Ketika Arsy tengah scroll telefon bimbitnya yang lama itu, matanya terhenti pada satu gambar yang tiba-tiba menarik perhatiannya. Ia adalah gambar aiskrim berwarna-warni yang diambilnya beberapa tahun lalu, ketika dia membahagikan masa di diploma. Gambar itu membawa kembali kenangan saat-saat di mana dia sering membeli aiskrim bagi menghilangkan tekanan dan bebanan yang dirasakannya selepas hari yang panjang.
Waktu itu, hidupnya terasa begitu berat. Setiap kali tekanan menimpa, dia akan mencari aiskrim untuk menghiburkan diri. Seolah-olah kemanisan aiskrim itu mampu memberi sedikit kelegaan pada hatinya yang bergelut dengan pelbagai masalah.
Di fikirannya terbayang bagaimana dia duduk di bangku taman dengan aiskrim di tangan, merasai setiap suapan yang membawa sedikit kebahagiaan dalam rutinnya yang monoton.
"Ah, rindu waktu-waktu itu," bisiknya sendirian sambil tersenyum, mengingatkan dirinya tentang betapa pentingnya untuk menghargai momen-momen kecil dalam hidup.
Namun, di balik senyumannya itu, teringat juga Arsy akan Aryan,seorang yang selalu buat dirinya bahagia dan yang sentiasa risau dan bimbang apabila dia keluar seorang diri. Setiap kali dia pergi, Aryan pasti akan menghantar mesej atau menelefonnya, memastikan bahawa semuanya berjalan baik.
"Arsy, tolonglah, jangan keluar seorang! Saya risaukan awak. Jika jadi apa-apa, saya yang akan rasa bersalah," ujar Aryan pernah marah dengan nada yang seakan-akan bapa menasihati anaknya."Awak tak perlu risau sangat," Arsy selalu menjawab, cuba menenangkan Aryan. Namun, dalam hatinya, dia tahu bahawa Aryan sebenarnya hanya mahu melindunginya kerana dia sangat menyayanginya.
Momen-momen antara mereka kadang-kadang terasa lucu. "Habis, awak ni kenapa marah macam seorang bapak?" Arsy sering kali mengusik Aryan setelah mereka berdebat.
"Yalah, sebab saya sayang awak! Awak tu minion saya," Aryan menjawab tegas tetapi dalam nada yang menyentuh.
Lihat perilakunya, Arsy tak dapat menahan ketawa. Baginya, Aryan adalah penjaga yang setia, meskipun sikapnya kadang kala membuatkan Arsy merasa tertekan.
Dalam hati Arsy, ada rasa hormat dan cinta yang dalam terhadap sahabatnya itu. Dia menyedari bahawa walaupun kadang-kadang Aryan nampak terlalu protektif, itu adalah tanda kasih sayang yang tulus.Arsy tersenyum lagi ketika mengenang kembali pelbagai momen lucu dan risau Aryan."Ni awak kat mana?" tanya Aryan dengan nada penuh kepastian.
"On the way nak balik bilik dah ni. Jap lagi nak singgah beli aiskrim," jawab Arsy, agak excited dengan rancangannya.
"Haish, memang macam Bob la!" Aryan berkata dengan nada separuh geram.
"Napa?" Arsy bertanya sambil sedikit hairan.
"Ada la. Tapi awak kenal Bob tak?" Aryan mencabar.
"Tak dan takmau kenal," jawab Arsy dengan nada selamba, cuba untuk tidak ambil pusing.
"Yela, tak suruh pun kenal. Saya tanya je," Aryan menjawab sambil ketawa, tetapi ada nada serius di hujungnya.
"Hmm..."
Arsy hanya menjawab dengan nada acuh tak acuh.
"Gi laaa balik. Nanti kena culik, nanti kesian kat saya," Aryan memberi amaran sambil nada suaranya mengandungi sedikit kebimbangan.
"Tak baik doakan saya macam tu," Arsy membalas dengan gurauan, meskipun dia tahu Aryan serius.
"Apa yang jangan, sebabtu la balik awal. Ni dah otw balik ke?" Aryan kembali menyoal dengan tegas.
"Dah, dah! Sabar!" Arsy menjawab, tetapi dekat hati, dia tidak dapat menahan rasa geli hati terhadap kebimbangan seorang yang dia anggap special itu.
"Sebelum pukul 7 balik dah. Nanti setan ikut awak," Aryan menegaskan, seolah-olah dia seorang bapa yang sedang memberi nasihat kepada anaknya.
Dalam hati Arsy, berkata, *Mak aii, mamat ni macam bapa-bapa lah pulak!* Dia cuba menahan tawanya, merasakan bagaimana kemesraan dan keprihatinan Aryan itu kadang-kadang membuatkan dia berasa seperti anak kecil yang dimarahi.
YOU ARE READING
Dari 'CONNECT' Ke Hati (OG)
Romance"Saya mengaku tau saya stalk awak. Awak tu tak nak mengaku padahal dah kantoi dengan saya ni."- Nuh Aryan "Awak ni kuat perasankan. Saya ni bukannya rajin nak stalk awak tu"- Arsy Lia "Minion saya..." -Nuh Aryan "Ya, Sang Kancil yang bijak"-Arsy Lia...