16

530 18 0
                                    

Sudah seminggu aku pulang dari percutiaan . Barang barang yang aku beli khas buat sahabat ku maisarah ku kumpulkan . Niat ku ingin datang melawat nya dan berkongsi cerita seperti biasa . Rindu ku terhadapnya semakin meluak luak apa bila dia mengirimkan gelang tangan yang di buatnya sendiri khas untuk ku .

Aku memakai drees berwarna biru  muda paras lutut di padankan dengan kasut convers pink dan beg belakang jenama Polo berwarna pink sesuai dengan gelang tangan yang dibuat maisarah . Sebelum keluar rumah aku sempat singah ke dapur mebawa bekal nasi ayam sabah yang di buat mammy . Kat sini susah nak jumpa nasi ayam sabah hehe

Kereta ford milik ku bergerak meninggalkan rumah . Seperti biasa jalan di kl tidak pernah nya bebas dari jem . Aircond ku kuat kan dan radio era ku pasang kan . Dalam kesesakan seperti ini tiada apa yang boleh ku lakukan . Beg plastik yang berisi roti ku capai . Sudah menjadi kebiasaan ku meletak kan makanan di dalam kereta bila bosan menunggu jem boleh makan hehe sebab tu laa badan makin lama makin naik haha

Honda putih di sebelah menarik perhatian ku . Ah ya lelaki magnet itu ! Entah mengapa tiap kali bersua aku pasti tidak boleh berhenti melihat nya seolah olah ada tarikan magnet . Sejak itu aku memangil dia lelaki magnet .  Kecik nya malaysia ! Asik terjumpa jea haihh .

Seperti biasa dia tidak akan pernah mengesan kewujudan ku bahkan tidak menoleh ku arah ku . Ingin sahaja ku lempar kan roti ini ke keretanya agar dia melihat ku hehe

Dari kereta sahaja aku sudah tahu dia pasti datang dari golongan orang berada . Tengok sahaja jam tangan gshok edisi terbaru erm memang peminat jam mungkin . Tiap kali bertemu pasti jam tangan akan bertukar . Speck mata yang di pakainya menandakan dia seorang yang rajin berkerja hehe dan menyerlahkan lagi kekacakan nya haha amboi farrah sejak bila pandai menilik anak teruna orang nie !

                       *******

" assalamualaikum "

" farrah ! Ya Allah lama tak jumpa rinduu nyaaa ... " pelukan maisarah ku balas dengan pelikan erat rindu tak terkata !

" sarah apa kabar ? Wahh semenjak saya tak ada nie makin berseri seri nampak hmm "

" mana ada laa berseri sebab awak datang laa ! Yela ingat kan orang tu dah lupa kita kan . Maklum laa dah ada kerja , dapat kereta baru lepas tu pegi becuti pula untung nyaa nasib badan kan " senyuman ku manis kan .

" erm mana ada lupa ! Tengok nie farrah bawa apa untuk sarah ! Farrah tak pernah lupa sarah tau . " aku mengeluarkan barang barang yang aku beli kan khas buat sarah . Baju , rantai , kasut dan makan makan ringan yang hanya terdapat di sabah .

" wah banyak nya haha . Farrah beli baju kasut semua nie macam laa sarah boleh pakai . Yela kat hospital nie buat apa nak pakai cantik cantik " aku merasakan ada cubitan halus di ranting hati ku pedih rasanya .

" siapa suruh sarah pakai kat sini . Nanti bila sarah dah sihat kita pakai laa sama sama . Tengok baju yang farrah pakai nie ! Haa baju nie sama dengan baju sarah beza warna jea sarah punya warna pink sebab sesuai dengan kulit farrah . Kasut kita pun sama hehe tengok ! Beza warna jea tau " dengan bersemangat aku menceriakan sarah .

" kalau laa sarah dapat keluar kan ? Andai kata sarah tak di takdir kan keluar dari sini , sia sia sahaja farrah beli semua nie membazir jea " ah ! Cubitan tadi kembali lagi dan semakin sakit . Ingin sahaja aku cili kan mulut pedas sarah .

" apa cakap macam tu ! Dalam hidup kita kena positif tau ! Farrah yakin nanti sarah akan keluar juga dari sini . Masa tu kita akan keluar jalan jalan naik kereta farrah kita raikan hari kebebasan sarah ! " aku cuba menyuntik semangat dalam diri sarah .

" entah bila laa kan hari itu akan tiba . Penyakit saya nie farrah makin hari makin teruk , makin hari ajal makin mendekat . Bila bila masa saya boleh pergi meningalkan dunia yang penuh dugaan ini " sarah memandang ke luar tingkap dengan riak wajah yang sukar ku tafsir kan .

" hei .. apa nie cakap macam nie . Sarah Allah tidak akan menguji hambanya luar dari kemampuan tau . Allah turunkan sesuatu penyakit kerana Allah rindu nak dengar doa kita . Dan sarah kena ingat Allah tidak suka hambanya berputus asa! Ya memang benar Allah yang turunkan penyakit kepada kita namun setiap penyakit yang Allah turun kan ada ubat nya dan kita harus berusaha merawat . Ajal maut semua di tangan tuhan sarah . Jangan pernah berputus asa . In sha Allah dengan izin Allah yang maha pengasih lagi maha pengampun sarah akan sembuh . " entah mengapa aku menjadi sebak dan air mata berlumba lumba ingin keluar dari kelopak mata . Namun demi sarah aku cuba tahan sehabis baik air mataku agar tidak jatuh ke bumi .

" hai sarah ! Saya dahh .. " aku berpaling mencari pemilik suara tersebut .

" haa sazzy kenal kan nie farrah nasuha adik kepada doctor faizul , and farrah nie kawan sebelah katil saya sazzy . " sarah memperkenalkan rakan barunya kepada ku .

" err hai , saya farrah . Salam perkenalan sazzy " tangan ku hulurkan tanda perkenalan tangan ku di sambut kekok dan agak sedikit jangal .mungkin kerana bary pertama kali bertemu .

" sazzy jum laa duduk sini kita makan bekal yang farrah bawa . Makanan yanh farrah bawa selalunya mesti sedap ! Tak macam makanan kat sini tawar dan payau rasanya " pelawa maisarah . Aku membantu maisarah menyediakan tempat makanan di atas katil tempat di mana maisarah berehat .

Sazzy hanya menurut tanpa mengeluarkan suara . Mungkin malu dengan ku . Namun setelah berberapa minit kami bertukar cerita watak sazzy berubah menjadi periang . Ya seperti seorang remaja yang tidak mempunyai sakit apa apa. Di tangan nya juga tidak mempunyai sebarang wayar seperti maisarah yang sentiasa bersama botol dan wayar ke mana sahaja .

" farrah mesti seronok kan dah habis spm jadi ada mohon mana mana universiti ? Kolej  ? ke farrah tunggu pinangan putera raja hahaha " usik kak sazzy rupanya kak sazzy ini tua 3 tahun dari aku .  Merupakan bekas pelajar dalam bidang pereka fashion padan laa biar dalam keadaan sakit wajahnya dan penampilan nya tidak menunjuk kan yang dia tengah sakit ini laa yang di pangil power of makeup haha.

" farrah ada dapat juga tawaran ke uni dan kolej kak . Yang kat luar negara pon ada ! Tapi abang faizul tak bagi farrah belajar jauh jauh . Kalau boleh dia nak farrah belajar dekat dekat sini aja . " ya aku dapat berduyun duyun surat tawaran namun semua nya jauh jauh belaka . Abang faizul memang sudah memberi tahu yang dia tidak akan melepaskan aku belajar jauh


Maaf sbb lama tak update hehe bussy dgm class . Maklum laa stpm bakal membuka tirai hewhew wish me luck

Aku juga manusia biasaWhere stories live. Discover now