18. 𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏.

24 3 0
                                    

Rayyan membuka matanya perlahan-lahan. Rasa sakit yang berdenyut-denyut di kepalanya membuatkan dia mengerang perlahan. Pandangannya masih kabur, namun dia sedar dirinya berada di sebuah bilik yang asing. Ruang itu sunyi, sepi tanpa sebarang suara. Rayyan cuba mencari seseorang, namun kelibat sesiapa pun tidak kelihatan. Hatinya mula gelisah.

Beberapa saat kemudian, pintu bilik perlahan dibuka. Kak Jah melangkah masuk, membawa barang-barang keperluan Rayyan dan beberapa buah tangan. Dia meletakkan semuanya di atas meja di sebelah katil, tanpa menyedari bahawa Rayyan sudah tersedar.

"Tuan Rayyan dah sedar?!" jerit kecil Kak Jah, terkejut melihat lelaki itu sudah terjaga.

"Kak Jah... mana...?" Suara Rayyan tersekat-sekat, seperti sukar untuk bercakap. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Kak Jah sudah bergegas keluar dari bilik tanpa menjawab soalannya, meninggalkan Rayyan dalam kekeliruan.

Rayyan hanya mampu menatap pintu yang tertutup semula, mengeluh perlahan. Dia memejamkan mata, menahan denyutan di kepalanya yang semakin kuat. Setiap detik terasa begitu lambat dan penuh dengan kesakitan yang tidak tertanggung.

Beberapa minit kemudian, pintu bilik kembali terbuka. Kak Jah masuk semula, kali ini memimpin Husna, isterinya, yang sedang sarat mengandung. Wajah Husna kelihatan cemas dan sebak.

"Biey... Biey dah sedar." Suara Husna bergetar antara lega dan kesedihan. Air mata sudah mula bergenang di kelopak matanya.

Mendengar suara Husna, Rayyan membuka matanya semula. Pandangannya terus menangkap sosok Husna yang berdiri di sisi katil, air mata wanita itu mula mengalir perlahan di pipinya. Namun, meskipun Husna berdiri di hadapannya, Rayyan masih mencari-cari seseorang di belakang isterinya dan Kak Jah. Hatinya tidak tenang. Orang yang ingin dilihatnya paling pertama tiada di situ.

Di mana Nayla?

Husna dengan hati-hati duduk di atas kerusi di sebelah katil Rayyan. Gerak-gerinya perlahan, penuh kesulitan kerana perutnya yang semakin membesar. Lagi dua bulan, bayi di dalam kandungannya bakal lahir, namun Rayyan tidak pernah merasa keterujaan itu. Wanita di depannya, isterinya yang sah, tampak lelah dan sedih. Husna menggenggam tangan Rayyan, air matanya muls jatuh lebih deras.

Rayyan menatap wajah isterinya dengan perasaan simpati. Dia tahu Husna mencintainya sepenuh hati, namun dia tidak pernah mampu membalas cinta itu dengan perasaan yang sama. Dengan lembut, Rayyan mengusap pipi Husna, cuba menenangkan tangisan isterinya.

"Dah la tu, jangan nangis. Saya okay je..." pujukan Rayyan hambar, tiada emosi yang mendalam. Dalam hatinya, dia tertanya-tanya kenapa dia tidak pernah jatuh cinta dengan wanita yang sudah lama berada di sisinya. Husna, dengan segala kecantikan dan kelembutannya, tetap gagal mengetuk pintu hatinya. Walau dia cuba untuk mencintai Husna, hati itu seolah-olah tertutup rapat.

Sebaliknya, Nayla... Wanita yang baru beberapa bulan bekerja dengannya, tanpa sebarang usaha, berjaya melembutkan hatinya. Hanya dengan kehadirannya, Rayyan merasa damai. Mungkin kerana Nayla cinta pertamanya? Mungkin kerana dia masih memegang kenangan lama yang dia tidak mampu lupakan.

"Mesti sakit, kan?" Suara serak Husna memecah lamunan Rayyan. Wanita itu cuba menyentuh kepala Rayyan yang sudah berbalut dengan perlahan, bimbang menyakiti suaminya.

Rayyan segera menghalang, tangannya menahan tangan Husna daripada menyentuh kepalanya. "Sakit sikit je," jawabnya tenang, cuba meminimalkan keperihatinan isterinya.

q Pandangannya segera beralih ke arah pintu bilik yang kembali tertutup. Dalam hatinya, dia berharap pintu itu akan terbuka dan orang yang dinantikannya akan muncul.

"Nayla mana?" soal Rayyan, nadanya tiba-tiba berubah.

Kak Jah yang berdiri di sebelah Husna segera menjawab, "Nayla ada di rumah."

YOU ARE MINE Where stories live. Discover now