5'

55 1 0
                                    

Terang mata aku tengok setiap barang berharga yang pernah dia bagi waktu kami bercinta dulu. aku menggeleng kepala. tak tahu reaksi apa yang patut aku berikan. cinta dan kasihnya tak pernah kurang, dan itu apa yang aku rasa dulu. kotak pertama yang dah siap dibungkus tepi katil itu aku lihat. "Dia ingat aku mata duitan ke?" air mata yang terjatuh itu aku kesat kasar. aku tolak ketepi. pandangan aku kalih kearah pintu, bila terdengar kuncinya terbuka. "Akak..Dino dekat luar" kening aku bertaut. aku hela nafas kuat. "Akak taknak jumpa dia..suruh dia balik." singkat.

Malas nak bertentang mata dengan figura itu. Aku bangun dan sepak perlahan dua kotak tersebut. "Tolong bawak turun, bagi dia..alang-alang dia datang ni" laju aku bersuara. "Akak.."

"Akak taknak jumpa dia.."

"Adik taknak bawak turun kotak ni, kalau akak taknak jumpa dia" aku mengeluh. macam mana aku boleh lupa yang dia dengan Dino rapat. sempat aku menjeling sebelum tenang mencapai shawl hitam yang elok tersangkut di tepi katil.

Aku lapikkan tangan didada bila sampai di hadapan pintu. "Love.." aku buat muka. dah lama rasanya tak dengar panggilan tu keluar dari mulut dia. "awak nak apa?" sarkatik. aku tatap dua kotak barang, yang aku kemaskan tadi. Mengelak dari pandangan matanya.

Aku dengar dia mengeluh. "i'm sorry.." sayu kedengaran suaranya. "dah? tu je ke awak nak cakap?..saya masuk dulu." laju sahaja aku mencantas segala apa yang dia mahu ungkapkan. "Love, kejap." aku tengok dia dengan pandangan tajam bila tangannya menggengam kemas lengan milikku.

Laju dia lepaskan. "kita betulkan apa yang patut please? Saya tak boleh lupakan awak.." aku senyum segaris. "awak cakap apa ni? you're the one who end this relationship, not me." aku menggeleng. aku tarik nafas dan lepas sebelum menyambung. "Mama saya akan pulangkan cincin esok, saya taknak ada apa-apa hubungan dengan awak, macam yang awak nak.."

"Love, please...tolong bagi saya peluang yang kedua.." perlahan dia bersuara. dalam diam, aku sendiri masih mempunyai rasa itu, tapi dengan apa yang dia sampaikan dua minggu lepas itu sangat menyakitkan bagi aku. Wawa...

Pandangan aku kini kearahnya yang masih tertunduk dengan dua tangan yang bersatu seakan-akan merayu. "baliklah, Dino..jangan buang masa awak dekat sini..."

"let's fix this" lagi-lagi dia menjawab. "saya jujur memang saya ada pilihan yang lain, tapi saya sayangkan awak." aku ketawa kecil. "saya nak hidup dengan aw—" dia terhenti tatkala aku mengeluh berat. annoyed. itu yang aku rasa. "awak ingat saya tak ada perasaan ke?...nak awak datang, taknak awak buang...3 tahun Dino, saya tak tahu sama ada awak yang bertahan dengan saya atau saya yang bertahan dengan awak!" nada aku kini naik seoktaf.

"Wawa lagi satu, kalau dari awal saya bagitahu awak yang saya tahu tentang hubungan awak ni..saya tak rasa kita sejauh ni." mata kami bertembung. reaksinya terkejut dengan apa yang aku sampaikan. "Love.."

Laju tangan aku angkat, menandakan aku tak mahu mendengar apa-apa keluar dari mulutnya. aku berjalan kearah meja makan dan kotak cincin yang terletak elok itu aku capai. lengannya aku gapai dan kotak berbentuk hati warna merah itu aku letak ditangannya. "sampai sini je la. from now on, we're nothing!"

Pintu utama aku tutup. "Ak-" jari telunjuk aku tunding kearah Ash, suruh dia diam. Lepas dari peristiwa tu, aku jarang ke barkery takut dia datang bincangkan perihal ni semua. Aku juga berpesan dengan Ash supaya tutup mulut dengan Mama dan Papa buat sementara waktu. Macam mana sekalipun aku perlukan masa untuk pulihkan keadaan kembali seperti biasa.

Aku kemaskan tudung dihadapan cermin. Dah hampir 2 bulan ni, aku bancuh tepung dekat rumah dan minta Ash hantar di kedai. Harini aku rasa rindu pula dengan kitchen barkery. Sempat kerling kearah jam dinding sebelum gelang tangan.

"Akak?" laju Ash berjalan mendekati aku. "hm? Kau nak apa?" aku tengok dia dibalik cermin. "harini.."

"akak pergi kedai," aku pusing menuju ke katil mencapai handbag dan kemaskan dibahu. Aku dah didepan pintu bilik tapi Ash masih lagi berdiri tengok lantai, sambil menggaru perlahan belakang lehernya. "Ash? Kau kenapa tercegat dekat situ?" barulah dia tersedar dari lamunan dan melangkah keluar dari bilik. Cermat kami berdua susun langkah turun tangga. "ha, Akak malam ni aku tak balik tau esok ada tournament futsal dengan..." dia berjeda, sempat aku kalih kearahnya sebelum mengganguk mengerti sendiri.

Memandangkan Mama dan Papa tak ada, jadi aku decide untuk makan dekat kedai je. Aku keluarkan kereta dan dengan tenang memandu ke kedai. Menikmati perjalanan dengan dendangan lagu-lagu klasik. Pada aku, lagu zaman P.Ramlee benar-benar hadirkan rasa aman, dan timbulkan vibes antik gitu. Zaman moden yang sebegini rupa siapa je yang dengar lagu-lagu klasik macam ni? Satu dalam sejuta.

"Asalamualaikum.." aku masuk kedai dan menyapa beberapa customer yang dah ada di kedai. "Cik Laila..." suara manis si Aireen kuat bergema. Aku hanya menggeleng. "lamanya tak datang kedai, kitaorang rindu tau." aku kecilkan mata. "emmm...yela tu." aku tunjuk satu persatu pekerja-pekerja yang berdiri disitu. Aku tengok jumlah roti yang berkurang disitu, nafas aku hela. "macam mana kedai?" Aireen tunjuk kearah peti yang hampir kosong. "macam ni la, basic bun je..ada juga customer tanya a few roti..tapi kitaorang.." aku mengganguk menegerti.

Lagi-lagi keluhan aku berikan. "im sorry...tapi saya akan cuba untuk penuhkan peti ni harini." tepukan dan disela dengan ketawa itu buatkan aku sedikit terkejut, tapi tanpa tunggu masa lama aku turut mengikut. Bila suasana dah mula redha, masing-masing mula bergerak dan mulakan kerja.

Aku kedapur. Apron aku capai, aku buang semua energi negatif dan mengambil yang baik-baik sahaja. Sebab nak buat roti ni perlu kasih sayang, barulah dia jadi.

Aku lap kaunter bancuhan dough teliti, pastikan tiada habuk mahupun kotoran. Bila aku dah yakin barulah aku letakkan tepung, butter, gula, garam sedikit, yeast dan susu. Supaya tekstur croissant rangup diluar dan lembut didalam. Dengan perlahan aku uli tepung yang masih kasar itu. Aku lembutkan tangan untuk menolak tepung itu kedalam, dan kembali keluar supaya cepat menjadi dough. Perbuatan itu kekal lebih kurang dalam 10 minit, dan akhirnya dough terbentuk.

Aku bahagikan kepada dua dan letakkan dalam plastik dan bentukkan teliti. Nampaklah rupa Croissant tu. Bila dah penuh dalam talam, laju pekerja datang dan masukkan dalam peti ais. Sebelum dibakar kita biarkan dulu dia dalam peti selama 20 minit agar roti lebih gebu dan memberi ruang untuk yeast beri reaksi.

Kemudian aku teruskan lagi bancuh dough untuk siapkan beberapa lagi jenis roti. Tanpa henti, sebab kalau berhenti aku akan fikir tentang masalah aku. Jadi lebih baik aku buat kerja. "Cik Laila," aku tengok dia sekilas dan sambung menguli. Dia hulurkan gelas yang berisi Americano itu kepada aku. Aku senyum segaris dan mencapai dengan penuh ucapan terima kasih.

Rumah dengan lampu yang terang itu buatkan aku mengeluh. Dengan bacaan bismillahirrahmanirahim aku masuk dalam rumah. Pintu utama aku tolak. "Asalamualaikum.."

Belum sempat pintu aku tutup. "Laila?" Damn

Dia Chwe's •||• HOLDWhere stories live. Discover now