"I pretend to unloved you everyday."-Lorelei
_______________________________
"MANA kawan-kawan saya?" Tanyaku kepada mereka. Kelibat seorang pun aku tak nampak. Tuan Eirman cakap circle aku berada di sini. Lepas selesai majlis penanaman jenazah tok wan tadi, kami berpecah buat seketika.
"Oh, diaorang ada kat laman belakang." Jawab Tuah Zidane. Mudah.
Aku mengangguk dan memandang ke arah Tuan Eirman. Mengisyaratkan bahawa aku ingin pamit.
"Pergilah, aku ada kerja nak buat." Kata Tuan Eirman seolah-olah memahami maksud pandanganku.
"Baik." Kataku sambil melihat Tuan Eirman berjalan ke arah lif. Pandanganku langsung kembali kepada sekumpulan jejaka tadi.
"Bestlah konsert korang! Nanti saya nak join juga boleh?" Tanyaku. Penuh minat.
Ternganga mulut Razeen Hafiy dan Tuah Zidane dibuatnya. Pelik ke kalau aku nak karaoke juga?
"I memang pandai menyanyi cuma tak pandai buat getaran bibir macam WanChai buat aje." Kata Tuah Zidane. Bukannya dia tidak mencuba, cuma dia memang tak pandai buat getaran bibir macam WanChai. Nanti dia cuba lagi.
"Are you serious, devochka?" Pintas Razeen Hafiy. Jelas reaksi wajahnya terkejut. Aku mengangguk penuh minat. Bolehlah aku hilangkan bosan nanti.
"Oh my, yunaya ledi. I ingatkan you tak suka karaoke." Sampuk Jebat Maleq.
"Saya saja nak hilangkan bosan. Lagipun, takdelah saya teringat tentang arwah." Jawabku.
"Orang kalau teringatkan arwah kena banyakkan mengaji, sedekah dan buat benda yang boleh buat pahala. Bukannya, karaoke." Sembur Tuan Eirman yang entah dari mana datangnya. Tadi cakap nak buat kerja.
Deep!
"Moy gospodin, [Tuanku,] kerja you memang suka menyindir orang je ke?" Balas Tuah Zidane. Bersahaja.
"Hm." Hanya sepatah yang dijawab oleh Eirman yang kemudiannya berjalan ke dapur. Nak minum air rupanya.
"Don't worry, devochka. Karaoke-karaoke juga, pahala pun kita buat juga! Betul tak?" Pintas Fahd Athif. Macam mana tu? Walaupun aku tak faham, aku angguk jelah.
DAPAT aku lihat circleku yang sedang ralit berbual di sebuah pondok yang tersedia di laman belakang mansion.
Amboi! Diaorang ni kalau berbual memang tak ingat dunia. Entah-entah bala menyanyi tadi pun diaorang tak dengar.
"Baa!" Aku cuba membuat Tuan Eirsha yang sedang melukis untuk terkejut.
"Eh! Opocot nenek kau." Latah Tuan Eirsha yang mengundang ketawa kami berempat.
YOU ARE READING
TUAN EIRMAN
Romance[FORRA's ROMANCE AND ACTION SIRI 1] "His eyes, was like a predator who's searching for his prey."-JEBAT MALEQ Tidak dapat aku tafsirkan maksud di sebalik ayat tersebut. Mangsa dan pemangsa. Nak belajar sains ke ni? Banyak benda yang aku tak tahu ten...