Bab 11

373 7 0
                                    



Hanz melangkah masuk ke rumah dengan langkah yang berat, namun hatinya berkobar-kobar dengan kemarahan. Dia baru sahaja pulang dari pejabat, dan sepanjang perjalanan, fikirannya penuh dengan gambaran yang menggerunkan—Amyra berbual mesra dengan seorang lelaki. Staf lelaki dari pejabatnya. Hanz dapat melihatnya dengan jelas, walaupun mereka hanya bercakap mengenai kerja, tetapi baginya, ia sudah cukup untuk mencetuskan api cemburu yang tak terbendung.

Dia menutup pintu dengan kasar, menyebabkan bunyi dentuman yang bergema ke seluruh rumah. Amyra yang sedang duduk di ruang tamu, terkejut mendengar bunyi tersebut. Dia segera bangun, cuba untuk tersenyum walaupun dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Hanz hari ini.

"Abang dah balik?" Amyra menyapa lembut, cuba menyembunyikan kegelisahannya.

Namun, Hanz tidak membalas dengan senyuman seperti biasa. Dia hanya memandang Amyra dengan tatapan tajam yang membuatkan darah di wajah Amyra mengalir dingin. "Dengan siapa awak keluar tadi?" suaranya terdengar rendah, tetapi jelas sekali penuh dengan ancaman.

Amyra mengerutkan dahi, keliru dengan soalan itu. "Keluar? Saya tak keluar mana-mana, abang. Saya cuma—"

"Jangan menipu aku, Amyra!" Hanz meledak, suaranya bergema di dalam rumah. Dia melangkah laju ke arah isterinya, menarik lengannya dengan kasar. "Aku nampak dengan mata aku sendiri. Kau bercakap dengan lelaki tu. Kenapa, ha?!"

Amyra tergamam. Dia cuba untuk menenangkan Hanz, walaupun hati kecilnya sudah mula dipenuhi dengan ketakutan. "Abang, saya tak buat apa-apa. Itu cuma staf pejabat. Kamk bercakap tentang kerja, itu saja."

Namun, penjelasan Amyra tidak sedikit pun meredakan kemarahan Hanz. Malah, ia menambah bara di dalam dirinya. "Kerja? Kerja?! Awak ingat saya bodoh, Amyra? Jangan cuba bodohkan saya!"

Tanpa memberi Amyra peluang untuk membela diri, Hanz menariknya ke arah tangga dengan kasar. Amyra cuba melawan, tetapi Hanz terlalu kuat. Dia membawa Amyra ke sebuah bilik kecil di tingkat atas stor yang jarang digunakan. Dengan tangan yang kuat, dia menolak Amyra masuk ke dalam stor gelap itu.

"Abang, tolong jangan! Saya tak buat salah apa-apa!" Amyra merayu, air matanya mula mengalir.

Namun, wajah Hanz langsung tidak berubah. "Aku dah cakap, Amyra. Kau milik aku. Kalau aku dapat tahu kau bercakap dengan lelaki lain lagi, aku tak akan teragak-agak untuk buat yang lebih teruk dari ini."

Sebelum Amyra sempat berkata apa-apa lagi, Hanz menutup pintu stor dan menguncinya dari luar. Kegelapan segera menyelubungi Amyra, bersama dengan perasaan takut yang tidak terkawal. Dia meronta-ronta di sebalik pintu, menangis dan memohon agar Hanz melepaskannya, tetapi semuanya sia-sia.

Di luar, Hanz berdiri sejenak di hadapan pintu, mendengar tangisan Amyra yang semakin sayu. Namun, hatinya langsung tidak tersentuh. Baginya, ini perlu dilakukan. Amyra perlu tahu batasannya. Dia tidak boleh membiarkan Amyra bercampur dengan lelaki lain walau dalam keadaan apa sekali pun.

Hanz menarik nafas panjang sebelum melangkah pergi, meninggalkan Amyra di dalam stor gelap itu. Di dalam fikirannya, Amyra akan belajar dari kesilapannya. Dia akan menjadi isteri yang patuh, dan Hanz akan memastikan tiada sesiapa pun yang akan merampas Amyra daripadanya.

Daniel's ObsessionWhere stories live. Discover now