26

280 7 3
                                    

Wahai jiwa yang tenang tenteram,
Kembalilah kepada tuhan mu dalam keadaan yang reda dan di rehadi ,
Maka masuklah ke dalam golongan hambah hambah ku ,
Dan masuklah ke dalam syurga.

( surah al - fajr ayat 27-30 )

jenazah nurul sudah pun sampai ke rumah kediaman ayah dan ibu .kaum keluarga , rakan rakan , jiran tetanga , dan semua yang mengenali nurul turut sama membantu menguruskan jenazah agar dapat di semadikan secepat yang mungkin . Walau pun aku membisikkan kata kata manis keoada nurul bahawa ak mengikhlaskan pemergian nya namun aku seolah olah mengingkari janji ku . Ramai yang datang mengucap kan takziah . Memberi kata kata semangat kepada ku . Aku hanya membalas dengan pandangan yang kosong .

semua urusan jenazah diuruskan oleh ibu mammy ayah dah daddy . Abang faizul d tugaskan untuk menjaga aku mengawasi setiap gerak langkah ku . Walhal aku hanya duduk di samping sahabat terbaik ku tanpa berbuat apa pun . Yang aku tahu aku mahu menatap puas puas wajah itu . Air mata ku tidak berhenti mengalir seperti paip bocor . Biar laa mereka bukan rasa apa yang ku rasa .

Tubuh nurul ku pandang sayu . Wajahnya teramat lah tenang . Ku usap lembut pipinya . " rehat laa sayang aku tahu kau dah penat . " . sedaya upaya aku menahan rasa . Ingin sahaja aku lari mencari kereta yang melangar nya ingin sahaja aku membunuh binatang yang tidak bertangungjawab tersebut . Pedih rasanya bila mengenangkan kejadian tersebut lagi pedih bila aku dikabarkan pemandu tersebut sempat melarikan diri . Lari dari tangungjawab !

Ibu menjak ku untuk bersama sama memandi kan nurul . Namun ku tolak. Tidak sangup rasanya memandi kan badan yang sudah pun kaku itu . Nurul selalu menghalang ku melihat nya tanpa baju malu katanya . Biar lah aku mengikuti permintaannya buat kali terakhir . Bau kapur barus semakin menyusuk di hidung .

Setelah siap di kafan kan ahli keluarga di benarkan mencium jenazah buat kali yang terakhir . Tiba giliran ku . Aku memandang wajah yang selalu ada di samping ku susah dan senang , jatuh dan bangun ku dia setia di sisi tanpa sebarang keluhan . Aku memandang ibu dengan perasaan yang amat sukar ku gambar kan . Kepedihan yang sangat mendalam .

" lap air mata tu sayang . Nurul dah siap mandi dah . Jangan biar air mata farrah jatuh tau . Nurul nak menghadap penciptanya dengan keadaan yang bersih cantik dan suci " kata kata daddy ku turuti . Aku mengelap air mata ku sedaya upaya menahannya . Aku tidak mahu nurul kelihatan comot .

Kedua belah pipi nya ku cium lama . Sejuk . Wangi sangat . Sewangi adap dan sopan nya tutur katanya . Jangal rasanya mencium pipi nurul tanpa mendengar gelak tawanya . Air mata yang ingin mengalir ku lap . Dahi nya ku kucup syahdu . Bersih sunguh wajahnya sebersih hatinya .

" farrah sayang nurul sangat sangat " tangisan ku mula menjadi jadi . Semakin kuat esakan ku mengenangkan sekejap lagi jenazah nurul akan di bawah pergi . Mengenangkan hanya menungu waktu sahaja nurul tidak lagi dapat ku lihat . Ya Allah kuat kan lah aku .

Ketika nurul telah di angkat ke keranda aku mula lemah . Sekali lagi kaki ku kehilangan daya untu menampung badan ku . Berkali kali aku cuba untuk bangun namun gagal . Tangisan ku mula kuat seoalah olah wanita meroyan melihat nurul di bawa keluar dari pintu rumah . Tangisan ku semakin galak . Aku menagis meratapi aku tidak tahu apa yang keluar di mulut ku yang aku tahu aku sakit , sakit sangat .

" farrah ! Farrah dengar ibu ! Dengar sini sayang . Pandang ibu ! Farrah sayang " ibu cuma menyedar kan ku namun aku masih lagi tidak boleh melawan perasaan ku.

" farrah nasuha ! Macam ni ke farrah nak hantar nurul ! Macam ni ke farrah nak lepas kan nurul jumpa penciptanya ? Farrah tak sayang nurul ke nak ? Farrah nak ke nurul sedih lihat keadaan farrah macam ni ? Jangan siksa diri sendiri farrah .. let her go .. ikhlas kan nurul sayang .. farrah kena kuat untuk nurul . lepas apa yang nurul buat tak kan farrah nak biar nurul jalan jauh macam tu aja ? Nurul mesti nak farrah hantar dia . Nurul mesti nak farrah ada di sisi dia buat kali terakhir . Jom sayang jangan lah siksa nurul ye farrah kena kuat . Kita hantar nurul sama sama . " Pujukan ibu membuat aku luluh . Kenapa aku pentingkan diri sangat nurul dah puas berjuang untuk aku .

" jangan nagis teresak esak sayang . Nurul akan rasa tersiksa . Nurul mesti tak nak tengok farrah nagis macam ni " pujuk mammy .

Aku membetul kan tudung ku . Cuba menguat kan diri mengiringi langkah imam , abang , daddy dan ayah yang sedang menganagkat keranda nurul . Berkali kali juga aku jatuh kerana kaki ku terasa amat longar namun aku kuat kan juga diri ku untuk bangun tanpa bantuan orang . Aku harus kuat demi nurul .

Selesai di solat kan . Kami menuju ke tanah perkuburan al jannah . Tempat persemadian nurul sudah pun siap . Ayah abang dan daddy mengambil alih tugas untuk menyempurnakan pengebumian nurul . Aku membuat permintaan terakhir . Aku ingin menatap nurul buat kali yang terakhir .

pertama kali nya dalam sejarah aku melihat ayah dan daddy menagis . Sedih kerana menghantar nurul buat kali yang terakhir . Pukulan yang amat berat buat ayah kerana nurul merupakan satu satunya anak nya . Satu satunya pewaris megat holding .

Talkin di bacakan . ' berehat la sahabat . Kalau rindu aku rojer rojer laa dalam mimpi eh . Aku akan selalu rindu kau . Selalu .

Aku masih lagi ralit dengan kenangan kenangan indah bersama nurul . Di setiap sudut rumah , setiap tempat ada kenangan ku dengan nurul . Aku seolah olah melihat nurul dan aku ketawa riang bersama ketika menontong filem filem korea . Managis bila babak sedih . Dan ketawa terbahak bahak bila menonton runningman .

Di dapur masih lagi aku ingat bila kami mencuba resepi cake coklat yang di ajarkan di sekolah . Betapa teruknya keadaan dapur ketika itu . Betapa gembiranya kami bila cake tersebut sedap dan cantik . Betapa seronoknya bila kami membersihkan dapur bersama sama selepas di bebel mammy .

Di tangga ini la aku dan nurul sering berlari bekejaran dan berlumba siapa yang akan sampai dulu ke bilik . Di tangga ini juga laa aku dan nurul pernah bermain masak masak dan patung barbie . Tangga ini juga la menjadi saksi setiap usikan dan bulian yang di lakukan abang faizul terhadap kami . Tangga ini juga la tempat di mana aki menghadiah kan kami sebuah tabung buluh buatan sendiri .

' the twins ' sebuah kayu terukir indah denga huruf huruf tersebut . Di bawahnya ada satu bingkai gambar , gambar aku dan nurul ketika kami melancong ke singapore . Memeluk teddybear yang berlainan warna . Purple dan pink . Sudah pasti pink ialah warna kegemaran si comel nurul .

Pintu bilik ku buka . Bilik yang khas di reka bentuk untuk dua orang anak gadis . Dinding yang berwarna ungu dan merah jambu bergabung menjadi corak corak yang indah . Di kala malam atau lampu tertutup akan memaparkan cahaya berbentuk dua orang perempuan yang sedang duduk di atas bangku . Semua nya serba serbi nerpasagan . Dua buah kerusi belajar , dua ekor beruang , dua buah meja belajar . semua nya di sediakan untuk farrah dan nurul .bilik ini paling banyak menyimpan rahsia mereka berdua . Tangis tawa semua di saksikan bilik ini .

Bingkai gambar nurul ku letak kan di atas bantal tempat dia selalu merebah kan kepala nya . Aku tidur berteman kan air mata . Seolah olah nurul masih lagi berada di sisi ku menemani mimpi indah ku . Menyanyikan lagu agar ku tidur . Dan menjadi jam pengera ku . Rindu dan sakit bercampur aduk . Sekali lagi aku tidur tidak berteman seperti hari hari yang lalu .

Berharap agar nurul muncul di dalam mimpi ku walau hanya seketika cuma . Aku ingin meilhat nya senyum aku rindu kan senyuman nya . Mendengar gelak tawanya . Sentuhan hangatnya . Sunguh aku rindu

Aku juga manusia biasaWhere stories live. Discover now