27

267 6 1
                                    

" nurul .. farrah rindu " aku bangun dari tidur . Melihat bantal ku sudah pun basah kecun dek tangisan ku . Aku menangis lagi entah untuk kali yang ke berapa . sudah 3 tahun berlalu . Sudah 3 tahun aku melalui hari hari tanpa nurul di sisi . Namun kenangan bersamanya masih segar di ingatan . Walaupun aku telah lama berpindah dari negeri jdt itu .

selepas solat subuh aku membaca yassin untuk sahabat tercinta agar tenang di alam sana . Hanya ini sahaja yang aku mampu lakukan . Moga tenang di alam sana sayang . air mata aku sekat mengunakan hujung telekung ku . Rindu yang tiada akhirnya .

******
Seperti biasa aku ke sekolah seawal jam 7 pagi . Menunggu faten dan mai . Mata ku yang hitam ku pandang . Erm eyesbag kite dah macam panda huaaa. Entah mengapa aku boleh mimpi kan kembali kejadian 3 tahun kepas setelah sekian lama . Ah mungkin sebab aku rindu . Rantai di leher ku sentuh . Pemberian terakhir nurul sewaktu majlis hari lahir kami .
3 tahun sudah berlalu namun masoh segar di ingatan ku . Seperti baru semalam aku melalui liku liku kepahitan hidup . Cuba kembali ke alam realiti selepas pemergian nurul bukan lah sesuatu yang mudah . Sangat sukar sehingakan daddy memutuskan kami sekeluarga turut berpindah dari johor . Ya keputusan yang tepat telah di buat jika tidak mungkin aku masih lagi di hantui bayangan nurul di rumah itu.

Ibu dan ayah telah pun berpindah selepas kenduri 40 hari nurul . mereka menjual semua saham syarikat dan memberikan saham nurul kepada ku . Syarikat mereka telah berpindah hak milik . Ayah dan ibu mengambil keputusan untuk tinggal di mesir . menjalankan perniagaan baharu di sana hasil dari jualan saham mereka . Selebih nya di berikan kepasa ku namun aku menolak . Dan menyarankan mereka mendermakan duit tersebut kepada rumah anak yatim atas nama nurul .

masih segar di ingatan ku sewaktu kenduri yang ke 7 aku tidak dapat menahan rasa . Hujan lebat ku redah membawa selimut pink milik nurul dan berlari ke tanah perkuburan al jannah . Rindu yang tidak dapat aku tahan . Rindu tersangat lah rindu . Sehingakan aku keluar pukul 10 malam hanya kerana berfikiran nurul pasti kesejukan . Aku tahu nurul tidak tahan sejuk .

Hujan lebat ku redah . Fikiran kubseolah olah orang yang tidak waras namun tiada siapa pun yang tahu apa yang aku rasa , apa yang aku lalui betapa berat nya dugaan yang aku tempuhi . Kilat sambung menyambung tidak ku endah kan . Dalam fikiran ku hanyalah nurul ya nurul pasti kesejukan sekarang .

Hujan sudah beransur redah ketika aku sampai ke tanah perkuburan al jannah . Oleh kerana gelap nya malam lagi lagi selepas hujan menyukar kan aku mencari tempat tingal baru nurul . ' assalammualikum ya ahli kubur ' aku memberi salam sebelum melangkah . Tanah yang lecak selepas hujan merimas kan kaki ku yang hanya berselipar jepun . Selimut nurul ku peluk walaupun sudah basah lecun .

' nurul . Farrah datang ni ' langkah ku semakin perlahan setelah melihat ukiran indah nama nurul d batu nisan . Selimut nya ku buka seperti orang bodoh aku menyelimutkan pusara nurul . Hujan kembali lebat seolah oleh turut bersimoati ke atas ku . Ya langit turut menagis melihat aku yang masih belum boleh menerima kenyataan yang perit .

' sampai bila farrah nak terus macam ni ? Sampai bila farrah nak dera nak siksa diri farrah ? Mana farrah yang happy go lucky , farrah yang sentiasa tersenyum ketawa dan membuat orang di sekeliling nya gembira . Ke mana hilang nya farrah nasuha yang dulu ? Yang menjadi penghapus duka di hati orang . Berhenti la . Kembali la pada farrah yang dulu . Jangan tangisi orang yang tidak akan kembali . "

Aku tak kuat . Sunguh tak kuat . Semua orang tak faham . Bukan mereka yang rasa tapi aku . aku yang menangung siksa nya merindu betapa sakitnya di tinggal kan . Perginya orang tersayang dan tak akan kembali lagi .

' farrah suka hujan kan ? jika percaya lepas hujan munculnya pelangi , kenapa tidak percaya lepas derita muncul nya sinar bahagia . '

" farrah ! Bangun sayang "
mata ku buka perlahan . Aku bukan lagi berada di rumah baru nurul . hospital . Mammy cakap mereka jumpa aku di pusara nurul pada 3 subuh . Sudah 2 hari aku tidak sedar kan diri dan meracau ketika mengigau . Demam panas kerana bermandi hujan .

******

Pintu kereta ku di ketuk kuat dan bergoyang seolah olah gempa bumi . Siapa lagi yang berani ambil resiko untuk menghancurkan kereta aku kalau bukan faten haha . Air mata ku lap menyembunyikan kelemahan ku . Aku harus nampak kuat di hadapan semua orang . Biar lah kepedihan ku tangung sendiri tanpa di sedari orang .

" kau nak terbalik kan kereta aku ke apa ni . " kata ku ketika membuka pintu hendak keluar .

" dah kau aku call tak angkat . Aku ketuk cermin tak perasan . Dah la pintu lock . Nak ajea aku bom kereta kau ni . Pekak badak tau . " jawab si becok faten . Mai di sisi nya hanya ketawa menyokong tindakan faten . Aku hanya mampu menayangkang barisan gigi putih ku kepadanya menapuk silap ku . Dah buat salah kan hehe redoh jea laa . Tadah kan jea laa telinga mendengar setiap bebelan nya .

Seperti kebiasaan nya sebelum masuk ke kelas kami akan di himpunkan di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat harian , info info terkini , guru yang tidak dapat hadir , pematalan kelas , dan pada hari jumaat pula ada bacaan yassin atau pun ceramah ringkas .

Entah mengapa aku terlihat satu susuk tubuh yang menarik perhatian ku . Dia berjalan menuju ke tempat duduk pelajar praU . kali pertama dalam seumur hidup ku aku melihat lelaki sebegitu lama . Langkah nya aku amati dari atas ke bawah aku tilik cara kekemasan pakaian nya . Seperti dalam novel novel cinta ku rasakan haha

Jalan nya yang perlahan lahan seperti masa yang bergerak perlahan sinar matahari menyinari wajahnya yang bersih . Setiap langkah nya di iringi dengan dendangan biola dan piano . Angin bertiupan sepoi sepoi bahasa. Daun daun berguguran di sekitarnya walaupun tiada pokok di situ . hahaha kay kay ni melebih dah ni . Ingat apa cerita fantasi ke nak ada semua benda tu hahahaha

Aku tersenyum sendiri mengenangkan perangai tidak senonoh ku sebentar tadi . Haihhh pasai paa hang duk tenung anak teruna orang lagu tuuu cik farrah oii hang dah hilang akai kaaa . Ni karang kalau budak tu tau hang duk usya dia dari tadi mana hang nak letak muka hangg yang tak seberapa nak comey tuu . Buat malu jea tau .

" dah kenapa senyum senyum ni . Lupa makan ubat eh ? " persoalan faten tidak ku endah kan . Biar lah aku berdiam seketika takut nanti jadi bahan usikan nya pula . Yela mana boleh percaya sangat faten ni . Otak dia kadang tak betul juga macam aku hahaha

Mai hanya menjadi pemerhati . Mai yang terkenal dengan sikap pendiam nya . Kadang banyak cakap kadang tidak dan sudah tentu jarang sekali bergaul dengan kaum yang tidak sama jenis dengan nya . Kalau sudah dia bercakap atau bergaul jangan di pandang pelik sudah tentu ustazah muda itu sendang memberi ceramah atau tazkirah pendek menegur sikap atau kelakuan lelaki tersebut . Namun sikap nya ini lah yang selalu mengingat kan aku tentang kebesaran yang maha esa. Aku senang bergaul dengannya . Dia membuatkan aku tidak leka dengan keindahan dan janji manis duniawi

Aku juga manusia biasaWhere stories live. Discover now