BAB DUA

20 7 0
                                    




Di sisi lain, Aryan sibuk mengurus syarikat miliknya, terperangkap dalam kesibukan yang tiada henti. Namun, akhir-akhir ini, mimpi tentang seorang wanita sering menghantui tidurnya, meninggalkan rasa curiga dan kekeliruan di dalam hatinya. Dia tidak dapat mengingat siapa wanita itu, tetapi wajahnya terasa akrab, seolah-olah ada sebuah cerita yang terpendam di balik ingatan yang hilang.

Kecelakaan 10 tahun lalu yang berlaku akibat mengejar Arsy di hari pertama pertemuan mereka telah merubah segalanya, termasuk ingatannya. Setiap kali dia melihat namanya, "minion," yang tertera dalam telefon bimbitnya, rasa ingin tahunya semakin membara. "Siapa dia? Kenapa aku simpan nombor ini? Apa kaitan aku dengan perempuan yang dinamakan 'minion' ini?" soalan-soalan ini berulang kali berlegar di kepalanya, menyebabkan sakit kepala yang tidak berkesudahan.

Walaupun mamanya selalu menasihatinya untuk menjaga kesihatan dan tidak terlalu tertekan dengan kerja, Aryan sering kali memandang remeh nasihat tersebut. Dia terlalu terfokus pada kerjanya hingga kadangkala diri sendiri pun kurang terurus. Namun, dalam kesibukan itu, dia tidak pernah melupakan Sang Pencipta, menyedari bahawa ada hal-hal dalam hidup yang perlu diberi perhatian lebih. Dalam kesibukannya menghadapi dunia luar, rasa ingin tahu yang mendalam tentang wanita dalam mimpi dan nombor "minion" itu terus membangkitkan kerisauan dan harapan di dalam jiwanya.

Tiba-tiba, Aryan merasakan sakit kepala yang sangat teruk ketika sedang menjalankan mesyuarat penting. Rasa denyutan di kepalanya semakin menggila, membuatkan dia terpaksa menghentikan mesyuarat tersebut. "Maaf, saya rasa tidak sihat. Kita sambung lain kali," ujarnya, walaupun dalam hati merasa berat untuk membatalkan pertemuan yang telah diatur.

Ketika dia meninggalkan bilik mesyuarat, rasa sakit yang menyerang semakin memburukkan keadaan, sehingga seakan-akan membuatnya terhuyung-huyung. Pekerjanya yang melihat keadaan Aryan segera merasa risau. Mereka tahu betapa baik hati dan memahami boss mereka yang selama ini sering memberi mereka bonus dan peluang untuk bercuti. "Dia memang seorang ketua yang hebat. Selalu mengambil berat tentang kami," bisik salah seorang pekerja dengan nada cemas.

Walaupun Aryan dikenali sebagai seorang yang tegas dalam pekerjaannya, sikapnya itu hanya terlihat ketika berada di pejabat. Di luar waktu kerja, dia adalah seorang yang humoris dan suka bergurau, "masuk air," seperti kata rakan-rakannya. Namun, saat melihat majikannya yang biasanya penuh tenaga dan keyakinan kini terpaksa bergelut dengan masalah kesihatan, mereka berasa amat bimbang. Mereka tahu, di sebalik ketegasan Aryan, ada seorang lelaki yang juga memerlukan perhatian dan penjagaan, dan mereka berharap agar kesihatan bos mereka cepat pulih.

Aryan terdiam, berfikir mengapa fikirannya terus-terusan tertumpu kepada si "minion" itu, meskipun sakit kepala kian menyengat. Dalam hatinya, dia mengeluh, "Aargh, sakit! Kenapa aku asyik fikirkan si minion ni? Siapa dia sebenarnya? Ya Allah, jumpakan aku dengan pemilik nama minion itu." Dalam kesunyian itu, Aryan merasakan satu kerinduan yang mendalam walaupun dia seorang bos, dia juga ingin rasa diperhatikan, ingin ada seseorang yang peduli tentang dirinya seperti mana rakan-rakannya.

Memandang ke luar tingkap, dia tidak dapat mengelak daripada membandingkan keadaannya dengan kawannya yang sudah berkahwin, seronok bercerita tentang isterinya yang selalu membawakan masakan dari rumah. Sementara itu, dia masih berjuang dengan sakit kepalanya, berasa sendirian dan terasing.

Tiba-tiba, sahabat baiknya, Alaric Maleek, melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Aryan. Dalam tangan Maleek terdapat ubat yang dibawanya. "Eh, kau ni macam mana nak jadi ni? Nah, makan ubat," katanya sambil menghampiri, kecewa melihat keadaan Aryan yang kurang sihat. "Ni ubat kau. Jangan tak makan, nanti kau tak ada bonus aku pun hilanglah," Maleek bergurau dengan nada kasar, tetapi dengan rasa prihatin yang jelas.

Aryan tersenyum lemah sambil menjawab, "Wah, kau ni, duit laju eh." Walaupun tawa itu tidak sepenuhnya mampu menghilangkan rasa sakit di kepalanya, sekurang-kurangnya kehadiran sahabatnya dapat memberikan sedikit kelegaan. Dalam hatinya, Aryan masih berharap agar suatu hari nanti, dia dapat menemukan jawapan kepada misteri si "minion" yang mengganggu fikirannya.

Maleek menatap Aryan dengan cemas. "Kenapa dengan engkau? Sikit-sikit sakit kepala, tak pun pengsan. Kenapa? Cakap lah dengan aku, jangan pendam. Sampai hati kau merajuk macam ni," dia bertanya dengan nada prihatin.

Aryan hanya tertawa, "Woi, main merajuk pulak! Dah nak merajuk dekat bini kau tu, aku tak nak gay dengan kau." Namun, tawa itu tidak bertahan lama. "Aku tak tahu lah, akhir-akhir ni aku selalu terfikir tentang seorang dalam contact telefon aku. Pelik pulak macam mana aku boleh save nombor dia. Dia siapa, ya? Dan akhir-akhir ni, aku selalu mimpi pasal seorang perempuan, tapi tak nampak wajah dia. Aku tak tahu dia siapa, weh."

Mendengar itu, Maleek mengerutkan kening. "Meh, nak tengok kau save apa." Aryan lalu mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas meja dan membuka contact bernama 'minion'.

"Minion?" Maleek terkejut, tidak menyangka sahabatnya, yang selama ini tidak berminat untuk bercinta, rupa-rupanya sudah mula lembut hati terhadap seseorang. Namun, dia teringat insiden 10 tahun yang lalu yang menyebabkan Aryan hilang ingatan. Dia tahu tentang itu melalui panggilan dari mama Aryan, ketika Aryan tidak sedarkan diri.

"Woi! Kenapa kau termenung ni? Kau tahu ke siapa dia? Bagitahu lah, siapa dia weh?" Aryan menepuk bahu Maleek, terlihat resah.

Maleek tersedar dan menggelengkan kepala. "Aku tak kenal, tapi mungkin perempuan tu lah punca kawan aku ni single sekarang. Lihatlah, berapa ramai kau dah reject perempuan. Kau cakap perempuan ni tak sempadan lah, apa lah," bebel Maleek, sedikit kecewa dengan sikap sahabatnya.

Aryan hanya mengeluh, "Kenapa lah sahabat aku ni kuat bebel? Dulu tak macam ni, lepas je kau kahwin, pergh sakit telinga aku!" Dia tertawa sedikit, tetapi dalam hatinya, tetap berusaha memikirkan tentang si "minion" dan bagaimana nasibnya terikat dengan kenangan yang kehilangan.

Dari 'CONNECT' Ke Hati (OG)Where stories live. Discover now