31

150 4 0
                                    

Seperti biasa latihan akan diadakan selepas pulang sekolah . Walaupun penat namun tanggungjawap tetap kami buat yela bukan senang mendapat kepercayaan dari guru guru untuk menjadi wakil sekolah . Sementara menungu erul habis solat aku dan faten akan mengunakan masa yang terulang ini untuk tidur haha kami sudah solat lebih awal sebab tidak mahu bersesak sesak ketika waktu pulang namun berbeza dengan erul dia lebih gemar solat berjemaah lebih besar pahalanya .

Oleh kerana erul akan solat berjemaah jadi masa terulang kami lebih dari 30 mint dan selalu di habis kan dengan 25 mint tidur dan 5 mint lagi cuci muka dan menempel bedak di muka membetul kan tudung yang senget ketika tidur . Pihak kantin juga seperti tahu bahawa aku akan merayap ke sana dan merayu rayu untuk di buatkan nescafe susu sejuk yang baru sahaja di buat oleh ibrahim ya aku tidak mahu orang lain yang buat selain ibrahim haha sebab bila lain tangan yang buat rasa nescafe nya lain kadang manis kadang tawar dan kadang pahit namun bila ibrahim yang buat perghh !! Manis , pahit , sejuk semua seimbang memang perghhh bila sabtu dan ahad pula aku akan membeli 4 tin wanda coffie atau nescafe sebagai bekal . Ya aku adalah seorang yang tertagih nescafe dan coffie .

Hubungan ku dengan erul juga semakin rapat kalau berselisih di jalan dia akan menegur ku walau ketika dia ingin cepat dia akan memberi kan sapaan dan juga senyuman manis sebelum pergi haha cukup membuat kan hati ku berbunga bunga riang .

" makin lama makin mesra laa cik akak kita ni dengan abang erul wuhooo .. untung laaa " usikan faten tidak ku endah kan yela bukan faten namanya kalau tidak gemar mengusik .

" mana ada laa merepek jea . Dia kan dah kenal aku memang laa tegur macam kau juga selalu jea kan dia tegur kalau dia nampak kau " ujar ku

" pergh hahaha cemburu ye kak ? Alaa lek ahh aku dengan dia kawan jea tak kan erul tegur aku pon hati dah panas dek cemburu haha" usikan faten tidak ku endah kan . cemburu ? Mana mungkin aku cemburu dengam sahabat baik ku sendiri . Merepek jea .

Nasi tapau yang masih bersisa sewaktu masa rehat tadi ku habis kan yela tak baik membazir . Sekarang aku sudah pun banyak berubah kalau dulu makan tak habis ku buang sahaja . Tidak akan ku makan walau pun masih banyak sangup membeli makanan yang baharu . Sikap membazir ku telah di buang jauh oleh faten dan mai . Mereka mengajar kj erti bersyukur dan berjimat . Beruntung bukan ? Sahabat sejati adalah sahabat yang memimpin tangan mu menuju ke jalan Allah . Ikuti dia gengam tangannya jika dia membawa mu ke arah kebaikan. Namun jangan lah kau lepas kan tangan nya di saat dia jauh dan terpesong dari jalan yang benar , bimbing lah dia pimpin la tangan nya menuju ke syurga bersama .

Tudung ku betulkan . Setelah selesai mencuci muka yang berminyak . Ah minyak di muka ku mungkin sudah boleh di buat mengoreng ikan bila seharian di sekolah . Johnsons baby ku capai . Ya berbeza aku dengan remaja yang lain nya . Selalu memakai makeup namun aku hanya akan memilih baby powder dan lipsbam .

Selesai menyiap kan diri aku menuju ke kelas . Memandangkan esok adalah hari yang amat kami nanti kan jadi hari ini adalah hari terakhir bagi kami untuk membuat persediaan . Pelbagai kemungkinan akan berlaku . Sebelum berperang perlu kan menyiap kan pelbagai jenis senjata bukan. Kali ini pertandingan di adakan di dalam mahkamah . Erm agak teruja juga kerana ini adalah kali pertama aku menjejak kan kaki ke mahkamah . Lagi pula pakaian ku esok berbaju seakan2 seorang peguam . Sure niat pertama ku adalah selfie depan mahkamah hahahahhaha

" Erul , faten , dan farrah cikgu harap kamu semua lakukan yang terbaik . Manfaat kan sebaik mungkin segala ilmu yang telah cikgu curah kan . Kalah menang adat pertandingan . Cikgu cuma harapkan kamu dapat membangakan pihak sekolah . Buat seperti tiada hari esok buat kamu . In Sha Allah segalanya akan berjalan lancar esok . jaga pemakanan kamu dan jagan tidur lewat kesihatan kamu amat penting . Itu sahaja buat waktu ini jumpa esok . Assalamualaikum . Cikgu pergi dulu "

" ten balik naik apa ? Aku hantar nak ? Dah lewat sangat dah ni . Nanti mammy kau risau pula " kunci kereta ku keluarkan dari beg sekolah . Tangan faten ku tarik agar segera mengikut ku pulang . Risau sebab dah lewat petang takut tak ada bas . Lagi pula faten perempuan bermacam kebarangkalian mungkin akan terjadi bila dia pulang bersendirian .

" tak nak ajak Abang erul kau sekali ke ? Kesian dia tingal sorg2 "

" alah dia lelaki tak ada siapa yang nak rogol dia tu haa . Kalau kena rogol pon dia yang untung aku rasa " mak aih mulut punya cabul . Anak siapa laa ni .

" amboi hang mulut takdak insuran langsung noh hahahhahaa "

Sudah nya aku terpaksa menghantar erul dulu baru faten walau pun rumah erul agak jauh tapi oleh kerana takut berduaan dengan lelaki bukan anjabi . Tak pasal pasal aku menjadi driver tak berbayar hari itu nasib baik lah pulang mammy dan daddy tak marah kerana aku telah mengambil langkah awal untuk memberitahu tugas tidak rasmi ku pada petang itu .

*************

Selesai solat subuh berjemaah aku mengajak abang faizul untuk menemani ku di taman . Rindu rasanya nak bermanja dengan abang sendiri yela dah berapa minggu aku asik terlelap lepas subuh . Ye tau tak baik tapi dah penat nak buat macan mana kan . Kami duduk di buaian yang di bawa dari johor . Satu satunya kenangan ketika masih bersama atok . Buai ini atok yang buat bersama aku nurul dan abang . Kepala ku sandarkan di dadanya mendengar deguban jantung nya yang sedang bernanyanyi merdu .

" ada masaalah ke ? " tanya abang tenang .

" hmm entah laa . just rasa kehilangan jea . Kosong tak berpenghuni "

" laaa nak cakap ada hipetetis medical check up okay asal kosong pula "

" penyakit ni doctor terhebat kat dunia pon tak boleh rawat tau . Apa lagi doctor cikai macam abang ni hmm memang idok leee jawap nya " perlian ku di sambut dengan ketawa nya yang memecahkan kesunyian subuh .

" farrah tau hati adalah organ yang terpenting . Saintis selalu mengatakan bahawa ketika belajar otak adalah organ yang paling penting dan lincah berfungsi tapi sebenarnya tidak . hati merupakan kunci utama . Kalau kita tak ada hati nak belajar kita tidak akan focus . Belajar laa macam mana pun . sebab tu kalau belajar jangan bercinta . Kalau farrah dah bagi hati farrah kat orang lain macam mana farrah nak belajar ? Tiap kali nak belajar jea terbayang muka pakwe . Tiap kali cikgu mengenangkan tersengih sorang sorang ingat masage malam tadi . Hati manusia fungsi dia merakam setiap kejadian . Lebih dari 2 saat rakaman akan berjalan . Tu laa abang nasihat kan jangan pandang orang lama lama nanti jatuh sayang . Dari mata turun ke hati . Malam mula laa duk flashback rakaman pagi tadi yang paling hebat nya rakaman yang 2 tahun lepas pun boleh keluar kalah astro tau . So jangan laa ... "

" apa abang merepek ni haih orang cerita lain dia duk melalut . " segah ku ya aku bukan maksudkan kekosongan yang ke arah aku menyukai seseorang . Kekosongan lain . Ya kekosongan tempat orang teristimewa di hati. Tiada penghuni . Sahabat sejati dunia akhirat . Saudara seislam ku .

" oh .. nurull.. " aku dapat merasa kesedihan melalui suaranya. Degupan jantung abang juga berdegup agak laju . Berkongsi rasa yang sama seperti yang aku alami selama ini .

" cukup sekadar mengingati jangan meratapi . Relakan pemergian tapi kekalkan di hati . " nasihat agar hati kekal kuat dan tabah . Air mata ku biar kan mengalir . Rindu yang tiada sudah nya .

" ada masa kita lawat nurul ye ? Dah lama tak jenguk dia . Mesti dia rindu farrah . "

" in sha Allah . Banyak banyak kan berdoa . "

" farrah rindu sangat kat dia . Dah lama tak .. jumpa " air mata ku semakin deras .

Nurul , farrah rindu nurul . Rindu sangat . Andai waktu bisa di putar. farrah nak habis kan masa dan mencipta banyak kenangan indah bersama nurul .

Ingin sangat bertemu walaupun hanya di dalam mimpi . Walaupun seketika cuma . Agar rindu dapat diubati sedikit . Ya rindu yang tidak tertahankan

Aku juga manusia biasaWhere stories live. Discover now