Hanz Daniel berdiri di hadapan kubur Amyra Nayra, tangannya menggenggam erat bunga mawar putih yang segar. Angin sepoi-sepoi menyentuh wajahnya, seolah-olah satu bisikan halus dari Amyra. Setiap langkah yang diambilnya menuju pusara terasa berat, tetapi kali ini, dia tahu apa yang perlu dilakukan. Kali ini, dia datang dengan niat untuk mengucapkan selamat tinggal.
"Terlalu lama abang tenggelam dalam dunia ilusi, sweetheart," bisik Hanz sambil meletakkan mawar di atas pusara yang bersih dan dijaga rapi. "Abang tidak pernah mahu percaya bahawa sweetheart sudah tiada. Maafkan abang."
Sejak pengakuan dari sahabat baiknya, serta pertemuan dengan doktor yang menegaskan bahawa Amyra sudah lama meninggalkan dunia ini, Hanz perlahan-lahan menerima kebenaran. Hidupnya kini penuh dengan terapi dan rawatan untuk memulihkan kestabilan mentalnya, tetapi tiada satu hari pun berlalu tanpa dia merindui kehadiran Amyra.
Namun, di sebalik segala kesakitan dan kekeliruan, dia mula memahami bahawa cinta sejati bukanlah tentang memeluk seseorang secara fizikal tetapi juga merelakan mereka pergi dengan hati yang ikhlas.
"Sekarang, abang akan belajar untuk hidup tanpa sweetheart di sisi abang," katanya perlahan. "Tapi, abang akan bawa memori kita bersama, selamanya."
Hanz menghembuskan nafas panjang, pandangannya tertumpu ke arah langit yang mula bercahaya dengan warna-warna senja. Ini adalah langkah pertama menuju pemulihan, langkah pertama untuk melepaskan bayangan Amyra yang selama ini menghantui setiap detik hidupnya.
Meskipun hatinya masih dipenuhi dengan kerinduan dan kesedihan yang mendalam, Hanz tahu bahawa Amyra kini berada di tempat yang lebih baik, dan dia perlu mencari jalan untuk terus hidup, demi dirinya sendiri.
"Selamat tinggal, isteri abang," bisiknya sekali lagi, kali ini dengan kelegaan yang dia belum pernah rasakan sebelum ini.
Hanz berpaling dan melangkah pergi, meninggalkan kubur dengan hati yang lebih ringan, membawa bersamanya harapan untuk memulakan hidup baru, bebas daripada bayangan obsesinya yang dulu.
YOU ARE READING
Daniel's Obsession
Romance[Hanz Daniel ] [Amyra Nayra ] Hanz Daniel adalah seorang lelaki yang memiliki segala-galanya rupa paras yang menawan, kerjaya yang cemerlang, dan hati yang penuh kasih. Namun, di sebalik semua itu, tersembunyi satu sisi dirinya yang tidak diketahui...