28

282 8 0
                                    

Sepanjang hari aku asik tersenyum . Ah kalau hati dah suka semua jadi indah hahaha biasa laa perempuan kalau dah suka racun pun dia cakap sedap . Tapi behave kalau dia dah start benci kau kena langgar dengan trak depan mata pun dia boleh buat macam tak ada perasaan jea .

Di sebabkan kawasan kelas praU di asingkan dengan aliran perdana jadi kawasan kami agak kecil kerana bilangan pelajar tingkatan 6 redah selalunya tidak lebih dari 200 orang lain lagi yang akan berhenti sebab menerima tawaran yang lebih baik atau tidak tahan dengan cabaran dan liku liku yang terpaksa di hadapi . Jadi kelas kelas tingkatan enam hanya ada 8 sahaja 4 enam atas 4 enam bawah . Jadi bangunan kami hanyalah kecil pusing pusing kat situ juga .

Hobi yang biasanya kami lakukan ketika waktu rehat ialah mengkayakan koperasi sekolah . Kalau boleh setiap gap satu subject semua kan pergi ke koperasi untuk membeli makanan minuman . Jadi tidak hairan lah kalau suatu hari nanti koperasi sekolah kami akan bertukar menjadi supermarket suatu hari nanti .

sekali lagi hati ku berbunga riang melihat susuk tubuh yang menjadi pujaan hati semenjak tadi pagi hmm haha awall nyaaa jatuhhh hatiii haha. Pernah dengar lagu st12 saat terakhir ? Lirik lagu nya amat mengena dengan situasi aku sekarang

" satu jam saja ku telah bisa cintai kamu kamu kamu di hati ku namun bagi ku melupakan mu butuh waktu ku seumur hidupp di nanti ku "

Pergh haha tidak sangka aku boleh terkena panahan cinta tidak sampai pun satu minit . Erm sudah 2 bulan lebih aku sekolah di sini namun baru kali pertama aku melihat dia begitu indah di mata ku . Bukan tak pernah bersua namun saat itu dia tidak menonjol atau hati belum jatuh kerana belum saat nya hahaha

Namun dengan sikap nya yang agak matang membuat kan dia kurang bergaul seperti pelajar yang lain . Muka nya yang jarang senyum dan hanya senyum di saat membelas senyuman yang telah di berikan orang kepadanya menyebabkan aku mengelarnya Mr ego . Bukan ego apa tapi dari riak wajahnya yang agak ketat dan sentiasa serius telah membuat kan aku terjatuh kan hati ku untuk nya .

Kehadiran faten dan mr ego sedikit membantu aku untuk kembali keoada farrah yang dulu . Seorang gadis yang periang dan senyums selalu . Rantai pemberian nurul ku gengam . Nurul tolong lah beri farrah semangat untuk mengecapi bahagia seperti dulu bukan niat untuk mengantikan nurul namun hanya ingin merasai kebahagiaan sekali lagi walaupun tanpa nurul di sisi .

" kau ni dah kenapa dari tadi asik senyum jea ? " faten mula bengang dengan sikap ku . Dari pancaran wajahnya sahaja aku sudah tahu dia dapat mengagak ada sesuatu yang sedang aku sembunyikan . Yelah dia mana boleh aku berahsia dengan dia mahu nya daoat cubitan maut langit ketujuhnya . Sakit nya pergh ! Kalau tak lebam seminggu bulan faten nama nya .

" kalau aku cakap kau jangan bising eh ? Janji ? " aku memang sudah terbiasa berkongsi cerita dengan nya . Dia akan menjadi pendengar setia bila aku memerlukan nya menjadi pakar penasihat yang paling berjaya bila aku tanya akan pedapat nya .begitu juga bila dia memerlukan aku disisisnya aku akan menjadi pendengar dan penasihat yang bertauliah .

Rakan kelas yang bahari banyak mengajar ku erti kehidupan sebenar , erti persahabatan erti kekeluargaan . Banyak benda baru aku belajar , faham ertinya besabar , belajar berjimat cermat . kalau dulu aku langsung tidak pernah makan di tempat tempat yang terdedah . Namun kini aku sudah pandai makan di tepi tepi jalan yang paling mengejutkan makanan di tepi jalan lah yang sedap dan banyak berbanding makanan di tempat tempat yang mewah dah la ciput rasa pun hmm yang adoooo .

Kalau dulu lepas balik sekolah sudah pasti aku akan terus balik ke rumah kalau keluar dengan kawan sekelas pun sudah tentu tujuan kami hanya lah untuk pergi ke shoppingmall untuk membeli pakaian terkini . Sekarang aktiviti ku lebih menyeronok kan tiada lagi perhabis kan duit untuk pakaian yang mahal . Kini lebih seronok bila berjalan dengan kawan lepak makan di warung tepi jalan . Karoke dan yang paling istimewah bergembira dengan rakan sekelas yang satu kepala . Semua masaalah di kongsi bersama membuatkan aku betah duduk di kelas . Semua memahami walau kadang ada perselisihan faham namun semua masaalah dapat di selesaikan dengan cara yang baik .

*******

Kau tak kan tahu apa hati ku yang selalu derita kerna mu
Dan Kau tak kan rasa apa yang ku rasa semenjak kau hadir di hidup ku
Sering saja untuk mu tentak dirimu tak pernah untuk ku

Entah mengapa semenjak hati ku telah di curi aku senakin galak memasang lagu lagu yang agak jiwang. Adui geli ketiak betul laa melihat keadaan ku sekarang . Kalau dulu aku tidak kisah pemakaian ku tudung senget ke , muka beminyak ke . Sekarang aku akan memastikan tudung dan baju ku ngam di mata , tudung akan sentiasa ku perhatikan agar sentiasa kemas dan teratur , muka jika berminyak sedikit akan ku tempek kan dengan bedak baby jonson.

Bila hati dah suka semua menjadi manis . Haha agak kelakar bila seorang farrah berubah kepada seorang yang sentiasa menjaga penampilah . Kalau dulu main hentam aje apa yang nak di pakai nya . Sekrang akan mengambil kira pandangan orang .

Hari sabtu adalah hari bermalas malasan . Entah berapa lama aku terbaring menghadap siling di teman kan dengan lagu lagu jiwang yang entah apa apa . Buku yang berhamburan ku kemas . Penat belajar namun otak entah ke mana . Betul la apa yang telah di kata kan oleh cikgu minggu lepas sewaktu perhimpunan mingguan pelajar praU.

"Dalam sains , organ yang berjalan adalah otak . Namun sebenarnya organ yang paling penting adalah hati . Kalau tak ada hati macam mana nak belajar ? Hati tak tenang ilmu masuk tak ? haa . Sebab tu la penyakit hati ni susah nak di rawat . Kalau hati dah bagi kat orang lain macam mana nak belajar ? Asik terfikir macam mana nk jaga hati si dia , takut kalau hati kita di hancur kan . Sebab tu laa ..."

K malas laa nak ingat haha otak dah la tengah tepu sekarang ni . Tuala ku gapai . Yela orang study dari subuh kan memang tak menyempat nye mandi . Hahaha bukan malas tau ! Ermm ni nama dia terlupa haaa ya memang terlupa nak mandi . Niat ku lepas mandi nak berjogging mengempiskan lemak lemak yang telah lama aku pelihara .

* ps
Sorry sbb rasanya bab nie agak hambar -.- sebab lost idea . Memandangkan otak sekarang tengah fikir pasal final exam tak lama lagi . So sorry . Kalau rajin boleh laa lontar kan sedikit idea idea anda ;') tq . And maaf sekali lagi .

Aku juga manusia biasaWhere stories live. Discover now