20. 𝑲𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒂𝒏.

23 2 0
                                    

"Bieyy." Panggilan ceria Husna menyentuh telinga Rayyan, membuatkan hatinya bergetar. Husna sangat merindui Rayyan setelah beberapa jam tidak berjumpa, dan setiap saat terasa seperti satu tahun baginya.

Rayyan berdehem, matanya melirik ke arah Nayla seketika sebelum kembali memfokuskan pandangannya pada Husna yang semakin mendekat. Keduanya dalam keadaan gelisah, lebih-lebih lagi Nayla. Rasa takut menyelubungi dirinya, bimbang setiap percakapan mereka berdua didengar oleh Husna mahupun Kak Jah yang berada di dalam bilik yang sama.

"Korng dua ni kenapa?" Husna bertanya sebaik berdiri tepat di hadapan mereka, wajahnya menunjukkan keprihatinan.

Mereka berdua terdiam, seakan kata-kata tersangkut di kerongkong. Tatapan Husna jatuh ke kaki Rayyan. "Kaki Biey dah oke?" tanya Husna, penuh kasih sayang.

"Oke. Kaki Biey dah oke sikit. Ni pun Nayla yang bantu Biey berjalan perlahan-lahan biar kaki ni semakin membaik." Rayyan menjawab dengan penuh keyakinan, cuba meredakan kebimbangan Husna. Namun, nada suaranya menyimpan rasa lega; dia tahu yang Husna tidak mendengar apa-apa yang lebih mendalam daripada itu.

"Kan, Nayla kan?" Rayyan menoleh ke arah Nayla, matanya memohon sokongan. Dia ingin memastikan Husna tidak mencurigai apa-apa yang terjadi di antara mereka.

Husna memandang Nayla dengan tenang, seolah-olah melihat ke dalam jiwa. Ketenangan itu, walaupun menenangkan, membuatkan Nayla merasa bergetar dalam hati. Dia sukar untuk mempercayai video yang baru sahaja ditontonnya dari telefon Rayyan tadi. Mustahil jika video itu palsu.

"Haa. Haah. Betul tu." Nayla tergagap, suaranya hampir tidak jelas.

Husna hanya tersenyum mendengar jawapan Nayla, tanpa menyedari kegelisahan yang melanda dalam hati dua orang di hadapannya.

"Oke. Sekarang, since puan Husna dah ada, saya rasa saya dah boleh pergi sekarang kot. Puan Husna mesti rindu nak luangkan masa dengan Tuan Rayyan kan?" Nayla mengucapkan kata-kata itu dengan senyuman yang manis, seolah memberi alasan untuk menjauhkan diri dari bilik tersebut. Dia merasa lemas berada di situ, terperangkap dalam situasi yang membuatnya tidak selesa.

Rayyan menatap Nayla, tatapannya tegas dan bermakna. Keningnya sedikit berkerut, seolah-olah menyatakan bahawa dia tidak merestui Nayla pergi begitu sahaja. Ada sesuatu yang ingin dia katakan, tetapi kata-kata itu terperangkap dalam benaknya.

"Baiklah." Husna memberi kebenaran kepada Nayla, tidak menyedari pertukaran pandangan yang penuh makna di antara mereka.

"Tapi sebelum tu, awak ambil bekal dalam paper bag tu tau. Makan. Awak tak makan lagi kan tadi, tergesa-gesa sangat datang hospital nak tengok keadaan Rayyan. Sampai makan pun tak sempat." Husna menunjukkan paper bag yang dipegang oleh Kak Jah, matanya bersinar penuh perhatian. Kata-kata Husna seolah-olah memancing Rayyan untuk memandang Nayla sekali lagi, dan pandangan itu membuatkan hati Rayyan bergetar.

Nayla memandang Rayyan sejenak, menyedari kebenaran kata-kata Husna. Ya, dia memang tergesa-gesa untuk melihat keadaan Rayyan. Namun, saat Rayyan mula berbicara tentang hal-hal yang membuatnya merasa tidak menentu, semua rasa itu seakan-akan hilang. Dia merasa ingin menjauh.

"Awak kena ingat, Nayla. Rawat orang, rawat juga, tapi kesihatan awak kena utamakan juga. Nanti kalau awak sakit, sape yang nak rawat saya ataupun suami saya?" Husna berkata sambil tersenyum, tangannya lembut memegang bahu Nayla, memberikan semangat.

Nayla hanya mampu tersenyum kecil, walaupun perasaannya bergelora. "Baik puan," jawabnya dengan nada patuh, lalu melangkah mendekati Kak Jah untuk mengambil bekal makanan yang dibawa khas untuknya.

Setelah Nayla mengambil bekal, dia mula membuka langkah untuk beredar dari bilik VVIP itu. Namun, langkahnya terhenti sebaik Rayyan menghentikannya.

"Nayla, tunggu dulu." Suara Rayyan tiba-tiba memecah keheningan, membuatkan Nayla terkejut. Dia segera berpaling, wajahnya merah padam, dan mendapati Rayyan kini berdiri di samping katilnya.

YOU ARE MINE Where stories live. Discover now