PINTU dikuak sedikit kuat.Hari ini, Adrien sudah boleh balik kerumah.Sudah sihat sepenuhnya.
"Assalamualaikum.." sapa semua yang ingin masuk ke dalam rumah.
"Herm,Ien duduk dulu ye.Umi nak masak masakan istimewa harini.Memandangkan semua orang ada dekat sini" kata Puan Atikah.
"Wah!Umi nak masak apa yang istimewa sangat tu?" tanya Adrien teruja.
"Ish, mana boleh bagitahu.Tak rahsia lah macamtu" balas Puan Atikah.
"Pandai dah umi berahsia sekarang.Mentang-mentang bakal timang cucu" sampuk Luqman.Semua disitu ketawa.
"Ade-ade aje Luq ni lah" Puan Atikah gelengkan kepala.
"Eh dohla, saya tolong awok masok eh?" kata Puan Nazurah pula.
"Jom!" ajak Puan Atikah.
"So korang dah beli ke barang-barang baby?Aku tengok Ariena macam dah sarat sangat je" Luqman mulakan bicara.
"Memanglah dah sarat.Lapan bulan dah.Kau ni pon" Adrien menjeling.
"Kitorang belum beli barang baby.Beli pun baru sikit-sikit.Almaklumlah,aku kan busy manjang" jawab Adrien.
"Kalau macamtu, jom kita pergi shopping barang baby nak?On me!" ajak Luqman.
"Wowowo,kau nak belanja ke yang bukan main ajak ni?" tanya Adrien berkerut.
"Ha dahtu?Aku yang ajak kan.Aku lah belanja.Takkan aku ajak Paklang pulak nak belanja" jawab Luqman dalam gurauan.
"Eh,memang Poklang nok belanja barang ke cucu Poklang.Dokkang takboh" jawab Encik Marzuki.
"Yeyeje Paklang.Pastu nanti sampai tinggal dompet dekat rumah" gurau Luqman sambil mengangkat kening.
"Ehh,ye dok kenal lagi kite ni sape dia" terus pecah tawa semua yang ada disitu.
ARIENA HAIFA duduk di beranda ditemani angin malam yang sejuk.Dia mengusap perutnya yang sudah pun membesar.Tak lama lagi meletup.
"Sayang termenung apa tu?" tegur suara garau dari arah belakang.Ariena berpaling kearah suaminya dan memberikan senyuman manis.
"Kenapa isteri El termenung ni?Ada apa-apa ke?" tangan lembut milik isteri dicapai lalu digenggam.Seterusnya, mengusap perut isterinya.
"Ifa takut.." perlahan sahaja tutur kata Ariena kali ini.
"Kenapa takut pulak ni herm?" soal Adrien.
"Saya takut nok beranok.Awok tahu dok, macam-macam saya dengor orang kabo pasal beranok ni.Ade hok gitu la,ade hok gini la" beritahu Ariena semangat.
"Ish, itu yang dia fikirkan" hidung isterinya dicubit.
"Alaa, love jangan la fikir sangat okey.Doa banyak-banyak insyaAllah Allah permudahkan.El sentiasa doakan okay.."
"Love jangan lah fikir sangat pasal menda tu semua.Nanti menganggu fikiran pulak.Tak baik untuk kesihatan.Tak baik untuk anak kita tau" nasihat Adrien lebar.
"Herm okay.." Ariena angguk perlahan.
"Dah, jom kita masuk tidur.Dah least dahni" ajak Adrien.
"Boleh tak jalan ni?"soal Adrien.Ariena geleng,saja ingin bermanja dengan suami.
"Meh" lengan Adrien dipaut.Adrien memimpin isterinya ke arah katil.
"Ee dah gemok.Berat!" gurau Adrien.
"Dohtu kalu saya gemuk, berat.Awok dok sayang saya dohla?" cebik Ariena sambil buat muka monyok.
"Eish, takdelah.El gurau je hehe" kedua belah pipi Ariena dicubit.
"Ho gura je awok tahu.." Adrien hanya sengih.
ARIENA bangun dari baringnya.Hari ini mereka pergi check up kandungan Ariena.Doktor Shida duduk di atas kerusi.Mereka pun turut sama pergi ke arah meja dan duduk.
"Alhamdulillah,berdasarkan dengan apa yang kita cek tadi nak Puan lelaki ye" ucap Doktor Shida.
"Memandangkan kandungan Puan pun dah nak menececah sembilan bulan,jadi Puan kene lebih bersedialah ya" pesan Doktor lagi.Ariena hanya mengangguk.
"Due Puan pun pada 27 haribulan.Kalau Puan tak rasa sakit , Puan boleh terus datang ke hospital kalau Puan rasa ragu-ragu ya.."
"Hm,Encik pun kenalah jadi isteri lebih sikit.Kalau boleh jangan lah tinggalkan dia sorang-sorang.Orang yang bawak anak ni emosi dia terganggu sikit " pesan Doktor kepada Adrien pula.Dia hanya mengangguk laju.Dia tahu tugasnya sebagai suami.
"Okay,jadi tu je untuk hari ni.Check up Puan pun dah takde lah ya.Lagi satu cubalah senaman-senaman yang ringan sikit ya" Ariena dari tadi hanya mengangguk tekun mendengar.
"Terima kasih doktor.Doakan keselamatan isteri saya" Adrien sengih.Doktor Shida angguk senyum.
"InsyaAllah Allah permudahkan.Saya selalu doakan patient saya" Doktor Shida senyum.
TBC.
sorry guys lamaaaaaa sangat tak post.banyam kijoooo.
voteee for nexttt!
YOU ARE READING
Pemilik Hati Kapten
No FicciónAdrien Mikhael × Ariena Haifa Adrien Mikhael atau lebih dikenali sebangai Kapten Adrien Mikhael.Dia ni kelakar orangnya.Tak pernah bercinta,tapi uminya sebok mintak menantu.Tunggu punya tunggu sampai ke sudah.Jadi,uminya buat keputusan sendiri. Tapi...
