Momen itu dimulakan dengan satu mesej yang sederhana. Arsy membuka perbualan pertama mereka, di mana Aryan mencatatkan dalam chat "Hi kamu," dengan nada santai yang sering membuatkan sesiapa pun berasa selesa. Arsy, pada saat itu, merasa berdebar. Dia membalas dengan ringkas, "Hi," tanpa menyangka bahawa perbualan yang bermula dengan begitu sederhana itu akan membawa perubahan besar dalam hidupnya.
Seiring berjalannya masa, perbualan mereka berlanjutan. Aryan, dengan sikapnya yang penuh perhatian dan mendukung, tanpa sedar mulai membuka selubung dunia luar untuk Arsy. Dia mengajaknya berbincang tentang impian, harapan, dan segala perkara yang sebelum ini terpendam dalam kegelapan ketakutannya. "Awak ada bakat, Arsy. Kenapa awak tak tunjukkan?" katanya satu hari. Kata-kata itu seakan-akan membuka jalan bagi Arsy untuk mula memandang dirinya dengan cara yang berbeza.
"Sejak kau hadir dalam hidup aku, aku mula belajar untuk berani," Arsy berbisik pada dirinya sendiri, ketika dia membaca kembali mesej-mesej yang penuh dengan sokongan dan motivasi. Namun, di satu sudut hatinya, dia merasakan kesedihan. Kenangan manis itu terpalit dengan rasa pahit tragedi yang melanda, menyebabkan mereka perhubungan mereka terputus, seolah-olah situasi yang tidak diingini memisahkan mereka yang pernah begitu akrab.
"Oh, Aryan..." suara hatinya berbisik, merindui kehadiran sahabat yang selalu ada untuknya. Dia merasa gelisah ketika berfikir tentang apa yang akan jadi jika tragedi itu tidak terjadi.
Berharap untuk mencungkil kembali kenangan yang terpendam dan mencari jawapan tentang apa yang terjadi pada Aryan, Arsy memberanikan diri untuk menghubungi semula. Dia tahu langkah ini bukan semudah menekan butang 'hantar', tetapi dia memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.
"Semoga dia masih ingat semuanya,"bisiknya, mengusai semangat yang mulai berbunga. Dengan harapan yang baru, Arsy menyiapkan diri untuk melangkah ke hadapan. Dia bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan baik yang manis, mahupun yang pahit.
Arsy membaca setiap mesej yang ditulis oleh Aryan dengan senyuman di wajahnya. Gelagat mereka dalam perbualan itu terasa penuh kehangatan dan keceriaan. Dia merasakan hubungan mereka semakin erat, dan setiap interaksi membawa rasa gembira yang sukar untuk diungkapkan.
"Awak ni kuat perasankan, saya ni bukannya rajin sangat nak stalk awak tu," balas Arsy sambil ketawa kecil. Dia suka bagaimana Aryan selalu mampu membuatnya merasa lebih selesa.
"Awak dah kantoi dah, saya dah tahu dah awak," Aryan menjawab dengan nada berseloroh. "Tak payahlah nak sorok-sorok, Arsy. Kita sama-sama stalk satu sama lain."
Arsy tertawa, terhibur dengan jawapan Aryan. "Baiklah, baiklah. Mungkin saya sedikit teruja untuk tahu tentang awak. Tapi siapa yang tidak mahu tahu tentang orang yang membuatkan mereka terasa istimewa, kan?"
"Betul tu! Siapa yang tak ingin tahu tentang orang yang mereka suka?" Aryan membalas, membawa perbualan ke arah yang lebih intim. "Tapi, jangan bimbang. Saya di sini bukan hanya untuk stalk, saya di sini untuk menyokong!"
Kata-kata itu membuatkan Arsy merasa dihargai. Dia tidak dapat menahan perasaan bahagia yang melimpah dalam hatinya. "Saya sangat menghargai sokongan awak, Aryan. Kadang-kadang itu adalah apa yang saya perlukan seseorang untuk percaya kepada saya ketika saya sendiri tidak tahu jika saya cukup baik."
"Betul, Arsy! Saya percaya awak punya potensi yang sangat besar. Kadang-kadang kita hanya perlu seseorang untuk mengingatkan kita siapa diri kita sebenarnya," Aryan menjawab, suaranya penuh keyakinan.
Arsy terharu. Perbualan ini bukan sekadar bergurau, tetapi mereka benar-benar berkongsi perasaan. Dia merasakan jalinan emosi antara mereka semakin mendalam. Dalam kalbu, dia bersyukur kerana ada Aryan, seseorang yang sepenuhnya mengerti dan menyokongnya.
YOU ARE READING
Dari 'CONNECT' Ke Hati (OG)
Romance"Saya mengaku tau saya stalk awak. Awak tu tak nak mengaku padahal dah kantoi dengan saya ni."- Nuh Aryan "Awak ni kuat perasankan. Saya ni bukannya rajin nak stalk awak tu"- Arsy Lia "Minion saya..." -Nuh Aryan "Ya, Sang Kancil yang bijak"-Arsy Lia...