6. 𝑻𝒉𝒓𝒐𝒘 𝑨𝒘𝒂𝒚

20 3 0
                                    

Petang itu, suasana di rumah terasa lebih sunyi daripada biasa. Cahaya matahari yang mulai meredup menghiasi segenap sudut rumah dengan sinaran keemasan, memberikan suasana yang tenang namun penuh tanda tanya.

Rayyan yang baru sahaja pulang awal daripada kerja, sebuah kesempatan yang jarang berlaku. Biasanya dia pulang lewat malam, tapi hari ini seolah-olah ada sesuatu yang menariknya untuk kembali lebih awal.

Langkah kakinya perlahan menuju ke bilik, mindanya sibuk berfikir tentang pelbagai urusan. Namun, setibanya di depan bilik, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Sebaik dia ingin membuka pintu, Nayla keluar dari bilik itu, baru sahaja selesai menghantar ubat kepada Husna.

Pandangan mereka bertemu seketika, mata Rayyan tak dapat mengalih dari sosok yang berdiri di hadapannya. Wajah Nayla yang lembut, kehadirannya yang sentiasa tenang, tiba-tiba membuatkan perasaannya bergetar tanpa sebab yang jelas.

Walaupun hubungan mereka kini berbeza, dia sebagai majikan, dan Nayla sebagai pekerja, namun ada sesuatu yang masih tidak terungkap di antara mereka.

Nayla, yang menyedari kehadiran Rayyan, tunduk hormat, cuba menjaga batasan sebagai seorang pekerja. Wajahnya sedikit merah, dan dia cepat-cepat menundukkan kepala, berusaha tidak membuat Rayyan berasa janggal.

Namun, Rayyan diam. Hanya matanya yang tetap menatap Nayla, seolah-olah terperangkap dalam perasaan yang tak terucap. Hatinya bergolak, namun bibirnya terkunci rapat. Dia terdiam, membiarkan masa berlalu dengan perlahan. Matanya tertancap pada Nayla, yang kelihatan semakin gelisah.

Nayla yang perasan Rayyan tidak bersuara, mengambil langkah untuk beredar. Dia tidak mahu situasi menjadi lebih janggal. Tetapi sebaik sahaja dia melangkah untuk berlalu pergi, kakinya secara tidak sengaja tersepak tumitnya sendiri. Gugup. Kakinya tersadung, membuatkan dia hampir terjatuh.

Namun sebelum tubuhnya sempat menyentuh lantai, tangan Rayyan dengan pantas menyambutnya. Sentuhan itu pantas namun berhati-hati, tubuh Nayla terpeluk dalam genggaman Rayyan.

Waktu seolah-olah terhenti. Mereka saling bertatapan mata, dalam keheningan yang terasa memakan waktu yang lama. Nafas mereka berdua terasa berat, jantung masing-masing berdegup lebih kencang dari biasa.

Rayyan dapat merasakan darahnya mengalir lebih deras, dan pipinya mula memerah. Dia menatap Nayla dengan mata yang berkaca, seolah-olah masa lampau kembali membayangi fikiran mereka.

Ada kenangan yang tersimpan di balik tatapan itu, kenangan yang mungkin cuba mereka lupakan, namun tetap hidup dalam hati mereka. Mata Nayla yang biasanya tenang kini tergoncang, dan dia turut merasakan debaran yang sama. Pipi mereka berdua mula berona merah.

Tanpa disedari, mereka berdua terperangkap dalam momen itu, momen yang dipenuhi dengan perasaan lama yang pernah terpendam. Namun Nayla cepat-cepat cuba mengalihkan dirinya, tubuhnya bergerak perlahan seolah-olah meminta Rayyan melepaskannya.

Rayyan tersentak dari lamunannya. Dia segera melepaskan Nayla, namun pandangan matanya tidak dapat dilepaskan dari wanita itu. Sambil berdehem untuk menutup kegugupannya, dia cuba mengawal suaranya yang hampir bergetar.

Nayla menunduk, wajahnya penuh rasa malu. “Maafkan saya, Tengku... Maksud saya Tuan. Tuan Rayyan.” Suaranya lembut, memohon maaf walaupun dia yang hampir jatuh. Nayla membongkokkan tubuhnya sedikit, seperti memohon kemaafan kerana menyebabkan kekacauan sebentar tadi.

Rayyan hanya mampu mengangguk perlahan, cuba untuk tidak memperlihatkan kegelisahan yang menguasai dirinya. “Tak apa. Lain kali hati-hati.” Nada suaranya pendek, seolah-olah ingin segera mengakhiri perbualan itu.

Tanpa membuang masa, Nayla cepat-cepat melangkah pergi, menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati. Hatinya masih berdegup kencang, perasaannya bercampur baur. Dia tidak mahu terjatuh lagi bukan hanya dari segi fizikal, tetapi juga dari emosi yang mulai meruntuhkan benteng dirinya.

Rayyan, yang masih berdiri di situ, melihat kelibat Nayla yang semakin menjauh. Dia menarik nafas panjang, menenangkan dirinya. Namun, dalam hatinya, dia tahu bahawa pertemuan tadi telah mengungkapkan sesuatu yang lebih dalam sesuatu yang tak mampu dia nafikan lagi.

__________________________________

Hari demi hari berlalu, dan sejak kejadian di mana Rayyan menyambut Nayla yang hampir terjatuh, rutinnya mula berubah. Rayyan, yang biasanya pulang lewat malam, kini sering pulang lebih awal dari biasa. Seolah-olah ada sesuatu yang menariknya untuk segera kembali ke rumah, sesuatu yang tidak pernah dia rasa sebelum ini.

Setiap kali dia pulang, Rayyan hampir selalu bertembung dengan Nayla di bilik yang dikongsinya dengan Husna. Sama ada Nayla menghantar ubat untuk Husna, membantu Husna menukar pakaian ataupun membantu Husna menguruskan keperluan lain, Nayla kerap kali berada di sana. Rayyan tidak dapat menahan diri daripada memerhatikan Nayla setiap kali mereka bertemu.

Pada mulanya, Rayyan hanya memandang Nayla sekilas, tetapi semakin lama, matanya terus tertarik pada gerak-geri wanita itu. Dia perasan cara Nayla menyusun ubat-ubatan, cara tangannya bergerak lembut ketika membantu Husna, dan senyuman kecil yang diberikannya kepada Husna apabila berbual. Semakin Rayyan perhatikan, semakin dia merasa ada sesuatu yang di dalam diri Nayla, sesuatu yang tidak pernah dia sedari sebelum ini.

Ada saat-saat di mana Rayyan akan berdiri di pintu, memerhati Nayla tanpa sedar, seolah-olah ada magnet yang menarik perhatiannya ke arah wanita itu. Dan setiap kali Nayla menyedari kehadirannya, dia akan tunduk hormat sebelum beredar, seakan tahu kedudukannya sebagai pekerja.

Namun, Rayyan merasakan sesuatu yang lebih daripada sekadar hubungan majikan dan pekerja. Setiap kali Nayla berada berdekatan, dia merasakan jantungnya berdegup lebih kencang, walaupun dia cuba untuk menahannya. Ada tarikan yang kuat, yang semakin sukar untuk dia nafikan.

Nayla pula, sentiasa menjaga jarak, namun tidak dapat menafikan rasa gugup setiap kali berdepan dengan Rayyan. Sejak insiden mereka bersentuhan dahulu, setiap kali mereka bertembung di bilik, Nayla akan merasa jantungnya berdegup kencang.

Setiap kali pandangan mereka bersatu, ada debaran yang sama bergetar di antara mereka. Perasaan yang dahulu pernah wujud kini perlahan-lahan kembali menghantui hati Rayyan. Dia tidak dapat lari daripada kenyataan itu. Nayla bukan sekadar pekerja di rumahnya, dia adalah seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya dengan cara yang lebih mendalam.

"Tak. Tak boleh jadi ni. Perasaan ni tak patut ada. Aku kena buang perasaan ni. Ini demi kebaikan keluarga aku. Demi kebaikan masa depan anak aku." Monolog Rayyan yang mula mencemaskan perasaannya.

.
.
.
.

BERSAMBUNG

YOU ARE MINE Where stories live. Discover now