BAB 1

1.3K 30 0
                                    

AWAL-AWAL lagi aku sudah dikejut oleh Hirman, iaitu abang sulung ku. Digoncang kuat tubuh badanku. Namaku di jeritnya kuat. Entah apa yang buat dia begitu. Mata yang dipejam rapat terus aku buka perlahan-lahan. Silau dengan cahaya lampu yang terang benderang itu. Wajah Hirman tidak dapat aku lihat dengan jelas.

"Ada apa kau ni, along?"

Telefon pintar dicapai. Dijeling sekilas jam pada skrin telefon. Baru pukul lima pagi. Aku pandang pula ke arah Hirman yang duduk berlutut di sebelah katil ku itu.

"Ada apa?"

"Milo! Milo hilang!"

Pekik Hirman. Aku menutup kedua-dua belah telinga aku dengan telapak tangan. Aku tak mahu pekak di waktu muda!

"Relaks lah. Milo aje pun. Suruh lah Haris carikan. Rhea nak tidur lah"

Kelopak mata kembali ditutup. Milo adalah nama kucing kesayangan Hirman. Haris pula abang kedua aku. Dan aku salah satunya adik perempuan mereka berdua.

"Rhea! Tolong lah aku carikan Milo. Aku merayu.. Please, Rhea? Haris tu mana pandai cari Milo"

Aku mengeluh. Selimut yang menyelimuti tubuh badan aku itu ditarik ketepi. Aku bangun dari berbaring di atas katil. Menyerah dengan Hirman. Terpaksalah aku pergi cari Milo pukul lima pagi ini. Haihlah..

Kaki melangkah keluar dari bilik. Hirman hanya mengikuti aku dari belakang. Aku turun menuju ke dapur. Balang panjang yang berisikan makanan Milo diambil. Aku keluar pula dari rumah. Kaki berhenti di depan pagar rumah.

Balang makanan Milo digoncang kuat. Terus kedengaran bunyi loceng milik Milo yang diikat pada lehernya oleh Hirman itu mendekati. Tibalah Milo dihadapan ku. Dia menggosok-gosok kepalanya pada kaki kiri ku sambil mengiau.

"Dia lapar lah, along. Kau tak bagi dia makan ke? Patutlah dia lari. Merajuk dengan kau agaknya"

Makanannya aku tuangkan ke dalam mangkuk khas untuk Milo. Khas untuk Milo. Aku ulang. Kalau Hirman pergi makan sekali dalam tu, aku tak mengaku dia abang aku.

"Dah, yang lain-lain along urus sendiri. Rhea nak mandi. Siap-siap nak tunggu subuh"

Aku terus masuk ke dalam rumah. Hirman aku biarkan dia berdua-duaan dengan kekasih dia. Akibat dah lama bujang, dengan kucing sendiri pun boleh jadi. Ya Allah, bantulah abang aku, Hirman supaya dia cepat-cepat menjumpai jodoh yang memahami dirinya. Aku penat melayan kerenah abang sulung aku ini.

Pukul lapan nanti, aku sudah boleh masuk kerja. Aku buka kedai bunga sendiri. Kedai itu asalnya milik ibu. Tetapi disebabkan ibu sudah tidak boleh lagi untuk mengurus kedai bunga itu, aku yang mengambil alih. Sejujurnya, aku memang minat dengan pokok-pokok bunga.

Ramai jugalah yang sukakan dengan bunga-bunga di kedai aku. Iyalah, ibu dengan aku yang merawat bunga. Mestilah laku! Ramai juga lelaki yang datang beli untuk diberikan kepada kekasih.

Usainya aku menunaikan solat subuh, aku turun ke dapur untuk membuatkan sarapan. Hirman berada di ruang tamu bersama Milo. Entah apalah yang dia berleter kepada Milo itu. Marah sungguh! Padahal, diri sendiri yang lupa bagi makan Milo. Cis!

Nasi didalam periuk masih banyak. Apa kata kalau aku buat nasi goreng? Membazir pula kalau nasi itu dibuang. Beras beli pakai duit ya. Bukan main ludah air liur.

Rasanya, ibu dengan abah sudah bangun. Tengah mengaji bersama agaknya. Abah memang selalu suruh ibu mengaji bersama selepas solat subuh. Haris pula entah jaga ke tidak. Suka sangat tidur lewat. Main game aje kerja.

"Along! Kejut Haris bangun. Dia tu pukul tujuh dah kena gerak pergi kerja. Kalau lambat, mula lah nak naik angin sebab kena bebel dengan bos dia tu"

Inilah rutin harian ku. Rasanya, aku yang sulung dekat sini. Semua benda aku nak diingatkan. Huh!

He Conquered My Heart Completely !Where stories live. Discover now