36

35 0 0
                                    

Sejak peristiwa tersebut aku sering kali membuka laman sosial terutamanya facebook yela takut ada orang yang tak bertangungjawab merakam video aku tengah mengamuk sakan kat facebook zaman sekarang ni mana boleh percaya sangat semua benda nak di viral kan nya . Membuka aib orang . Lega kerana tak ada bau bau perbuatan ku telah di rakam . Peristiwa tersebut juga telah ku ceritakan kepada mammy daddy yela takut takut kang ada yang menyampai baik aku baritahu sendiri . Dan aku juga telah di beri kelas kaunseling menahan amarah bersama Dato Doctor Asp Farhan di temani Datin Doctor cik Puan Nasrah selama 30 mint setiap kali selesai solat subuh . Abang faizul juga tidak terkecuali aku kena dia juga harus kena . Baru adil dan sak sama . Benar kan yang arif haha sama sama buat hal sama sama menangung denda .

Dua minggu cuti amat lah azab bagiku . Dengan sifat malas yang semakin menguasai diri . Aku hanya bermalas malasan di atas katil buku langsung tidak ku sentuh . Kalau la ada ubat yang boleh mengubati penyakit malas pasti laku . Kerana mammy sudah pasti akan membeli 10 lori ubat penyakit malas untuk ku agar menjadi rajin .

Berbaring di atas katil sambil berangan adalah hobi setiap wanita . Hasil dari angan angan nereka sukar untuk di tafsir kan kadang kala aku juga akan tergelak sendiri bila terkenangkan angan angan mat jenin oh no angan angan kak jenin aku yang merepek dan sudah tentu sahaja tidak masuk dek akal .

" farrah mandi then turun bawah lekas " arah mammy

Aku hanya menurut perintah pemaisuri rumah . Usai mandi aku mengenakan baju tidur hello kity berwarna pink . Lalu mengatur langkah menuju ruang makan memeriksa stock makanan yang ada dan boleh ku angkut bawa naik ke bilik malam nanti . Sunyi . Erm dapur pun kemas . Aku beralih ke ruang tamu . Sunyi juga . Laa tadi suruh orang turun lekas laa ni semua orang tak dak ! Nak pedajal kan aku ke apa .

~ dah siap ? Dtg ke taman - abg
- ada apa kat bekalang ? Takut laa jgn laa pedajal kan orang
~ dtg jea laa jgn banyk songeh tampa kang ! - abg

Pergh ! dah laa suruh aku . Suka hati jea nak tampar aku . Haihh apa laa nasib dapaf abang yang kerja part time jadi setan hmm aku melangkah ke luar rumah menuju ke pondok kecil yang di maksud kan abang taman mini yang di sediakan untuk minum petang dan aktiviti menghayati alam semula jadi .

Langkah ku di iringi dengan lilin lilin wangi di sekeliling laluan ku agak romantik . Macam nak kena lamar pun ada rasanya haha aku memperlahan kan langkah ku . Menghayati suasana indah . Bunyi air kolam jelas kedengaran. angin yang bertiup lembut , bau lilin yang wangi dan manis , bintang2 di langit yang sedang setia di sisi bulan . Tenang dan bahagia .

Belon berbentuk hati terlekat di tanah juga amat cantik di mataku . Suara merdu alunan lagu dari abang menarik perhatian ku . Petikan gitar yang memainkan lagu sempurna . Abang mengiringi langkah ku menuju ke arah mammy dan daddy .

Sampai sahaja abang mengarah kan ku agar tidak bersuara. Aku menurut . Dengan tepukan 2 kali mak jah muncul bersama suaminya membawa cake . Oh aku hampir terlupa bahawa 10 nov adalah hari lahir ku . Agak lama juga tidak di sambut mungkin kwatir akan penerimaan ku . Risau jika aku .. aku teerr terrkenang akan periss ti wa
Hi
Hi
Hita...
Hitamm
Peristiwa hitam yang meragut nyawa sahabat baik ku

Belum sempat habis nanyian lagu happy birthday di nyanyi kan aku sudah tidak keruan . Satu persatu gambaran peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan . Makin ku berusaha membuangnya makin ia terang di fikiran ku . Bunyi kenderaan yang merempuh nurul jelas kedengaran . Bunyi mesin degupan jantung juga ku dengari . Bunyi mesin berteriak menandakan degupan jantung telah berhenti semakin kuat dan seoalah olah ingin memecahkan gendang telinga ku .

Tubuh menjadi sejuk . Kaku . air mata deras bercurahan . Peristiwa yang amat menyakit kan. Perasaan yang sama persis d hari kejadian. Peluh mula membasahi dahi licin ku ya mungkin kerasa aku cuba memahan rasa sakit. Ya Allah sampai bila aku perlu menangung semua ini . berikan aku kekuatan untuk mengikhlaskan pemergiaan nya .

" farrah ? " aku tersenyum.. Paksa. Mata ku buka perlahan yang lepas biarkan berlalu bukan di buang , namun ku simpan kemas di peti besi di sudut paling dalam kotak hatiku. Biar lah iya kekal sebagai kenangan terindah. Sejujurnya dalam hidup ini tidak ada istilah kenangan pahit . kenangan pahit ialah kenangan paling manis dalam hidup namun tidak bisa di ulang kembali bila di ingat kembali amat menyakitkan .

Sambutan hari lahir ku buat kali pertama selepas pemergian nya di sambut sederhana hanya aku dan keluarga. Satu permulaan baharu dalam hidup ku. 10 HARI LAGI adalah hari lahir sahabat kesayangan ku. Jarang sekali aku menyambut hari lahir tepat pada hari nya selalunya akan di sambut 5 hari selepas dan 5 hari sebelum hari lahirnya iaitu 15 hb. Semoga kau tenang di sana. Al-fatihah.

Sesi membuka hadiah tidak lagi semeriah dulu. Tidak lagi sekecoh yang dulu. Tiada lagi pasangan setiap kotak hadiah. Tiada lagi. Aku tersenyum tawar . cukup sekadar doa yang di kirimkan kepadanya aku sudah bahagia . semoga dengan doa doa yang di kirimkan sampai dan memberi ketenangan buat nya.

                       *********

Bagaikan dihempap batu besar jantung ku. Kemunculan insan yang pernah menduduki carta hati muncul kembali. Hanya tuhan yang tahu. Betapa sakitnya hati ini, ngilu melihat namanya menghantar "Friend Request " di setiap social acc yang aku ada . kenapa baru sekarang ? Kenapa tidak dari dulu . saat aku masih berharap untuk nya kembali. Di saat aku masih berharap dia ada di sisi katika aku amat memerlukan nya. Kenapa bukan dari dulu dia muncul di saat aku masih berpegang teguh kepada janji janji palsunya ? Mengapa baru sekarang ? Di saat aku telah membuat keputusan untuk pergi menjauh . di saat aku mula melangkah ke kehidupan baharu. Tidak kah dia tahu sakitnya berharap betapa sakitnya menunggu. Tanpa sedar hampir 1 jam aku duduk termenung sambil melihat acc nya. Binggu dan buntu sama ada perlu atau tidak aku menerimanya. Jika aku menerima permintaanya menjadi teman di laman social ku itu sama sahaja dengan masuk ke lubang buaya kali kedua. Namun hati ku kuat menghentak dada ku agar aku menerima mungkin kerana rindu yang membuak. Mungkin juga kerana masih wujud perasaan sayang terhadap nya. Air mata ku menitik haha agak bodoh tapi yah. Aku yakin setiap orang akan merasakan apa yang aku rasa betapa sakitnya jika kau berada di tempat ku sekarang ini.

Aku juga manusia biasaWhere stories live. Discover now