Maleek memandang Aryan dengan pandangan serius. "Bukan bebel, tapi benda fakta. Kau kan, manalah nak dekat dengan perempuan ni. Tapi kan, aku tengok gaya kau save nombor tu macam nombor someone special. Tapi disebabkan kau kemalangan, kau tak ingat. Kau tak try call ke, chat ke?"
Aryan termenung sejenak, merenung nombor 'minion' pada telefon bimbitnya. "Hm, aku tak pernah lagi try chat. Aku cuma termenung sebab aku tertanya-tanya, adakah minion tu adalah wanita yang selalu ada dalam mimpi aku itu?" Suaranya perlahan, tetapi nada penuh harapan. Rasa ingin tahunya membuak-buak, tetapi dia juga mengakui kesihatannya yang tidak membenarkan dia mengingati semua perkara.
Dia mengeluh dalam hati, merasakan betapa sulitnya menjalani proses untuk menemukan jawapan yang dicari. "Memang lah proses ingatan tu ambil masa, tapi aku sangat-sangat berharap semua benda ni berakhir dengan cepat. Aku nak tahu siapa dia, dan kenapa dia menghantui fikiranku," keluh Aryan, matanya penuh dengan kerinduan yang tidak terungkap. Dalam diam, harapannya menyala, menginginkan penyelesaian untuk misteri yang sudah lama menyelimuti hidupnya.
Maleek meletakkan tangan di bahu Aryan, memberi sokongan yang diperlukan. "Kau kuat, aku tahu ujian kau berat, tapi bersabarlah sikit eh. Nanti semua akan okey, percayalah kata-kata aku ni. Kita dah berkawan berapa tahun, dari sebelum aku nikah sampai sekarang, kita tetap bersahabat."
Aryan merenung, menyerap setiap kata yang diucapkan oleh sahabatnya. "Yelah, terima kasih, bro," jawabnya dengan suara yang tenang, cuba menenangkan hatinya yang berasa berbelah bagi. Dia termenung, memikirkan semua yang berlaku. Pasti ada hikmah di sebalik segala kesulitan ini. Dalam hening yang menyelimuti bilik itu, dia berharap agar satu hari nanti, semua misteri akan terungkai, dan dia dapat menemukan kebenaran di sebalik nama 'minion' yang terus membelenggu fikirannya.
Maleek memandang Aryan dengan senyuman mesra. "Dahlah, aku nak siapkan kerja aku. Oh, lagi satu jadi tak minggu depan ni, ride tempat biasa je?"
Aryan mengangguk, sedikit tersenyum. "InsyaAllah, jadi. Nanti kita pergi sama-sama. Boleh juga aku buang stress sikit."
Maleek mengucapkan selamat tinggal kepada Aryan dan melangkah keluar dari bilik pejabat, membiarkan sahabatnya selesa di dalam fikirannya. Dalam hatinya, Aryan merasa sedikit tenang walaupun beban yang dirasakannya masih belum sepenuhnya hilang. Dia tahu, ada banyak lagi yang perlu dihadapi, tetapi dengan sokongan sahabat seperti Maleek, dia merasakan bahawa dia tidak bersendirian dalam perjalanan ini.
Aryan menggelengkan kepala sambil ketawa, "Ride mana lah korang ni, eh? Ada-ada je hujung minggu jumpa, padahal setiap hari kita jumpa! Dah ada isteri pun tak nak duduk rumah, tak faham lah. Nanti mulah, mengadu tidur luar rumah lah, apa lah," bebelnya dengan nada humor, mengenang peristiwa lucu di kalangan rakan-rakannya yang sering tidur di rumahnya kerana dihalau oleh isteri masing-masing.
Gelak tawa itu membuatkan suasana menjadi sedikit ceria, walaupun beban di hatinya masih ada. "Kadang-kadang, aku rasa kasihan juga pada korang. Kena balik rumah dan berdepan dengan situasi tu," tambah Aryan sambil menepuk meja.
Sementara itu, dia menyedari bahawa meskipun kehidupannya kini penuh dengan cabaran, ada saat-saat seperti ini yang membuatkan dia hargai persahabatan dan komunikasi yang dia ada dengan rakan-rakannya. Dalam ketawa dan bebelan itu, dia merasa seolah-olah semua masalahnya seolah-olah terbang seketika.
YOU ARE READING
Dari 'CONNECT' Ke Hati (OG)
Любовные романы"Saya mengaku tau saya stalk awak. Awak tu tak nak mengaku padahal dah kantoi dengan saya ni."- Nuh Aryan "Awak ni kuat perasankan. Saya ni bukannya rajin nak stalk awak tu"- Arsy Lia "Minion saya..." -Nuh Aryan "Ya, Sang Kancil yang bijak"-Arsy Lia...