21. 𝑩𝒆𝒓𝒌𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏.

17 2 0
                                    

Beberapa Hari Kemudian

____________________________________

Rayyan yang kini sudah sembuh, akhirnya dibenarkan keluar dari hospital. Sejak kejadian di mana dia menyatakan cintanya kepada Nayla, wanita itu tidak lagi muncul untuk melawatnya. Nayla seolah-olah menghilang, menjauhkan diri demi kebaikan hubungan Rayyan dan Husna. Dia tidak mahu menjadi punca keretakan rumah tangga mereka, jadi Nayla bertekad untuk menjauhkan diri dari Rayyan, walau dengan cara apa sekalipun.

Namun, tekadnya terpaksa dikecualikan apabila Husna mengajak Nayla untuk menemaninya melawat Rayyan di hospital. Tanpa pilihan, Nayla terpaksa akur dan pergi. Sesampainya di hospital, Nayla menuntun Husna memasuki bilik rawatan VVIP Rayyan, tetapi dia tidak tinggal lama. Sehabis menurunkan Husna, Nayla segera beredar, tidak ingin terlibat dalam situasi yang merumitkan.

__________________________________________

Di Rumah Agam Tengku Rayyan Adrian

__________________________________________

Rayyan melangkah masuk ke rumah agamnya, memejamkan mata seketika dan menghirup udara segar di dalam kediamannya. Senyumannya muncul kembali, merasakan kelegaan setelah terperap selama lebih seminggu di hospital. Namun, saat fikirannya melayang kepada Nayla, senyum itu hilang serta-merta. Hatinya dipenuhi kesal dan kecewa. Dia tidak memahami mengapa Nayla seolah-olah menjauhkan diri, hanya muncul untuk seketika dan kemudian menghilang tanpa jejak.

Tatapan Rayyan menjadi dingin. Dia memandang sekeliling rumahnya, mencari sosok Nayla yang dirinduinya. Namun, kenyataan itu membuatkan dia semakin kecewa. Wanita itu jelas berusaha untuk mengelak darinya.

________________________________


Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, suara Kak Jah dan semua pekerja yang sudah berbaris di depan pintu menyambut kepulangan Rayyan, "Selamat pulang, Tuan Rayyan." Mereka membongkok memberi hormat, menunjukkan penghormatan yang mendalam kepada majikan mereka.

Namun, Rayyan hanya menatap mereka dengan pandangan dingin. Tiada secalit senyuman di wajahnya, seolah-olah kebahagiaan yang sepatutnya hadir bersamanya tidak wujud pada saat itu.

"Kak Jah dah masakkan makanan kegemaran Tuan Rayyan. Tuan Rayyan nak makan sekarang ke sekejap lagi?" soal Kak Jah dengan mesra, berusaha meredakan suasana.

Rayyan terdiam, tatapannya masih tidak berubah. Dia mengamati wajah Kak Jah yang penuh harapan, namun hatinya tidak dapat memikirkan apa-apa selain satu nama.

"Nayla mana?" soal Rayyan, nada suaranya dingin dan tanpa emosi.

"Aaaa... Nayla... Ada dalam bilik tuan. Dia tengah uruskan Puan Husna bersiap," jawab Kak Jah tergagap, sedikit terkejut dengan nada serius Rayyan.

Tanpa membuang masa, Rayyan bergegas menaiki anak tangga, langkahnya berhati-hati. Walaupun dia sudah sembuh, namun kakinya masih lemah, tidak sekuat dahulu. Dia tidak peduli dengan rasa sakit yang mungkin timbul, hanya satu tujuan yang terlintas di fikirannya.

Pintu dibuka dengan kasar, mengejutkan semua orang yang berada di dalam bilik yang besar dan mewah itu.

Di dalam bilik, Nayla yang sedang menyisir rambut Husna, terkejut, bahunya terangkat tiba-tiba. Husna juga tidak kurang terkejut, matanya terbeliak melihat kemunculan suaminya yang tiba-tiba di depan pintu.

Wajah Rayyan terpapar dengan tatapan dinginnya, dan dia menatap Nayla lama, seolah-olah mencuba membaca apa yang tersimpan di dalam hatinya. Namun, tatapan itu segera beralih kepada Husna yang sedang duduk anggun di atas kerusi depan meja cermin.

YOU ARE MINE Where stories live. Discover now