29

278 6 0
                                    

Memandangkan final exam dah nak dekat aku merupakan salah satu manusia eh pelajar yang paling gementar untuk menghadapi peperangan . Yelah belajar baru berberapa bulan dah nak final . Oh my ... takut persediaan tak cukup yelah subject yang aku ambil pun bukan alang alang senang nya hmm sejarah dunia , bm , pa dan yang paling killer lepas bm dan sejrah ialah pengajian perniagaan . Tuhan saja yang tahu bagai mana siksa nya aku menghadap buku buku pengajian perniagaan berjam jam namun satu pun tidak masuk didalam otak.

Seperti biasa waktu rehat adalah waktu aku dan rakan rakan sekelas ku untuk memberi kekayaan kepada koperasi sekolah . Walaupun hanya berberapa orang yang ada di koperasi heboh nya seakan akan kami berada di pasar ikan . Yang aku suka tentang perangai classmate ku tahun ini adalah sikap kami yang agak kurang matang . Namun dengan perangai kami yang bermacam macam ragam ini lah yang membuatkan kelas kami unic . Walau pun kami tahu ramai HATRES di luar sana .

Sejak seminggu yang lalu . Wajah ini sering kali muncul di hadapan ku . Kalau dulu aku memang tidak pernah ambil kisah tentang kehadiran nya . Namun semenjak hati ku telah jatuh dah tergolek ke arah nya . Aku seringkali perasaan kehadiran nya walaupun dia agak jauh beribu batu hahaha k itu melebih . Namun ya sekarang aku selalu melihat kelibat nya di mana mana . This is called the magic of love hahaha.

Dan seperti biasa kehadiran ku tidak pernah di perdulikan nya . Seorang lelaki yang ego hahaha kadang aku seperti ingin melemparkan kasut baldu hitam ku ke arah nya agar dia perasan tentang kehadiran ku . Namun menurut sumber sumber yang ku dengar dia memang tidak pernah bergaul dengan mana mana perempuan sedari dulu . Okay rekot dia agak bersih seorang pelajar contoh dan amat di senangi oleh guru guru selain itu merupakan di antara pelajar yang amat di gilai oleh pelajar perempuan di sekolah ini . Salah satunya aku erm .

Namun yang buat aku menyampah nya dia tak pernah nak pandang aku ! Tak cukup cantik dan comel ke aku ni ? tak pernah pun dia pandang aku lebih dari 2 mint oh tidak 5 saat pon tak lepas ! Nak ajea aku tarik tarik telinga dia agar dia nampak aku yang cun melecun ni . Tapi tak apa . Lagi susah nak curi perhatian dia lagi aku suka haha yela boleh juga kan aku bersaing cara sihat . Dia tu budak pandai top 1 kat sekolah asik dia jea markah paling tinggi . Nak tengok apa dia kata bila aku caras tempat pertama dia hehehe

Kalau hati dah sayang semua benda boleh jadi senang . Kalau pak mat tempeh boleh merenangi lautan api demi cinta nya kenapa tidak aku berperang dalam exam untuk masa depan ku yang cerah dan mencuri perhatian mamat ego si pencuri hati

*********
We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
Times forever frozen still

So you can keep me
Inside the pocket
Of your ripped jeans
Holdin' me closer
'Til our eyes meet
You won't ever be alone
Wait for me to come home

Lagu photograph dari ED SHEERAN menemani perjalanan ku . Kan aku dah cakap semenjak hati aku jatuh bergolek kat mamat ego tu aku selalu jea pasang lagu jiwang jiwang ni so please jangan nak pertikaikan eh . Korang tak bercinta korang tak akan faham apa yang hakak farrah korang tengah lalui ni .

Selalunya hari minggu adalah hari untuk bermalas malasan di rumah . Namun dek kerana bosan menghadap shiling bilik aku mengambil keputusan untuk keluar berjogging setelah sekian lama menternak lemak lemak di badan yang semakin menebal . Seperti biasa lokasi paling strategik untuk menghilang kan stress sambil berjogging adalah taman yang mempunyai tasik . Sambil jogging menghilang kan lemak boleh juga menjerit seperti mak lampir dekat tasik untuk melepas kan segala beban beban yang terpendam . Kalau stress sangat terjun jea kat tasik tu haaa tapi dengan syarat hangpa semua tak takit dosa dan lut api neraka . Haa kalau berani cuba laaa .

kasut air max ku betul kan tali ikatan nya . Earphone ku sumbat kan ke telinga . Lalu lagu semua tentang kita dari afsan memenuhi segenap ruang di telinga ku . Jogging merupakan hobi ku dulu sewaktu nurul masih ada yela nurul merupakan seorang gadis yang sangat menjaga badan . Tak nak gemuk sikit , tak nak boncet sikit terus seret aku join dia jogging sekali tapi okay juga laa yela aku seorang yang pemakan semua jenis makanan aku bedal janji halal . So dapat juga laa aku kurang kan sedikit lemak lemak comel aku tu . Namun semenjak nurul ' berehat' aku dah jarang dah buat aktiviti mulia ini yela mammy daddy sure sibuk jea abang ? Huh nama jea doctor tapi pemalassss minta ampun !

So kadang aku jogging sendiri jea mengenang masa lalu nasib baik lah aku dah tak duduk johor kalau tak nak naik banjir juga laa tasik tu aku kerjakan asik nagis jea . Tapi makin lama aku makin kuat . Yela tak kan asik nak nagis masa jogging kan tak pasal orang kat sini cop aku gila . Habis laa jatuh saham aku kan hahaha

Susuk tubuh yang sangat ku kenal erm bak kata orang morden kan kalau hati dah sayang tengok belakang kepala pon boleh terubat rindu tau hahaha . Dari jogging aku menukarkan mood kepada larian anak hehehe makkk aii gatal nyaa hahaa alaa saja jea bagi dia perasan kewujudan aku hehe bila dah dekat sikit aku perlahan kan larian ku dan menukarkan mood larian kepada jogging semula .

Setelah aku lalu di sebelah nya seperti biasa aku hanya diangap nya angin yang lalu . Pandang ye pandang tapi tegur pun idok ! jangan kata kan tegur senyum pun tak ! pergh parah dah ni . Dia ni hati batu ke apa . Tak pe tak pe ada lori ada bas lain hari kau akan terbabas hahhahaha tengok laa nanti

Setelah puas jogging 7 raound dengan hati yang agak panas aku berehat di tepi tasik . Air mineral ku teguk ayu yela kang bakal mak mertua lalu jatuh laa saham den hahahaa peluh yang menitis ku lap dengan tuala pink milik nurul . Ermm nurul .. haa semoga tenang di alam sana sahabat . Al fatihah.

Hujan renyai renyai menyebab kan ramai pengunjung beredar untuk mencari tempat yang selesa untuk berteduh . Namun tidak aku .

" wehh nurul hujan laaa ! Kang demam ! Jom laa balikk . Haihh aku dah penat dah ni . Jangan laa dera aku lagi . kesian laa kat lemak lemak aku ni haa tak kan nak buang depa semua sekali gus "

" eyy baru hujan rintik rintik tau dah nak mengalah ! Tu laa babat kau tak nak susut ! Jom laa 1 round lagi lepas tu kita balik tau ! Aku janji ! Cepat laa kang hujan lebat lagi laa kau tak nak jogging " pujuk nurul . Yela dia dalam misi nak turun kan berat dia yang dah naik 2 kilo sebab teman aku makan tengah malam selama 1 minggu berturut turut sebab nak belajar malam konon nya . Padahal makan jea lebih .

" HAAA ... kan dah hujan ! Ni macam mana nak balik ni ! Kau ah ni tak pasal pasal dah basah kuyup . Kau dah laa tak boleh kena hujan sikit nanti demam ! Degil laa ! Haihh cuba laa dengar cakap aku sikit ! Aku ni kakak kau tau haa mecebik mencebik biar aku tua 10 hari aku tetap kira kakak dari kau tau eeyyy meyampah aku eleh ingat dengan kau tayang gigi macam iklan colgate tu aku suka laa hati aku sejuk laaa memang tak nya ! Haa kan dah mula dah bersin berss achuh ! Bersin ni aaccchuuhh ! Eeyy nyampah aku achhuuuhh laaa erhh achuuhh !" Sudah nya kami berdua demam 3 hari dan dapat mc 4 hari tapi okay laa dapat membuta atas katil yang empuk lagi gebuuuu hehehe

hujan yang turun tidak ku endah kan . Aku datang rapat ke tasik . Ehh ehh noo mana ada nak terjun bunuh diri yela pahala pon tak bnyk dosa berbakul bakul ada hati nak bunuh diri . Lagipun badan ni tak lut api neraka tau . Kita nak jerit jeaa menghilang kan beban yang membuku . Kata orang yela tak kan kata pokok pula kan . Kalau menjerit adalah salah satu tetapi mengurang kan beban .tak percaya try laa . Tapi kena tengok keadaan juga laa kalau kau teriak kat tengah tengah bandar mahu nya masuk van free . Percutian percuma dan makan di sediakan di hospital sakit jiwa .

Aku juga manusia biasaWhere stories live. Discover now