TUANPUTERI | 10

322 27 3
                                    

"How wonderful it is, to be silent with someone?"-Kurt Tucholsky

____________________

   "MAMA, sakit! Tolonglah berhenti." Rintih seorang kanak-kanak kecil di dalam video tersebut. Video tersebut terpapar di skrin besar TV.

"Apa? Sakit? Ini baru sikit, ada lagi yang lagi sakit!" Kata seorang wanita yang kini memegang rotan di tangan kanannya.

"Pish!" Bunyi rotan yang jatuh ke arah paha kanak-kanak perempuan tersebut. Kemudian, naik ke atas bahu kanak-kanak tersebut.

"Mama, please! Sakit sangat, Farah dah tak tahan." Rayu kanak-kanak perempuan yang berusia sekitar 7 tahun tersebut.

Jelas dari video tersebut, kanak-kanak perempuan tersebut mempunyai banyak kesan lebam. Kanak-kanak itu tidak bersalah. Namun, mengapa ibu kandungnya sendiri sanggup memukulnya?

"Farah janji yang Farah takkan makan malam bersama-sama dengan mama kalau mama dan papa tak bagi izin." Petah kanak-kanak perempuan itu berbicara.

Hanya kerana kanak-kanak perempuan tersebut ingin makan bersama, ibunya sanggup memukulnya? Kejam?

"Puas hati aku untuk hari ni!" Kata wanita itu seraya beredar meninggalkan kanak-kanak itu sendirian.

"Tut!" Butang remote kawalan jauh ditekan. "Itu aku kan?" Desis hatiku. Lebam di paha dan bahu dilihat buat seketika. Parut.

"Mama ke yang buat ni?" Soal suatu suara asing. Namun, ianya tidak asing bagiku.

"Pergi!" Tempikku. Seorang diri. "Hahaha, kau ingat kau boleh halau aku? Your mental illness getting worse, Farah..." sindir suara tersebut.

Aku lantas mengambil ubat yang berada di dalam beg dan menelan ubat tersebut. Air diteguk bagi memudahkanku menelannya. Dapat aku lihat bayangan asing tersebut menghilang.

"Allah, sakit sangat!" Tangisanku pecah. Diriku tak ubah seperti orang yang tidak terurus sekarang.

"Tok wan..." ujarku.

"Sakit..." sambungku lagi.

"ASTAGFIRULLAH, Miss! Apa yang Miss buat ni?" Soal pengurusku, Dariya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ASTAGFIRULLAH, Miss! Apa yang Miss buat ni?" Soal pengurusku, Dariya. Cemas. Aku hanya menggeleng lemah. "Sakit, Dar..." Kataku yang berada di bucu katil sambil menunjukkan parut-parut di tubuhku.

Dariya lantas membantuku untuk bangun perlahan-lahan. Parut di tubuhku ditatap buat seketika. "Kejamnya Datin Dahlia dan Dato' Farish." Desis hati Elvina.

"Miss, sakit lagi ke?" Soal Dariya. Risau. Aku hanya menggeleng lemah. "Tak." Jawabku. Lemah. "Luka dekat bibir Miss dah sembuh? Meh sini saya tengok." Soal Dariya seraya memegang daguku.

"Don't worry, Dar. I've had it worse before." Kataku. Cuba meyakinkan Dariya. Dariya menghela nafas. Ini yang dia risau tentang lady boss dia ni, keadaan kesihatan Farah dah semakin memburuk sejak pemergian arwah Dato' Seri Borhan.

TUAN EIRMAN Where stories live. Discover now