BAB 12

295 14 0
                                    

SATU bulan telah pun berlalu. Hari ini, tiba lah di mana aku dan Zyran bertunang. Aku sudah siap mengenakan baju yang Karina buat. Dayana membantu aku rias wajah.

Dayana begitu teruja ingin membantu aku dalam hal ini. Dia juga tidak percaya bahawa aku akan bertunang.

Kalau Arwa pula, ibunya yang rias wajahnya. Kerana ibunya bekas Mua, dia meminta ibunya sahaja. Majlis tunang ini dilangsungkan di rumah ku. Luas lah juga untuk menjalankan majlis pertunangan ini.

"Cantik betul sepupu aku ni. Kalau kau nak tahu, Azrill tak dapat tidur sebab tak sabar nak tengok Haris bertunang. Hahaha!"

"Harap sangatlah dia orang tak bergaduh dekat sini. Berjumpa aje bergaduh"

Mungkin itu gaya tagline dia orang. Bergaduh. Pelik-pelik aje kelakuan abang aku ini.

Tiba-tiba, aku rasa nervous. Macam mana keadaan Zyran sekarang?

"Oit.. Oitt!! Jangan keluarkan air mata. Rosak make up kau nanti!"

Dayana mengambil beberapa tisu untuk mengelap air mataku yang masih bertakung di kantung mata.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Menahan rasa. Bertenang, Rhea. Rileks.

Kedengaran pintu bilikku dibuka. Aku dan Dayana memandang ke arah pintu itu. Ada Hirman dan ibu yang masuk.

"Rhea? Ini anak ibu ke? masya-Allah.. Cantiknya anak ibu"

Ibu menangis melihat aku yang sudah selesai bersiap. Hirman juga turut menangis. Tetapi hanya air mata sahaja yang mengalir. Tiada suara esakan.

"Kau cantik, Rhea. Adik perempuan along cantik sangat hari ni"

Hirman menggenggam tanganku kuat. Tangannya bergetar. Suaranya juga bergetar. Aku tahu, dia masih tidak dapat melepaskan diriku.

"Hahaha, rileks lah along!"

PAP! Belakangnya aku tampar. Sengaja ingin menenangkan sedikit Hirman itu.

"Aduh!!"

Kami semua ketawa dengannya. Aku mengukir senyuman.

"Rhea tahu perasaan along sekarang. Along cuba lah untuk biar Rhea belajar hal baru"

Tiba-tiba Hirman menangis seperti budak kecil. Dipeluknya pinggang ku kuat.

"Urgh! Susah nak lepaskan bayi along ni. Kau memang dah dewasa, tapi dekat mata aku kau masih budak-budak yang hisap botol susu"

Aku hanya tersenyum. Pandangan ku beralih kepada pasu bunga yang berada di atas meja komputer ku itu. Bunga Spray Rose yang aku tidak tahu siapa pengirimnya itu masih aku simpan.

Sayang kalau mahu dibuang. Jadinya, aku memilih untuk merawatnya. Tertanya-tanya, siapa yang mengirimnya dan kenapa?

"Along, sudah lah tu. Rosak tudung Rhea nanti! Bertuah punya anak"

Telinga Hirman ibu tarik. Sekali lagi dia mengaduh kesakitan.

Setelah aku selesai bersiap-siap, ibu, Hirman dan Dayana menghantar aku turun ke bawah.
Tubuh badanku gementar melihat keramaian di bawah. Arwa juga sudah berada di bawah.

Arwa dari jauh lagi melambai-lambai tangan ke arah ku. Kerana kelakuannya, semua mata tertumpu kepada ku. Pertama sekali, aku turun bersalam-salaman bersama bakal mak mertua ku, bakal adik iparku dan juga bakal kakak ipar ku. Hahaha amboi!

"Ini ke Rhea Irana yang saya kenal? Betapa cantiknya Rhea.."

Terlopong mulutnya melihatku. Mukaku jadi memerah kerana pujian itu. Abah sudah bersedia untuk melaksanakan majlis pertunangan ini.

He Conquered My Heart Completely !Where stories live. Discover now