Kini aku duduk dihadapan Mama dan Papa yang nampak serius. Tatapan tajam dengan tangan yang dilapikkan ke dada itu buatkan aku berdebar. "Puan Hajah telefon Mama.." dang it. Aku lupa tentang itu. "dah sebulan rupanya kamu putus tunang? Kenapa tak bagi tahu?" sarkatik. Aku tengok kearah Papa. Perlahan tangannya memberi sign suruh aku bertenang. Nafas aku hela, "Aila nak bagi tahu la ni..Aila cari masa yang sesuai.."
Mama menggeleng kepalanya. "kenapa? Macam mana boleh putus?" aku telan ludah, apa yang aku nak cakap ni? Sempat aku garu belakang leher yang tak gatal itu sebelum dengan tenang bercakap. "tak ada sebab yang kukuh pun, kitaorang decide untuk endkan relationship ni dan buat haluan masing-masing. That's it." tenang aku explain. Mama dan Papa pandang satu sama lain. Aku senyum kambing. "Aila naik dulu." aku tundukkan sedikit kepala, dan laju susun langkah naik tangga menuju ke bilik.
Pintu aku tutup. Aku sandar seketika dan tengok kosong katil.
"memang berat kita nak lupakan orang yang kita cinta Cik Laila, tapi sampai bila?" tiba-tiba ayat yang Aireen sampaikan waktu aku rehat tadi terlintas. Nafas berat aku hela, I need to walaupun berat.
Harini aku decide untuk kemas semua barang-barang yang Dino pernah bagi dan dihadiahkan. Bunga-bunga yang hampir layu dalam pasu itu aku capai dan aku buang dalam plastik sampah, lalu air dalam pastu aku buang tenang dalam singki toilet. Segala kotak bawah katil aku tarik keluar dan perhati satu persatu. Aku tutup dan aku bungkus. Satu lagi kotak aku tarik.
Terang mata aku tengok setiap barang berharga yang pernah dia bagi waktu kami bercinta dulu. Aku menggeleng kepala. Tak tahu reaksi apa yang patut aku berikan. cinta dan kasihnya tak pernah kurang, dan itu apa yang aku rasa dulu. kotak pertama yang dah siap dibungkus tepi katil itu aku lihat.
"Dia ingat aku mata duitan ke?" air mata yang terjatuh itu aku kesat kasar. Aku tolak ketepi. Pandangan aku kalih kearah pintu, bila terdengar kuncinya terbuka. "Akak..Dino dekat luar" kening aku bertaut. Aku hela nafas. "Akak taknak jumpa dia..suruh dia balik." singkat.
Malas nak bertentang mata dengan figura itu. Aku bangun dan sepak perlahan dua kotak tersebut. "tolong bawak turun, bagi dia..alang-alang dia datang ni" laju aku bersuara. "akak.."
"Akak taknak jumpa dia.."
"Adik taknak bawak turun kotak ni, kalau akak taknak jumpa dia" aku mengeluh. macam mana aku boleh lupa yang dia dengan Dino rapat. sempat aku menjeling sebelum tenang mencapai shawl hitam yang elok tersangkut di tepi katil.
Aku lapikkan tangan didada bila sampai di hadapan pintu. "Love.." aku buat muka. dah lama rasanya tak dengar panggilan tu keluar dari mulut dia. "awak nak apa?" sarkatik. aku tatap dua kotak barang, yang aku kemaskan tadi. Mengelak dari pandangan matanya.
Aku dengar dia mengeluh. "i'm sorry.." sayu kedengaran suaranya. "dah? tu je ke awak nak cakap?..saya masuk dulu." laju sahaja aku mencantas segala apa yang dia mahu ungkapkan. "Love, kejap." aku tengok dia dengan pandangan tajam bila tangannya menggengam kemas lengan milikku.
Laju dia lepaskan. "kita betulkan apa yang patut please? Saya tak boleh lupakan awak.." aku senyum segaris. "awak cakap apa ni? you're the one who end this relationship, not me." aku menggeleng. aku tarik nafas dan lepas sebelum menyambung. "Mama saya akan pulangkan cincin esok, saya taknak ada apa-apa hubungan dengan awak, macam yang awak nak.."
"Love, please...tolong bagi saya peluang yang kedua.." perlahan dia bersuara. dalam diam, aku sendiri masih mempunyai rasa itu, tapi dengan apa yang dia sampaikan dua minggu lepas itu sangat menyakitkan bagi aku. Wawa...
Pandangan aku kini kearahnya yang masih tertunduk dengan dua tangan yang bersatu seakan-akan merayu. "baliklah, Dino..jangan buang masa awak dekat sini..."
"let's fix this" lagi-lagi dia menjawab. "saya jujur memang saya ada pilihan yang lain, tapi saya sayangkan awak." aku ketawa kecil. "saya nak hidup dengan aw—" dia terhenti tatkala aku mengeluh berat. annoyed. itu yang aku rasa. "awak ingat saya tak ada perasaan ke?...nak awak datang, taknak awak buang...3 tahun Dino, saya tak tahu sama ada awak yang bertahan dengan saya atau saya yang bertahan dengan awak!" nada aku kini naik seoktaf.
"Wawa lagi satu, kalau dari awal saya bagitahu awak yang saya tahu tentang hubungan awak ni..saya tak rasa kita sejauh ni." mata kami bertembung. reaksinya terkejut dengan apa yang aku sampaikan. "Love.."
Laju tangan aku angkat, menandakan aku tak mahu mendengar apa-apa keluar dari mulutnya. aku berjalan kearah meja makan dan kotak cincin yang terletak elok itu aku capai. lengannya aku gapai dan kotak berbentuk hati warna merah itu aku letak ditangannya. "sampai sini je la..from now on, we're nothing!"
Suasana riuh dikawasan airport buatkan aku sedikit gementar, walaupun hanya ingin pulang ke kampung halaman sambung course yang aku minat. Aku benar-benar mahu menjadi pakar darah kalini. Untung Maya ada, kalau tak aku kena terima takdir aku sebagai Doktor Pakar sakit Puan, bagi aku taklah terlalu not bad dengan achievement itu tapi sebagai orang yang mengambil berat tentang cita-cita ni, aku akui that's not my part.
This is my story, Im Hero.
Tiba-tiba sahaja tangan aku bawa kedada. Bintang yang menyinari cermin jernih airport itu buatkan aku senyum.
Andai kata bintang menyepi..
Bulan tidak berseri..
Malam menjadi sunyi..
Tidak berseri lagi...
Lagu yang P.Ramlee, yang sedang aku dengarkan itu benar-benar kena dengan situasi. Tiba-tiba aku teringat tentang gadis kecil yang aku jumpa di bustop sebulan yang lalu. Namanya pun aku tak tahu. Tongue click aku berbunyi. "silap aku jual mahal haritu..aduh Chwe Hansol." dahi aku tepuk sedikit.
"Mr. Brolly." nama panggilan itu buatkan aku ukirkan senyuman. "she's not mine, should I give her nickname too?" aku bergumam sendirian. Dari keadaan membongkok aku tegakkan badan kembali bersandar dikerusi kembali. Tangan didagu. Kemudian pandangan aku terkalih ke arah bintang. Lagi-lagi senyuman terukir. "Alma's?"
Ding dong..
"Good afternoon passengers. This is the pre-boarding announcement for flight MH357 to United State. We are now inviting those passengers with small children, and any passengers requiring special assistance, to begin boarding at this time. Please have your boarding pass and identification ready. Regular boarding will begin in approximately ten minutes time. Thank you"
Aku bangun dan mengangkat beg. Tenang aku buka langkah dan buat confirmation dengan imigration dan masuk gate.
"once she's mine, she obviously my alma's"
YOU ARE READING
Dia Chwe's •||• HOLD
RomanceSeparuh jiwaku hilang hanya kerana satu kesalahan. Tapi apakah kekal rasa cinta yang dipupuk selama ini? Adakah masih ada sayang dan kasih? atau hanya sekadar memori? Dan yang tinggal hanyalah rindu yang tidak berpenghujung. "I miss you! Always and...