bab 14

431 9 2
                                    

" farrah ! Lahaii budak nie kalau bom meletup sebelah telinga pon memang tak akan dengar . Pasen apa nie tidur mati haihh entah ikut perangai siapa laa budak nie " bebelan nenek ku demgar sayup sayup ingin sahaja ku balas namun kudrat ku tidak terdaya . Penat makan semalam belum hilang lagi hahaha lagi lagi selumut yang empuk bak saljuu huaa memang dia tak bagi gua bangun laa.

" takpa laa nek , farrah tu memang macam tu kalau tidur tak ingat dunia dah . Nanti faizul kejut kan .nenek pegi laa turun makan dulu farrah nie tak ambil sarapan pon tak apa nek nanti pandai pandai laa dia cari makanan bila dia lapar nanti " pujuk abang faizul.

" erm yelah . Kejut kan adik kamu tu . Anak dara tak elok bangun lewat karang rezeki tak masuk "

Ya seperti nenek nenek yang lain . Mesti ada pantang larang yang aneh aneh . Begitu juga nenek kesayangan ku . Duduk atas tangga nanti orang tak masuk meminang laa tak pon kalau duduk atas tangga seolah olah anak dara yang tak laku tunggu pinangan . Tak boleh nanyi dalam dapur nanti kena pinang ngan orang tua . Tak baik bertiarap ianya seolah mendoa kan ibu kita meningal . Aku juga tidak pasti sampai mana kah kebenaran tersebut namun aku ikut kan sahaja yela nanti tak pasal pasal kena sembur hahaha

**********

Perjalanan kami teruskan menuju ke destinasi terakhir iya itu kudat . Sebenarnya banyak lagi tempat yang telah kami lawati namun aku hanya menceritakan tempat tempat yang jarang di siarkan di tv . Yelah kat tv asik menayangkan tempat tempat yang famous dan yang sama sahaja seperti kundasang ranau yang penuh dengan pelbagai jenisan sayur sayuran. Ladang teh , kota kinabalu , gunung kinabalu , poring , tanjung aru , pulau manukan dan banyak lagi . Namun tempat tempat yang juga boleh menjadi destinasi pelancongan yang lain jarang di siar kan . Tak adil bukan ? Padahal di sabah ini semua tempat boleh di kira tempat perlancongan kerana setiap tempat ada keistimewaan nya yang tersendiri .

Sebelum sampai ke kudat kami singah si taggal tempat di mana terdapat banyak ikan sebesar dari hujung jari tangan ku sehingga ke siku . Ikan taggal ini merupakan sejenis ikan yang suka makan kuman haha atau kotoran yang melekat di badan . Kami sekeluarga menghabis kan masa yang terluang di spa semula jadi ini .

Pada awal nya memang sesikit kekok dan amat lah sakit mana tak nya gigi ikan tersebut punya laa tajam ikut kan hati nak jea di sepak sepak sakit yang amat haha namun setelah berberapa minit terapi ini agak menyeronok kan . Setelah puas memberi ikan tersebut makan kuman kuman di kaki " tuan kuman " ini juga merasa lapar hahaha

Kami singah sebentar di sebuah restorant di kota belud . Kota belud yang terkenal dengan kuda berhias ini merupakan tempat di mana kita harus berhati hati . Yelah setiap tempat mempunyai adat mereka tersendiri . Di sini kita tidak boleh membeli dari satu kedai ke satu kedai contohnya masuk kedai ini keluar dan msuk kedai sebelah jika deretan kedai tersebut menjual barangan yang sama . Menurut cerita nenek jika di langar orang tersebut akan terkena bala atau lebih tepat excident . Kerna orang orang di sini amat lah tidak suka di perlakukan seperti itu . Sejauh mana kesahihan nya aku pun tak tahu.

" makk aii nie betul betul tom yam nie . Padas minta ampun " hahaha air mata mengalir di pipi dengan derasnya . Pergh boleh kena buasir beb ! Air hingus pon kalau boleh nak meleleh dah nie . Huaaaa mammyyyyy !!!

" hahaha nie dah kenapa nie muka merah menyala nie hahaha tu la abang dah cakap tadi kan oder lain haha meh tukar dengan abang " ya Allah .. betapa gembiranya dalam hati haha aku menghulur mangkuk yang berisi tom yam pedas dan menyambut piring yang berisi mee goreng ayam . Air sirap laici ku minum menghilang kan pedas di lidah yang masih bersisa .

********

" Assalamualaikummm ... makcikk ! " pintu ku ketuk dengan sopan . Ah aku lah orang pertama yang melompat turun dari kereta haha mana tidak nya bertapa aku rindu mahu merasa kembali hidup di kawasan perkampungan ! Ya rumah kayu yang terletak di tepi jalan ini , sungguh aku rindu suasana aman dan damai apatah lagi bila sanak saudara berkumpul beramai ramai bila musim raya .

" Ya Allah ! Farrah ka nie ? besar sudah bha anak buah makcik satu nie . Makin cantik eh , mesti ramai peminat nie kan " pipi ku laga kan dan pelukan berbalas pelukan . Rindu ku terubat jua yelah dah lama tak jumpa makcik kesayangan ku ini .

" haii farah jea ke yang di tegur , habis anak buah makcik yang sorang lagi nie ? Hmm nie laa nasib badann " rajuk abang faizul haha mengada betul tenuk nie hahaha

" eh mana ada bha , makcik malu jak mau tegur yela orang pangkat besar kan mana laa tau tak suka di tegur " gurau makcik .

" pangkat besar ke pangkat kecil ke manusia juga . Tak ada bezanya laa semua sama di mata Allah Swt tau makcik hehe faizul pun nak juga kena manja macam farrah . Haihh nie laa nasib orang yang ada adik nie kebahagiaan mesti di rampas hahaha "

" eleh dah tua tu buat laa cara dah tu haha gedik jea lebih abang nie " lidah ku jelir kan kepada abang kesayangan . Lalu berlari masuk mencari kelibat si kecil daniel anak sedaraku yang belum pun cukup umurnya setahun . Haha memang tak tau malu aku nie tuan rumah tak pelawa masuk aku dah menyerbu nie kalau pegi rumah orang lain nie mahu nya kena cop biadab hehe

" makcikkk !!! Mana daniel ! Tak jumpa pon penat farrah cari . Ke daniel dah tidur ? " suara hampa ku jelas kedengaran . Mana tidak nya rindu yang ku pendam belum pun terluak .

" daniel jalan kejap dengan mama dia kejap lagi balik laa tu . Haa sini laa makan dulu makcik ada masak cengkodok udang ni . " kata makcik sambil menepuk nepuk tempat di sebelahnya menandakan aku harus duduk di sebelah nya.

" erm sedap ! Malam nie farrah rasa macam nak makan ketam laa hehe kat sini kan senang nak cari ketam fresh " permintaan ku di sambut mesra . Barisan gigi ku tayangkan menandakan aku gembira apabila permintaanku di sambut mesra.

" ermm ketam segar masak merah hasil tangan makcik memang perghh . Aduh aduh sedap tak terhingga kan farrah kan " abang faizul juga turut menambah ramuan dalam bodekan ku hehehe misi berjalan dengan lacar ! Miahahahaha .

" eh mana ada , senjaga jak nie kan puji puji makcik supaya di masak kan . Haha nda paya risau laa . Makcik tau jak kamu datang terus suruh kak long tu pegi beli ketam nanti sampai baru masak ketam masak merah yee " mendengar ayat makcik aku seolah olah mahu melompat sambil menari hahaha gembira tak terhingga .

Siapa sangka kehadiran kami memang amat di nantikan sehinggakan sepupu sepapat ku semua pulang ke rumah makcik hanya untuk berjumpa dan meluang kan masa bersama keluarga . Malam itu kami membuat pesta bbq di belakang rumah . Hanya tuhan yang tahu bertapa gembiranya rasa hati ini bila melihat satu persatu kereta dan sedara mara datang bertandang untuk berkumpul bersama .

Kejutan ini jelas membuat kan atuk dan nenek tercinta gembira dan terharu , aku dapat melihat riak wajah yang teramat laa gembira di sebalik kedutan kedutan yang tidak menjejaskan kecantikan di wajah nenek . Seperti yang atuk kata " she look to sexy with this kedutan and make me fall every single time " haha kau ada ? Atuk memang sweet orang nya hehehe

Perkarangan rumah di riuhkan dengan suara sanak saudara yang berkumpul , keriuhan ini bukan menganggu kententeraman namun mengbahagiakan suasana . Jarang sekali dapat berkumpul satu keluarga besar seperti malam ini . Akan ku simpan segala memori dengan rapi di sudut hati biar menjadi pengubat rindu di seberang nanti .

" cik paya ! Nanak mamam ? " tegur yaya anak saudara ku yang ke 10 ! Hehe banyak kan ? Ermm tapi aku masih mengharap kan anak saudara dari abang kandung ku sendiri haihh bila laa abang faizul nak kawin dan ada anak nanti boleh aku main dengan anak anak abang kandung ku sendiri .

" bukan makcik laa .. pangil kakak okay ? Haha kakak tak kawin lagi mana boleh pangil makcik . No no no masih muda okay ! " seperti biasa nya aku akan menghasut dan mendidik semua anak saudara ku agar tidak memangil ku dengan gelaran makcik pergh jatuh tau standart i haha

" pangil jea makcik yaya , jangan layan sangat makcik farrah kamu nie dah memang pangkat dia makcik terima jea laa kakak konon " sampuk abang faizul .

" haihh orang tua nie menyebok jea laa . Tak payah layan pakcik kamu nie yaya jom ikut kakak kita main barbie okay ? " yaya yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati kami dua beradik ku angkat agar menjauh dari abang faizul nanti tak pasal pasal rosak pemikiran budak nie di hasut nya haha walaupun sebenarnya aku yang menghasut yaya agar memangil ku dengan gelaran kakak.

Aku juga manusia biasaWhere stories live. Discover now