bab9

467 16 0
                                    

Sampai sahaja di ruang tamu mammy dan daddy sedang duduk di sofa sambil memerhati kan aku dan abang faizul . ' waduh lewat sangat ke kami balik sampai kema tunggu macam nie alamakk ' adu ku dalam hati .

" farrah duduk dulu mammy daddy ada benda nak cakap sikit " dari riak wajah mammy dia tidak lah kelihatan marah mungkin ada hal yang ingin di bincang berkenaan dengan butik . Aku duduk berhadapan dengan mammy dan daddy . Abang faizul juga turut duduk di sebelah ku .

" farrah , mammy bangga dengan apa yang telah kamu buat . Butik sekarang semakin maju mammy tak sangka kamu boleh buat sebaik itu . Tahnia . Mammy dan daddy dah bincang . " mammy berhenti sejenak membuat kan aku tidak senang duduk wajah mammy dan daddy ku pandang siling berganti .

Daddy senyum sebelum memulakan bicara . " farrah nampak tak kereta kancil kuning depan rumah tu ? " tanya daddy . Oh no ! Jagan cakap daddy nak bagi aku kereta . Ohh mmyyyyyy ! Aku cuba menahan diri agar tidak kelihatan over sangat haha . Walau pun aku meminati kereta keluaran ford aku tetap bersyukur jika kancil itu menjadi milik ku . Asalkan ada kenderaan yang boleh ku usung ke sana ke mari .

" farrah nampak tak ? " ulang daddy . Aku menganguk sambil tersenyum manis . " sebenarnya tu kereta baru .. " haihh main main pulak daddy nie bisik ku dalam hati . " kancil tu sebenarnya kereta baru jiran sebelah hahahha cantik kan ? " ohh okay . Tak lawak . Saya bagi 1/2 bintang hmm.

" alaa muka monyok nie kenapa ? Daddy tak habis cakap lagi kan haha. Nak gurau pun tak boleh tau farrah nie . Okay , actually daddy dan mammy dah belikan kereta khas buat farrah . Come ikut kami "

Aku dan abang faizul mengikuti jejak langkah mammy dan daddy menuju ke depan rumah . Sebuah kereta berbugkuskan kain hitam menjadi tarikan kepada ku . Agak teruja ingin melihat kenderaan yang bakal ku miliki ! Walau pun bukan hasil titik peluh ku sepenuhnya .

Perlahan lahan kain hitam yang menutupi ' baby' baru ku di buka . Erm light blue ! My fav colour ! Pandai cinta hati pengarang jantung ku pilih warna hehehe. Dengan kiraan 1 2 3 dr mammy ! Tadaaa !

Aku meloncat kegembiraan dan tanpa ku sedari air mata ku jatuh tanda bahagia . Kereta light blue keluaran ford berjenama fiesta ! Kereta yang aku idam kan kini menjadi milik ku .

Kalau boleh aku ingin berteriak memberitahu satu taman perumahan ini yang aku telah dapat kereta pujaan ku ! Ya kereta yang selama ini hanya mampu ku miliki dalan angan dan mimpi ku kini menjadi milik ku . Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ku .

" so kenapa tercegat lagi tu ? Tak nak test kereta baru ? " tanya mammy . Air mata yang melimpah ku usap sambil tersenyum . Kunci kereta telah bertukar tangan . Aku membuka pintu penumpang menandakan aku ingin mammy daddy dan abang faizul menjadi penumpang pertama ku !

Kereta baru ku mula menghiasi jalan jalan di sekitar perumahan ku . Setelah puas memusing taman perumahan aku membawa keluarga tercinta ku ke tempat kegemaran kami sekeluarga . Restoran terapung .

Malam indah ini ku semat rapi di dalam lubuk hati . Aku membelanja keluarga ku makan dengan duit hasil titik peluh ku sendiri . Ya tiada perasaan yang paling indah selain melihat orang tersayang gembira dengan pemberian kita .

***********

" hati hati farrah , jagan bawa kereta tu laju sangat ingat orang yang tersayang . Nyawa tu lagi penting . Tak boleh beli dengan duit tau " pesanan abang faizul seolah olah iklan petronas dalam tv . Dari solat subuh sehingalah aku hendak berangkat ke butik.

" iya abang, farrah tau biar lambat asal selamat kan ? Yee farrah ingat pesan abang tu haa " ujar ku agar sejuk sedikit hati nya yang tengah risau .

Namun akhirnya abang faizul ku hantar ke hospital . Dia punya pesanan di lanjut kan sehinga aku mempelawa agar aku menghantarnya ke hospital . Al maklum laa risau sangat adik dia nie bawa kereta walau pun dia tahu aku telah lulus ujian lesen dengan jaya nya . Tu pun sempat lagi tu nak take over kereta aku konon nya lepas hantar aku ke butik dia terus ke hospital balik nanti dia jemput . Ewah ewah .. ingat aku nak bagi baby baru aku nie kat dia huh ! Jangan harap !

" wahh .. ada orang datang dengan bau kedai laaa " tegur siti salah seorang pekerja butik . " eh ? Bau kedai eh ? Memang laa baybkedai kak siti oii kan kita kat kedai nie . Haa lupa laa tu . Nie baru 24 tahun tau ! Dah nanyuk ermm parah dah nie kak kurang kan sikit makan semut tu hahaha " gurau ku

" alaaa dia saja jea tu nak cover malu dia siti . Haa farrah bila nak bawa kami semua rasmi kereta baru hang ! Alaa belanja makan sikit jeaa paling murah pon hotel 5 star hahaha " celah kak fatin.

" hahaha banyak laa 5 star . Tu kereta tu pon mammy yang beli tau haha farrah mana laa mampu kak oii . Kerja kuli jeaa . Ermm . Tengah hari nie kita tutup kejap farrah belanja makan kfc okay ? Dah jaggan banyak songeh eh kfc jea cukup "

" kfc pon kfc laa janji hari nie makan free haha jimat duit belanja " suara kak siti mencetus kan gelak tawa di dalam butik .

Rantai kunci yang terukir indah nama " blue rabbit " ku pandang puas. Ya rantai kunci yang bergantung kemas di kunci kereta ku . Baby baru ku , ku nama kan dengan nama blue rabbit semperna nama watak dalam cerita korea yang aku gila kan .

Teringat peristiwa di tempat rantai kunci ini di buat . Ya mamat aneh yang ku angap lain dari yang lain . Sikap nya yang membuat mata ku tidak mahu berhenti memandang nya . Seolah olah ada tarikan magnet di wajahnya yang membuatkan aku tidak boleh lari dari memandang nya .


Aku juga manusia biasaWhere stories live. Discover now