15. 𝑻𝒂𝒌 𝑺𝒆𝒍𝒆𝒔𝒂?

29 3 0
                                    

Tengah hari itu, matahari memancar terik. Nayla melangkah keluar dari biliknya, menuju ke arah kolam kecil di halaman. Puan Husna memanggilnya untuk menemani seketika.

“Nayla, mari duduk dengan saya sekejap. Saya bosan sangatlah,” kata Husna sambil kakinya sudah berendam dalam air kolam yang jernih.

Nayla tersenyum mesra dan mengambil tempat di sebelah majikannya. “Puan, kenapa puan panggil saya?” tanyanya sambil menyusun duduk.

“Saya tak ada kawan, Nayla. Suami saya pun jarang nak duduk berbual dengan saya,” keluh Husna, namun nada suaranya tidak seberat itu, lebih kepada keinginan untuk ditemani.

“Kalau macam tu, boleh saya rendam kaki sekali?” Nayla meminta izin dengan sopan, senang hati melihat Husna yang berseri-seri.

Husna mengangguk ceria. “Boleh, tentu sekali. Berbual sambil rendam kaki dalam air ni, time panas macam ni, memang syok.”

Nayla pun melipat sedikit seluarnya hingga ke betis, memastikan kain tidak terkena air. Perlahan-lahan, dia mencelupkan kakinya ke dalam kolam, menikmati kesejukan air yang menyentuh kulitnya. Mereka berbual santai, sesekali ketawa kecil, dan suasana menjadi tenang dalam kehangatan siang itu.

Sementara itu, dari jauh, Rayyan keluar dari biliknya. Baru saja selesai mandi, tubuhnya segar tetapi pandangannya liar mencari seseorang. Kakinya terhenti apabila matanya menangkap bayangan Nayla, duduk di tepi kolam bersama Husna, ketawa riang.

Dari jarak itu, Rayyan tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Melihat Nayla begitu gembira bersama Husna, hatinya entah kenapa menjadi lembut.

Perlahan-lahan, Rayyan melangkah mendekati kedua wanita itu, berhati-hati agar langkahnya tidak disedari.

Di tepi kolam, Nayla bertanya, "Puan Husna, nanti bila anak puan dah keluar nanti, puan nak namakan dengan nama apa?" Tanya Nayla ingin tahu.

Husna tersenyum. "Kalau anak perempuan, saya nak namakan dengan nama Hawa. Dan kalau anak lelaki, saya nak namakan Ayyan, semperna nama suami saya Rayyan."

"Awak pula,Nayla? Kalau awak ada anak, awak nak letak nama apa?” Giliran Husna pula bertanya.

Dengan ceria dan penuh semangat, Nayla pun menjawab, "Kalau anak perempuan, saya nak namakan Au-"

Belum sempat Nayla menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba *splash!* Air kolam memercik kuat ke arah mereka. Nayla tersentak, wajahnya basah kuyup. Rayyan, yang entah dari mana, tiba-tiba melompat ke dalam kolam, dan malangnya, Nayla yang berada paling dekat terkena percikan air paling banyak.

Nayla terpinga-pinga, terdiam seketika sambil menyapu wajahnya yang basah. "Ya Allah... Saya baru je lepas mandi tadi," keluhnya perlahan, namun matanya sudah mengerutkan kening ke arah Rayyan yang berada di dalam kolam.

Husna di sebelah sudah ketawa besar melihat keadaan Nayla yang kebasahan. “Biey, janganlah buli Nayla macam tu,” katanya di sela-sela ketawanya.

Rayyan yang sedang menyapu rambut basahnya ke belakang, seperti pahlawan baru keluar dari air, hanya tersengih. Otot-ototnya yang terbentuk jelas, berkilauan di bawah sinar matahari, membuatkan siapa saja yang melihatnya pasti akan terpesona. Namun, tidak dengan Nayla. Dia cuma basah kuyup dan mula kesal.

Rayyan ketawa kecil melihat wajah Nayla yang masam. “Ops, sorry la, Nayla. Aku tak sengaja,” katanya sambil masih tertawa.

Nayla menatap Rayyan dengan pandangan tajam, namun Rayyan tidak berhenti di situ. Dia melangkah mendekati Nayla lalu merenjis air ke arah Nayla lagi, membuat gadis itu semakin basah. “Ish, tuan, cukuplah... janganlahhh,” Nayla merayu sambil cuba menahan percikan air dari Rayyan.

Husna yang di tepi hanya mampu menahan ketawa sambil sesekali menyuruh suaminya berhenti. “Sudahlah, biey. Kesian Nayla.”

Rayyan akhirnya berhenti dengan senyum penuh kepuasan di bibirnya. Suka benar dia melihat Nayla marah-marah begitu. “Comel,” bisiknya perlahan, sekadar untuk dirinya sendiri, namun cukup untuk membuatkan hatinya berdegup sedikit lebih kencang.

___________________________________

Rayyan akhirnya naik ke tepi kolam, air menitis dari tubuhnya yang tegap. Tanpa segan silu, dia duduk di sebelah Husna, wajahnya penuh kepuasan setelah berhasil mengusik Nayla.

"Biey, pergilah pakai baju. Malu lah dengan Nayla," tegur Husna, matanya melirik kepada Nayla yang tampak canggung.

Rayyan menjawab dengan tegas, “Tak nak!” sambil mengelap sisa air di wajahnya dengan tangan. Husna menggeleng kecil, tidak puas hati dengan sikap suaminya yang enggan berkompromi.

Nayla pula hanya diam membisu. Dia benar-benar tidak selesa dalam situasi itu. Bajunya yang basah melekat di tubuh, membuatkan dia berasa tidak senang. Lebih-lebih lagi, Rayyan yang tidak berbaju, duduk santai begitu, menambahkan rasa tidak keruan di hatinya.

Walaupun Rayyan berada di sebelah Husna, ia masih tidak menghilangkan rasa rimas dalam diri Nayla. Suasana semakin memanas, tetapi bukan disebabkan oleh sinaran matahari.

“Buat apa nak malu? Badan cantik macam ni,” kata Rayyan selamba, sambil menepuk dadanya yang tegap dan berotot, seolah-olah bangga dengan apa yang dimilikinya. Nayla memandang ke tempat lain, berusaha mengalihkan perhatiannya.

Husna hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Dalam hati, dia berasa sedikit aneh dengan perubahan sikap suaminya. Rayyan yang dahulu, sebelum ini, adalah lelaki yang serius.

Tidak pernah sama sekali dia bergurau, apalagi bergelak ketawa atau bermanja-manja begini, bahkan dengan Husna sendiri. Namun sekarang, sikap Rayyan kelihatan jauh berbeza, seperti ada sesuatu yang berubah dalam dirinya.

"Puan, saya nak minta izin tukar baju, boleh?" Nayla akhirnya bersuara, suaranya sedikit lembut, tetapi cukup tegas menyatakan ketidakselesaannya.

Husna mengangguk. “Pergilah.”

Tetapi sebelum Nayla sempat berdiri sepenuhnya, suara Rayyan memotong, “Tak boleh!” Nayla terhenti, terkejut dengan nada suaranya yang mendadak.

Rayyan ketawa kecil, matanya memandang Nayla dengan penuh kenakalan. Husna menepuk lengan Rayyan lembut, “Sudah la tu, biey. Kesian Nayla,” ujarnya, cuba menenangkan keadaan. Rayyan menahan tawanya, senyum sinis masih terlukis di wajahnya.

Nayla menghela nafas perlahan dan melangkah pergi. Namun, sebelum sempat dia beredar jauh, suara Rayyan lagi sekali memanggilnya, “Weh! Tolong ambilkan baju aku.”

Nayla menoleh, pandangannya mengikut arah yang ditunjukkan oleh Rayyan. Baju Rayyan terletak di atas lantai, tidak jauh dari situ. Tanpa banyak bicara, Nayla melangkah perlahan, mengambil baju tersebut. Namun, sebaik dia berpusing untuk menyerahkannya kepada Rayyan, langkahnya terhenti. Rayyan berdiri betul-betul di hadapannya, terlalu dekat. Jantung Nayla berdegup kencang, wajahnya terasa panas.

Dia segera mengalihkan pandangannya ke tempat lain, tidak sanggup menatap tubuh Rayyan yang masih belum berbaju. Segala-galanya dalam situasi itu membuatkan dia berasa tidak selesa, dari pandangan Rayyan yang seolah-olah menggoda, hingga cara Rayyan mengusap rambut basahnya ke belakang dengan penuh gaya, seakan-akan ingin menunjukkan kelebihan dirinya.

Dengan pantas, Nayla menghulurkan baju Rayyan, namun Rayyan sengaja memperlambatkan tangannya, seperti mahu mempermainkan Nayla lagi. Mata Nayla meliar, cuba mengelak pandangan Rayyan yang begitu menusuk. Setelah menunggu beberapa saat yang dirasakannya terlalu lama, Nayla sudah tidak tahan lagi. Dia menyangkutkan baju itu pada lengan Rayyan, lalu berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Tangannya sedikit menggigil, bukan kerana kesejukan, tetapi kerana rasa yang bercampur-baur.

Rayyan tersenyum sinis melihat reaksi Nayla. Matanya mengekori langkah Nayla yang cepat-cepat pergi, seolah-olah tidak sabar ingin menjauhkan diri darinya. Ada sesuatu dalam tatapan Rayyan yang sukar dibaca – antara nakal dan penuh minat.

Di tempat lain, Husna memandang Rayyan dengan dahi berkerut. Rasa keliru menguasai dirinya. Ada sesuatu yang tidak kena. Rayyan yang sekarang bukanlah suaminya yang biasa. Sikapnya, perbuatannya, semuanya terasa aneh dan mencurigakan. Husna terdiam, cuba memahami apa yang sedang berlaku di antara Rayyan dan Nayla. Namun, semakin difikirkan, semakin jauh pula teka-tekinya.

.
.
.
.

BERSAMBUNG

YOU ARE MINE Where stories live. Discover now