5. 𝑷𝒆𝒏𝒋𝒂𝒈𝒂 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖

24 3 0
                                    

Beberapa bulan telah berlalu, dan kini Husna sah menjadi isteri Tengku Rayyan Adrian. Kandungannya sudah berusia tujuh bulan, tetapi alahan yang dialaminya sangat teruk. Setiap oramg mempunyai alahan mengandung yang terswndiri, begitu juga dengan Husna.

Kesihatan Husna semakin merosot. Dia tidak mampu berjalan jauh tanpa bantuan, tubuhnya sering sakit, dan keletihan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

Tengku Rayyan Adrian, walaupun tidak pernah mencintainya dari dulu sehingga kini, tetapi dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada bayi yang bakal lahir. Dia tidak mahu mengabaikan kesihatan Husna dan anak yang sedang dikandungnya.

Setiap kali pulang dari kerja, Rayyan akan cuba meluangkan masa untuk memastikan Husna dalam keadaan baik. Namun, tugasnya sebagai seorang ahli perniagaan yang sibuk tidak memungkinkannya untuk berada di sisi isterinya sepanjang masa. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk mencari seorang jururawat peribadi yang cekap bagi menjaga Husna.

"Tak boleh jadi ni. Aku tak mampu nak jaga dia setiap masa," Rayyan berbisik kepada dirinya. "Aku perlukan bantuan."

Rayyan segera menghubungi sahabat baiknya, seorang orang atasan di Hospital Sri Rafflesia. Sahabatnya itu faham benar akan keadaan Rayyan. Lagipun, Rayyan merupakan pemegang saham terbesar di hospital tersebut dan sering memberi sumbangan yang besar.

"Rayyan, kau jangan risau. Aku akan uruskan semuanya. Kau akan dapat jururawat terbaik yang akan menguruskan isteri dan anak kau," sahabatnya memberi jaminan.

"Baik. Aku serahkan semuanya kepada kau." Ujar Rayyan lalu mematikan talian. Dia benar-benar memberi kepercayaan yang besar kepada sahabatnya itu.

_________________________________

Di hospital, seorang jururawat bernama Zaleha, atau lebih mesra dipanggil Leha, telah mendapat panggilan daripada orang atasan hospital yang mengarahkan dia menjalankan tugasan yang sangat penting.

Zaleha ditugaskan menjadi jururawat peribadi kepada Tengku Rayyan Adrian. Namun, disebabkan masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan, Leha terpaksa menyerahkan tugas tersebut kepada seorang jururawat muda yang lain, Nayla Airisya.

"Nayla. Boleh tak Nayla gantikan akak jadi nurse peribadi seorang vvip hospital kita?" Kata kak Leha penuh harapan. Kedua tangan Nayla digenggam. Kak Leha betul-betul berharap agar Nayla dapat membantunya.

Nayla yang tidak mempunyai pilihan melainkan menerima permintaan akak Leha yang sangat dia hormati. "Boleh kak." Jawab Nayla dengan lembut.

Walaupun Nayla berat hati untuk menerima tugasan itu, dia akhirnya akur. Nayla merupakan seorang yang baik hati dan berdedikasi, jadi dia tidak mahu mengecewakan sesiapa, terutama sekali ketika orang memerlukan bantuannya.

Selepas selesai urusannya di hospital, Nayla segera pulang ke rumah lebih awal daripada biasa untuk mengemas barang-barang peribadinya. Fikirannya berserabut memikirkan tugas baru yang menantinya. Ini adalah kali pertama dia akan bekerja di rumah seseorang sebagai jururawat peribadi. Dia hanya boleh berharap agar segalanya berjalan dengan lancar.

Setelah selesai mengemas, Nayla bersiap-siap untuk bertolak ke rumah orang penting (VVIP) hospital Sri Rafflesia yang dikenali sebagai Tengku Rayyan Adrian. Dia menaiki teksi dan sepanjang perjalanan, dia memandang keluar tingkap, membayangkan rumah agam yang disebut-sebut orang sebagai sangat mewah.

Setibanya di sana, Nayla terpegun melihat rumah agam itu. Pintu pagar besar dibuka dan dia disambut mesra oleh seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an, pembantu rumah yang dikenali sebagai Kak Jah.

"Assalamualaikum, Cik Nayla, jemput masuk. Saya Kak Jah, pembantu rumah di sini," Kak Jah menyapa dengan ramah sambil mempersilakan Nayla masuk ke dalam rumah.

YOU ARE MINE Where stories live. Discover now