25

216 8 9
                                    

Baju ku yang berlumuran darah sudah pun di ganti dengan baju hijau daun mati entah bila ditukar aku pun tidak sedar . Aku ditahan atas alasa trauma . Ya sudah pasti aku trauma , gadis seusia ku melihat kejadian di mana orang yang ku sayang dilangar tanpa belas kasian . Yang paling mengayat hati bila kes tersebut di failkan sebagai kes langar lari . Kereta yang telah melangar nurul sempat melarikan diri walaupun telah berada di arah yang melawan arus . Dasar binatang !

Aku di berikan khidmat konseling oleh berberapa orang doctor termasuk abang ku sendiri kerana aku masih lagi berada dalam keadaan emosi yang sangat sangat tidak stabil . Polis pernah datang untuk mengambil keterangan namun gagal kerana aku meracau seperti orang kurang siuman . Sesi konseling ku selalu berakhir dengan aku di suntikkan ubat penenang . Sehinga aku menjadi lali dengan setiap dos dos suntikan .

kadang bila aku tenang sedikit dan boleh bertoleransi dengan orang ada sahaja yang mengangu ku seperti polis yang datang kembali menanyakan tentang kejadian . Aku masih tidak boleh bersemuka dengan mereka sehinga kan pengawal keselamatan lalu sahaja aku sudah meracau menyuruh nya pergi .

Ada satu ketika jantung nurul berhenti berdenyut dan aku kembali lagi meracau namun alhamdullilah setelah di bantu doctor doctor jantung nurul kembali berdenyut . Sedar tak sedar sudah semingu keadaan ku begini kadang menunjuk kan semakin puluh namun hanya dengan sedikit ganguan aku akan jatuh ke tahap separa teruk .

Nurul masih lagi begitu . Tidak sedarkan diri . Dalam seminggu ni dia masih terkulai kaku 19 retakan di tulang nya mungkin menjadi penyebab kenapa dia masih begitu . Masuk hari ni dah 5 kali jantung nya terhenti . Namun dapat di selamat kan lagi . Nurul sememangnya tengah berjuang untuk kami . Kenapa aku tidak sekuat dia ? Sedangkan aku tahu sakit yang aku alami tidak setanding dengan sakit yang dia tengah hadapi . Berjuang seorang diri kami hanya mampu memberi kata semangat dan doa untuk nya .

Rindu nya farrah kat nurul . Rinduu sangat . Abang seringkali mengugut ku akan memisah kan bilik ku dengan nurul kalau aku tidak sembuh namun apa kan daya aku juga belum boleh menerima semua ini . Jarum yang menyambungkan saluran air ke badan ku , ku cabut . Rimas . Darah tidak berhenti mengalir aku biar kan . Sakit ini tidak setanding dengan sakit nurul .

Aku bergerak turun dari katil . Ibu dan ayah sedang tidur di sofa . Penat barangkali menemani kami berdua . Mammy mungkin keluar sebentar mencari makan . Aku berdiri di sisi nurul . Tangan nya ku gengam . Air mata ku deras mengalir . Ya aku harus kuat demi nurul . Tak kan aku baring sahaja tanpa berbuat apa .

Butang merah ku gapai menandakan aku memerlukan bantuan nurse . Belum pun sampai nurse aku sudah terbaring kaku di lantai kesan darah ku lihat banyak . Agak menyesal dengan perbuatan bodoh ku sebentar tadi . Kelam .

********

" nurul bangun laaa . Dah seminggu lebih kau macam ni . Kau tak rindu aku ke ? " kata ku sambil mengusap ubun ubun nurul . Dah 2 hari aku keluar hospital namun nurul masih lagi tidak menunjuk kan sebarang reaksi positif . Malah kesihatannya semakin merosot dari hari ke hari .

Aku menjadi teman setia nya . Selama dia masih di hospital aku juga akan berkampung di sini menungunya sedar . Hari itu sekali lagi jantung nurul terhenti . Namun dapat juga di selamat kan .

" saya minta maaf . Saya wakil dari doctor faizul . Dia menyerahkan tugas ini kepada saya kerana tidak sangup mengata kan hal ini kepada kamu sekeluarga memandangkan oesakit ini juga merupakan kaum keluarganya . " ujar seorang doctor yang memangil kami sekeluarga duduk di sofa . Jantung ku berdegup laju seolah olah aku baru sahaja belari maraton mengelilingi hospital ini .

Aku juga manusia biasaWhere stories live. Discover now