2'

43 0 0
                                    

2.

Aku berjalan perlahan menuju ke meja yang sudah ditempah oleh Dino, dari jauh aku sedang memerhati dia yang asyik dengan telefon bimbit. Aku berhenti seketika, sebelum ambil keputusan untuk mengejutkan dia. "bwaa!" lancar kakinya turun, phone dimatikan dan kalih kearah aku. "Love?" aku ketawa menampakkan gigi, saja mengusiknya. Senyumanya nampak sedikit hambar, sempat pula tengok keadaan sekeliling sebelum mata kembalu tertumpu kearah aku. "basah tak?" aku kerutkan hidung dan menggeleng kepala.

"let's order and eat, sebab saya ada late night meeting dengan Tuan Ammar." lagi-lagi makan dengan keadaan yang terburu-buru. Aku order makanan random je, rasa hilang mood kalau nak kena makan cepat-cepat macam ni. Phone miliknya yang menyala itu, aku tengok. W? aku larikan pandangan laju bila dia cepat sahaja membalikkan telefon miliknya. "so macam mana dengan your barkery shop?" aku telan ludah, dan mengganguk perlahan sambil tenang masukkan steak tenang dalam mulut.

"Alhamdulilah everything going well, tinggal esok je.." kini dia pula mengganguk. "Alhamdulilah, semoga esok yang baik-baik je okay?" aku senyum segaris.sekali lagi phone miliknya berdering. Kalini pandangan aku terkali ke tingkap luar. "sorry Love, saya kena jawab call ni." aku mengganguk, dan mata aku tertancap kepada susuk tubuh yang sedang bermain hujan dihadapan bustop tadi. Aku kecilkan mata. Ringan tangan aku membawa kemulut. How come dia boleh amik keputusan untuk main hujan waktu malam macam ni?

Tanpa sedar tingkah kecilnya, dengan sebelah tangan dibuat seperti mikrofon dan sebelah lagi didepa buatkan aku ketawa kecil. Mujurlah tak ada kereta, tarian random dia benar-benar buat aku puas ketawa. Hilang semua rasa risau.

"tengok apa?" Dino turut mengintai. "ouh dia..." terus sahaja senyuman aku pudar, kini pandangan aku kembali melihat Dino. "kenapa dengan dia? Kenal ke?" laju aku bertanya. Dino senyum senget. "orang cakap, dia tak betul.." Dino nampak yakin dengan apa yang baru dia sampaikan tadi. Tapi kenapa aku tak rasa macam tu?

Boleh ke orang tak betul bagi payung dengan cara yang sopan dan gentleman macam tu? "kenapa? Love terserempak dengan dia ke tadi?" aku cuba fokus dalam radar perbualan. "tak.." sempat aku tengok kearah payung tersebut, sebelum menggeleng tenang. "cepat makan..lepastu kita balik."

"Asalamualaikum.." dengan tenang pintu aku tolak menggunakan siku. "amboi anak dara Papa ni, tiap-tiap malam bawa balik bunga," aku sengih menampakkan gigi. Payung yang diberi itu aku letakkan kemas dalam bekas yang disediakan. "entah.." aku tengok bunga itu sekilas sebelum labuhkan punggung disebelah Papa, dan dengan ringan sandarkan kepala dibahunya. "how's today?" aku mengeluh berat. "best..tapi penat sikit." aksi kecil aku itu buatkan Papa ketawa.

Pipi aku sengaja dicuit. "ni Papa nak tanya, Dino dengan kamu dah ada tarikh nikah belum? Papa tak suka la, Laila bertunang lama-lama." aku tengok tv, sambil mengigit bibir bawah. Bahu aku angkat sekali. "entahlah, Pa belum sempat nak sembang lagi sebab Dino sibuk sangat." gerakkan Papa membuatkan aku duduk tegak, membetulkan posisi. "bakal menantu awak tu, bila je tak sibuk? Tengoklah 3 kali perjumpaan keluarga batal sebabkan dia." Mama datang dengan secawan kopi, dan dihulurkan ke Papa.

Nak backup pun tak boleh, sebab benda tu memang jadi. Aku hela nafas perlahan. Bunga yang aku pegang itu aku ambil, dan aku berdiri. Dengan sopan aku minta izin naik kebilik. "putus je la dengan dia Laila, kahwin dengan anak kawan Mama tu." belum sempat lagi buka langkah, sudah terhenti sahaja pergerakan aku. "Ma please..tolong bagi Dino peluang, he deserve that." dengusan kasar, dan jelingan hambar itu buatkan aku giveup, laju sahaja tangan Papa menyuruh aku beredar dari situ.

Pintu bilik aku tutup perlahan, sempat bersandar untuk seketika sebelum buka langkah kembali menuju ke katil. Ibu jari yang menutup satu nama yang jelas bukan nama aku itu aku lihat. "siapa Wawa ni, Dino?" aku persoalkan sendiri. Bunga yang baru dia bagi minggu lepas pun, nama yang sama. "tolong jangan buat saya kecewa please.."

"saya mati-mati pertahankan awak, Dino."

"One..Two..Three..cut!" dengan senyuman yang lebar aku potong ribbon merah. Tepukan dari rakan business Papa, Mama serta kawan aku yang lain benar-benar membantu suasana hati aku harini. Usai majlis perasmian dibuka, aku menjemput para tetamu untuk menjamah beberapa jenis roti yang sempat aku uli dan bakar semalam. Ringan kepala ditunduk dengan posisi tangan didada, sebagai tanda terima kasih.

Pintu yang terkuak besar itu, membuatkan semua mata tertumpu ke situ. Agak terkejut tapi laju sahaja senyuman aku ukir. Akhirnya dia datang juga. Aku berjalan mendekatinya. "sorry.." aku senyum malu. Lagi jambakan bunga dihulurkan. Dalam diam keluhan ringan aku berikan. Benda pertama yang aku tengok adalah kad ucapan. Aku lepaskan nafas lega, bila kalini benar nama panggilan aku yang tertulis disitu. "thank you.." mata dikenyitkan. Kemudian lengan yang berlapik suit itu aku tarik mendekati Papa supaya dia tak bosan sendiri.

Sekejap je masa berlalu, tak rasa pun macam aku kerjakan semua benda ni dalam masa dua minggu je. Bangga dengan diri sendiri. Figura yang masih sibuk dengan phone diluar itu menghentikan lamunan aku. Lekas sahaja lampu kedai aku tutup dan keluar dari kedai mendapatkan lengannya. "awak..kita night date jom?" aku mulakan bicara. Matanya masih tertumpu ke telefon bimbitnya. "night date? No..Love im so sorry..another time okay?" aku hela nafas kosong.

"eum..takpala..kalau saya nak tanya satu soalan boleh?" kita mata fokus melihat aku, phone dimatikan. "apa?" jujur aku sedikit berdebar tapi, ini je peluang yang aku ada. "semalam Papa ada tanya pasal hubungan kita.." keluhannya terdengar kuat. Lengannya ditarik dari rangkulan aku. "bila kita nak pergi ke seterusnya?" lengannya kemejanya sengaja disinsing. "Love, awak tahukan saya sibuk? Berapa kali dah cakap, kalau saya ready saya bagi tahu. Susah sangat ke nak fahamkan Papa awak tu?" aku terdiam.

"saya tanya je.."

"let's stop talking about this, saya balik dulu." belum sempat cakap selamat tinggal laju sahaja dia buka langkah masuk dalam kereta. Lampu kereta yang menghilang dari pandangan itu buatkan nafas berat aku lepaskan sepuasnya. "sampai bila?" aku angkat bahu sekali dan pusing mencapai payung jernih yang aku sandarkan dipintu kedai dan menuju ke kereta. Aku start enjin kereta dan undur kereta. Tapi satu bungkusan goodie bag yang terisi beberapa jenis roti itu aku tengok. Mengharap figura yang bantu aku semalam ada di bustop semalam.

Lebar senyum aku, bila tekaan aku tepat. Laju aku parking ditepi dan keluar kereta. "hye!" aku lambai gembira, dan berlari ke kerusi penumpang untuk mengambil payung dan goodie bag tadi. Aku berjalan mendekatinya dan dua benda itu laju aku hulur kepadanya. "nah..terima kasih." dia masih lagi mencerna dengan apa yang sedang berlaku, tapi dengan sopan dia terima pemberian aku. "eum..apa ni?" dia bertanya innoncent. "hm..payung awak dan yang ni roti...saya buka barkery dekat situ." aku tunjuk kearah kedai milik aku, yang terlihat dari jauh.

"ada lebih..ambillah sebagai tanda terima kasih." sempat aku senyum, sebelum pusing untuk masuk kembali dalam kereta. "miss." aku menoleh kearahnya. "ya?" laju aku menjawab. Payung yang aku berikan tadi dihulurkan kembali, terus sahaja kening aku bertaut. "eh? Ni kan payung awak..encik.." aku dengan sopan aku tunjuk ibu jari kearahnya supaya dia sebut nama dia. Tapi malangnya dia hanya melihat aku dengan pandangan mata statik. Aku sengih dan mengerti sendiri. "encik brolly." aku bercakap perlahan.

"take it, saya takkan ambil barang yang saya dah bagi dekat orang."

"tap--" terus sahaja lengan aku dicapai dan batang payung tersebut diletakkan di genggaman aku. Agak terkejut dengan tindakan drastiknya tapi aku biarkan. Kemudian dengan tenang sekali dia tinggalkan aku disitu. Aku tengok payung tersebut. "I got a free umbrella from brolly boy." aku berceloteh sendiri. 

Dia Chwe's •||• HOLDWhere stories live. Discover now