak boleh buat apa-apa.." sempat aku tundukkan sedikit kepala aku sebelum beredar dari situ. tak membalas itu lebih baik. "Aila biar aku hantar kau balik!" aku dengar dia bersuara. lengan aku dipegang sedikit.
aku tepis perlahan. "it's okay, saya boleh balik sendiri..pergilah Wawa dah tunggu awak." terang matanya, bila nama itu terpacul keluar dari mulut aku. "kau tahu?" aku senyum segaris. "Asalamualaikum" aku biarkan soalan itu tergantung. kerana aku berhak.
YOU ARE READING
Dia Chwe's •||• HOLD
RomanceSeparuh jiwaku hilang hanya kerana satu kesalahan. Tapi apakah kekal rasa cinta yang dipupuk selama ini? Adakah masih ada sayang dan kasih? atau hanya sekadar memori? Dan yang tinggal hanyalah rindu yang tidak berpenghujung. "I miss you! Always and...