17. 𝑻𝒂𝒓𝒈𝒆𝒅𝒚.

25 3 0
                                    

Beberapa minggu telah berlalu, dan Rayyan kelihatan semakin kerap mengajak Nayla untuk menemaninya ke pejabat. Alasannya, dia masih bimbang dengan kesihatannya, takut tiba-tiba sakit atau jatuh rebah tanpa ada sesiapa di sisinya.

Namun, alasan ini sering membuat Husna, isteri Rayyan, merasa kurang senang. Bukan kerana dia curiga, tetapi kerana dia bosan apabila Nayla tidak ada bersamanya di rumah.

Husna sudah menganggap Nayla seperti adiknya sendiri. Setiap hari mereka berdua akan berbual, berkongsi cerita, dan Husna sering bergantung pada Nayla untuk menguruskan hal-hal kecil.

Jadi, apabila Rayyan kerap mengambil Nayla bersamanya, Husna merasakan sedikit kekosongan. Namun begitu, Husna tidak dapat menolak. Nayla bekerja untuk Rayyan, dan Rayyan pula yang membayar gaji Nayla.

Lagipun, Nayla bukanlah semata-mata bertugas untuk menjaga Husna. Tugasnya lebih besar daripada itu, menjaga Rayyan, Husna, dan juga anak mereka yang bakal lahir. Sebagai perawat peribadi, Nayla harus siap siaga mengawasi kesihatan kedua-dua majikannya, tidak kira di mana mereka berada.

______________________________

Pada suatu petang, ketika waktu makan tengah hari, Rayyan mengajak Nayla keluar makan di sebuah restoran. Walaupun pada mulanya Nayla keberatan untuk pergi, dia akhirnya menurut sahaja. Mereka tiba di restoran yang eksklusif, dengan hiasan dalamannya yang mewah dan moden. Sebaik mereka tiba, Rayyan meminta Nayla untuk masuk dahulu.

"Aku ada nak singgah ke tempat lain sekejap. Kau masuk dulu, tunggu aku," kata Rayyan dengan senyuman kecil.

Nayla hanya mengangguk dan menurut. Dia melangkah masuk ke dalam restoran itu, mencari tempat duduk yang sesuai. Akhirnya, dia memilih tempat di sebelah dinding kaca yang memberikan pemandangan indah ke luar. Di situ, dia dapat melihat jalan raya yang sibuk dengan kenderaan, orang yang lalu-lalang, dan burung-burung berterbangan bebas di langit.

Seorang pelayan datang menghampirinya, ingin mengambil pesanan, tetapi Nayla menolaknya dengan sopan.

"Saya tunggu seseorang. Nanti bila dia sampai, baru saya pesan," kata Nayla lembut.

Pelayan itu mengangguk memahami dan segera beredar. Nayla kembali menatap ke luar, matanya menikmati pemandangan hidup di luar sana. Wajahnya tenang, sesekali bibirnya mengukir senyuman apabila melihat seekor kucing bermain-main di tepi jalan bersama rakannya.

Di tempat lain, Rayyan sudah memasuki sebuah kedai bunga. Kedai itu dipenuhi dengan pelbagai bunga segar yang mekar indah, memenuhi udara dengan bau wangi yang menyenangkan. Rayyan melangkah masuk dengan tenang, matanya mencari-cari bunga yang sesuai, namun dia tidak pasti apa yang dia mahukan.

Tidak lama kemudian, seorang wanita muda yang bekerja di situ datang menghampirinya.

"Selamat datang, tuan. Tuan cari bunga apa?" sapanya ramah.

Rayyan tersenyum tipis. "Saya nak tengok-tengok dulu."

Wanita itu memerhati wajah Rayyan sejenak, seperti ada sesuatu yang dikenalnya. Matanya mengecil, cuba mengingati sesuatu.

"Tuan ni... macam familiar dengan seseorang," katanya, suaranya perlahan.

Rayyan hanya tersenyum. Dia sudah biasa dengan orang mengenalinya. Namun, dia tetap biarkan wanita itu berusaha meneka.

Tiba-tiba, mata wanita itu terbuka luas. "Sekejap... Tuan ni... Tengku Rayyan Adrian kan?!" Seruannya mengandungi kekaguman, hampir tak percaya.

Rayyan segera memberi isyarat agar wanita itu diam. Dia tidak ingin menarik perhatian ramai, apatah lagi menimbulkan kekecohan.

YOU ARE MINE Where stories live. Discover now