Bab 5

78 7 0
                                    

SUDAH hampir sebulan berlalu, Jasmine mulai membiasakan diri dengan tugasnya sebagai eksekutif jualan hartanah di Syarikat Hartanah Maju. Pagi ini Jasmine dan Bikash sampai awal. Mereka sibuk bersembang di ruang pameran sebelum waktu ofis bermula sambil bersarapan di meja kecil.

"Seronoklah kau dapat sale semalam." Bikash tumpang seronok.

"Gila tak? Norman lagi best, terus dapat jual empat unit minggu ni. Aku sebenarnya dapat sorang aje tapi dia nak beli dua rumah sekali gus untuk anak-anak dia," terang Jasmine dengan teruja.

"Wow! Hebatnya. Untunglah anak-anak orang tu, kan? Tak payah susah payah nak fikir hal rumah bila dah kerja nanti."

"Haah, aku tanyalah dia kerja apa? Dia kata dia pun dulu sales executive macam aku juga tapi lepas tu dia jadi real estate negotiator dengan satu company besar. Dah lebih 20 tahun, sekarang ni dah jadi pelabur hartanah. Kau taulah kan, kalau dah asyik jual beli hartanah ni kaya dia macam mana."

"Haah, aku banyak juga kenal sales executive ni, tapi tak semualah yang sukses. Ada juga tersungkur di pintu syurga."

"Maksud kau?" Jasmine berkerut dahi, berminat nak tahu lebih lanjut.

"Yalah, dulu ada satu kes kat ofis kita. Sebelum Pian jadi boslah. Dia tu memang nampak bergaya dan berjaya tapi kantoi sebab mata keranjang. Kita orang panggil dia Bang Long. Tak kira anak dara, isteri orang, semua dia nak try."

"Bukan orang macam tu selalu panjang akal ke?"

"Panjanglah sangat. Kantoi dengan mem nombor dua sebelum sempat dia nikah yang ketiga. Lepas nombor dua mengadu kat nombor satu, barulah pecah tembelang."

"Adoilah kesian, porak-perandalah ya rumah tangganya?"

"Itulah pasal. Dia pula boros, hutang keliling pinggang, anak-anak memang terbiarlah walaupun nampak macam senang. Kesian, kadang makan pun nenek atuk yang tolong bagi duit. Lepas bercerai isteri nombor satu dan dua, hidup dia makin tak tentu arah. Komisen sikit, hutang bertambah. Siap pinjam along. Memang huru-haralah hidup dia sampai kena berhenti dari sini. Lepas tu dia jatuh sakit, hidup melarat." Panjang lebar Bikash bercerita.

"Kadang kita lupa, bila dah senang, kita mula menipu isteri pula. Akhirnya sendiri yang rugi. Kerja hilang, rumah tangga hancur," ujar Jasmine mengalahkan orang ada banyak pengalaman hidup.

"Kan? Padahal kerja kat Maju Holdings ni punyalah banyak manfaat. Ada insurans perubatan, bonus berkali ganda, cuti dibayar, elaun, kenderaan syarikat, elaun keraian dan elaun percutian. Apa lagi yang kita nak?"

"Yang itu aku setuju sangat. Bertuah juga rasanya dapat kerja kat sini."

"Tapi kenyataannya orang ni bila dah senang mana nak fikir buruk. Yang penting nafsu jalan dulu. Tanggungjawab pada keluarga diabaikan. Itulah balanya," tambah Bikash lagi.

"Mintak dijauhkan Allah dari ujian istidraj macam tu. Kita ni masa susah memang selalu fikir nak jimat, nak simpan duit untuk menyenangkan keluarga."

"Kesian juga, ya... Dah nasib badan. Harapnya bos kita tu taklah perangai macam tu, kan?"

"Siapa? Encik Firaz? Ada potensi tu. Kau tengoklah dia punya berlagaknya macam mana?" Bikash tertawa lucu.

"Susah juga ya kalau dapat suami kaya ni, macam-macam pula menyimpangnya nanti."

"Curang ni bukan kira miskin kaya, Min. Kalau dia setia dan sayangkan isteri dia, mesti dia akan berusaha untuk jadi suami yang penyayang. Pernah juga aku jumpa lelaki kaya raya tapi dengan isteri setia."

"Aku rasalah, Encik Firaz tu ada sisi baik dia juga. Sebenarnya dia tu luar aje nampak garang tapi dalam hati ada taman."

"Amboi, puji lebih nampak? Dah berkenan ke tuuu?"

Manis Tentang Kita (Free Chapter)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang