9. 𝑰 𝑾𝒂𝒏𝒕 𝑯𝒆𝒓!

33 4 0
                                    

Keesokan harinya, Kak Leha tiba di rumah Rayyan, membawa beg pakaian bersamanya. Ketika dia melangkah masuk, seperti biasa, Kak Jah menyambutnya dengan senyuman dan keramahan. Mereka berbual seketika sebelum Kak Jah membawa Kak Leha ke bilik yang pernah menjadi tempat tinggal Nayla.

Beg pakaian Kak Leha diletakkan rapi di bilik itu. Dalam hati, Kak Jah sendiri merasa aneh tanpa kehadiran Nayla. Tapi, dia tahu tugas tetap harus berjalan. Setelah itu, Kak Jah membawa Kak Leha bertemu Husna di biliknya.

Husna memandang Kak Leha dengan senyuman pahit. Wajahnya jelas menampakkan kesedihan yang tersimpan, bukan kerana ketidakpuasan hati terhadap kehadiran Kak Leha, tetapi kerana ketiadaan Nayla, orang yang sebelum ini sentiasa berada di sisinya. Husna menghela nafas perlahan. "Saya faham kenapa Nayla tak mahu kembali. Saya tahu saya salah..." kata Husna dengan lembut, matanya sedikit berkaca.

Kak Leha hanya tersenyum simpati. Dia memahami situasi itu dan bersedia untuk membantu sebaik mungkin. Namun, suasana menjadi lebih sunyi daripada sebelumnya.

Petang itu, lebih awal dari kebiasaannya, Rayyan pulang ke rumah. Di dalam hatinya, perasaan bersalah terus menghantui. Dia tahu Nayla marah dan kecewa, dan itu membuatkan jiwanya tidak tenang. Niatnya hari itu hanya satu—untuk mencari Nayla dan memohon maaf kepadanya.

Setibanya di rumah, langkah Rayyan laju menuju ke biliknya, namun matanya tidak berhenti melilau ke sekeliling rumah, mencari-cari kelibat Nayla. Jantungnya berdegup kencang, penuh dengan harapan dan ketidakpastian.

Ketika sampai di depan pintu biliknya, Rayyan menarik nafas dalam-dalam dan dengan pantas membuka pintu. Namun, sebaik sahaja pintu terbuka, hatinya seakan hancur melihat pemandangan yang menyambutnya. Bukan Nayla yang berdiri di situ, tetapi Kak Leha, nurse lain yang kini menguruskan isterinya.

Husna, yang perasan kehadiran Rayyan, menoleh ke arah suaminya. Dengan nada yang lembut dan sedikit sedih, dia memperkenalkan Kak Leha. "Ini Kak Leha, dia yang akan uruskan saya sekarang. Nampaknya, Nayla betul-betul kecewa dengan kita, Rayyan..." suara Husna terhenti, seolah-olah menahan kesedihannya.

Rayyan terdiam, matanya tertunduk. Tangannya perlahan-lahan digenggam erat, membentuk penumbuk. Rasa bersalah dan amarahnya bercampur aduk. Dia tidak menyangka situasi ini akan menjadi sebegini. Dalam diam, perasaan marah kepada dirinya sendiri mula membara.

Di dalam fikirannya, hanya satu persoalan bermain: bagaimana dia boleh membetulkan keadaan ini?

Rayyan mengetap giginya, menahan geram yang semakin membara. Dengan suara tegas, dia berkata, "Saya tak nak. Saya tak nak sesiapa yang gantikan tempat dia." Suaranya bergetar sedikit, tetapi amarahnya jelas.

Dia merenung Kak Leha dengan tajam, sebelum memandang ke arah Husna. “Saya rasa akak boleh balik kot. Saya memang tak akan terima mana-mana nurse peribadi selain dia,” katanya lagi.

Husna terkejut mendengar kata-kata Rayyan. Suaminya yang selama ini dikenali sebagai seorang yang penyabar dan baik hati, kini kelihatan sangat berbeza. Rayyan tak pernah bersikap sebegitu sebelum ini. Sikapnya begitu keras dan mendominasi. Kak Leha juga tergamam, tak percaya dia baru sahaja dihalau keluar.

Namun, dia mengumpul kekuatan untuk menjelaskan. “Sebenarnya, Tengku Rayyan, memang sepatutnya saya yang jadi nurse peribadi Puan Husna. Tapi, saya yang suruh Nayla untuk gantikan tempat saya,” kata Kak Leha dengan nada perlahan dan penuh kesal.

Rayyan menggeleng, langsung tidak peduli. “Saya tak kesah. Siapa pun yang sepatutnya jadi nurse peribadi isteri saya, tapi dia... Nayla... dia dah pernah berkhidmat di sini, jadi dia kena selesaikan tugas dia sampai habis.” Tegas Rayyan. Kata-katanya membuatkan Kak Leha kehilangan kata-kata. Dia tahu Nayla takkan mahu kembali, tapi Rayyan nampaknya bertekad.

“Esok, Kak Leha boleh masuk kerja dekat tempat asal akak balik,” sambung Rayyan, nadanya masih penuh dengan ketegasan.

Husna cuba menghentikan Rayyan, mahu dia mempertimbangkan semula kata-katanya. Tetapi Rayyan hanya mengangkat tangan, memberi isyarat agar Husna tidak berkata apa-apa. Dia tidak mahu mendengar sebarang bantahan. Dengan wajah yang penuh tekanan, Rayyan terus berlalu keluar dari bilik itu.

Dia berjalan pantas menuju ke bilik kerjanya, langkahnya berat, tanda kemarahan yang sedang membuak. Setibanya di bilik, Rayyan meraup kasar rambutnya ke belakang, cuba menenangkan dirinya. Dia menanggalkan coat dan tali lehernya dengan gerakan yang kasar, melemparkannya ke lantai. Lengan bajunya dilipat hingga ke paras siku, dan keningnya berkerut memikirkan satu cara untuk mendapatkan Nayla kembali.

Rayyan segera menghubungi Dr. Firdaus, sahabat baiknya yang juga merupakan orang atasan di Hospital Sri Rafflesia. “Aku nak kau arahkan Nayla Airisya datang bertugas kat rumah aku semula,” katanya, memaksa dengan nada tegas.

Namun, Dr. Firdaus menghela nafas. “Aku tak boleh buat apa-apa, Rayyan. Nayla betul-betul berkeras. Dia tak nak terlibat lagi dengan keluarga kau. Ini keputusan dia. Aku tak boleh memaksanya.”

Rayyan mematikan talian telefon dengan kasar. Dia menghentakkan tangannya ke meja dengan kuat, menzahirkan kemarahannya yang memuncak. “Susah sangat ke kau nak maafkan aku, ha?!” bentaknya, melepaskan amarah yang terpendam.

_______________________________

Sementara itu, di bilik yang sunyi, Kak Leha mengemas barang-barangnya ke dalam beg semula. Dia mengeluh berat, kecewa dengan situasi yang berlaku. Selepas mengemas, Kak Leha segera menghubungi Nayla.

“Nayla... Akak tak mampu bertahan kat rumah ni,” suara Kak Leha kedengaran sayu di hujung talian.

“Hah? Kenapa, Kak?” Nayla terkejut, tak menyangka Kak Leha akan berkata begitu.

“Tengku Rayyan... dia tak nak orang lain. Dia nak Nayla jugak,” kata Kak Leha, penuh keletihan.

“Hah? Gila ke apa dia tu? Dah orang tak nak tu, tak payahlah paksa-paksa. Memilih pulak. Sebelum ni tuduh orang macam-macam, sekarang ni nak jilat ludah balik ke?” Nayla membalas dengan nada yang jelas menunjukkan rasa bengangnya.

Kak Leha menghela nafasnya kuat sehingga didengar oleh Nayla. Nayla mula bersimpati dengan nasib Kak Leha. Belum sampai sehari kak Leha bertugas sebagai jururawat peribadi Puan Husna, namun, sudah kena halau. Rayyan benar-benar sudah berubah. Nayla sudah tidak kenal lagi Rayyan yang sekarang ini.

Rayyan yang dulu dikenali sebagai seorang yang baik, lembut tutur katanya, sangat menghormati orang lebih-lebih lagi orang yang lebih tua, tapi sekarang? Tanpa segan silu dia meninggalkan kesan menyakitkan di dalam hati orang-orang di sekelilingnya.

"Sudah la kak. Akak balik je, jangan fikirkan pasal lelaki itu lagi. Buat sakit hati saja. Nanti saya jemput akak." Kata Nayla cuba menenangkan kk Leha yang bersedih.

"Baik Nayla. Terima kasih."

.
.
.
.

BERSAMBUNG

YOU ARE MINE Where stories live. Discover now