Sekarang waktu pulang kerja.Harini D'yna pulang kerja awal pukul 3 petang selalunya D'yna pulang pada pukul 5:30 petang.D'yna di lobby office on the way ke kereta,tiba-tiba Razin tahan D'yna ajak D'yna keluar.
"jom keluar" ujar Razin.
"Taknak lah aku nak balik aku penat" jawab D'yna.
"alahh jom lah harini je" pujuk Razin.
"pastu kereta aku macam mana?" Soal D'yna takkan nak tinggal pula kereta dia di office.
"takpe pasal kereta kau tu jangan risau...nanti aku suruh kawan aku hantarkan kereta kau dekat rumah kau okey?" Jawab Razin.
"nak pergi mana?" Tanya D'yna.
"kita pergi shopping dekat mall" jawab Razin.
"malas lah gaji belum masuk" ujar D'yna.
"Pastu apa guna aku ajak kau tapi aku tak bayarkan?" Soal Razin.
"takyah nak habiskan duit kat aku bazir jee" nasihat D'yna.
"takpe lah dekat tunang aku je apa salahnya...anything for you" jawab Razin.
"eeii menguji betul dia ni" bisik D'yna dalam hati.
"anything else? Kalau takde pape jom lah" tanya Razin.
D'yna pun ikut masuk kereta BMW milik Razin.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sudah pun setengah perjalanan..keadaan di dalam kereta sangat sunyi,D'yna hanya pandang keluar tingkap dan Razin fokus drive.
"Dy dah bagi tahu El ke? Nanti dia risau pula" Razin memecahkan suasana yang sunyi sepi.
"dahh" jawab D'yna sepatah.
"kita nak pergi mall mana?" Soal D'yna.
"aku nak bawa kau pergi TRX alang-alang tu cari kasut kita sekali untuk wedding nanti" jawab Razin.
"Tapi kat situ paling murah pun Vincci...so kita pergi Vincci lah kan? Aku suka pergi Vincci" ujar D'yna.D'yna memang suka shopping dekat Vincci pun.Kebanyakkan heels dan handbag D'yna semua berjenama Vincci.
"Okeyy bolehh..." ujar Razin.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sesampai mereka di TRX, D'yna dan Razin jalan cari Vincci.Razin bawakan handbag tunangnya itu D'yna.
"Haa tu Vincci" ujar D'yna sambil tunjuk ke arah Vincci.
Mereka pun masuk ke dalam Vincci dan cari heels saiz kaki D'yna.Sedang tunggu staff ambilkan heels saiz D'yna,D'yna cuci mata melihat handbag,tudung dan yang lain.
"Eeiii cantiknyaa..." teruja D'yna sambil membelek handbag yang cantik itu.
"cuba pakai" arah Razin.D'yna pun pakai handbag tersebut nampak lawa sangat.
"haa cantik-cantik ada colour apa je?" Tanya Razin.
"ada colour ni je hitam,putih,pastu macam colour coffee centu... ermm tu je lah" jawab D'yna.
"kalau nak, amik lah" yawar Razin.
"kau serius lah?" Tanya D'yna.
"yee serius amik je mana kau nak" ujar Razin.
D'yna lihat tag harga yang tergantung di handbag tersebut 𝐑𝐌450.
"takpelah taknak" ujar D'yna.Sebersalah pula D'yna ingin ambil handbag itu,tak mahu lah dia menyusahkan tunangnya itu.
"lah kenapa? nak ambik je lah" ujar Razin benar ia ingin belanja tunangnya itu.
"takpe-takpe taknak" jawab D'yna.
"Haihh" ngeluh Razin terus dia mencapai handbag tersebut dan beri pada staff yang berkerja di situ untuk mengambil handbag yang baru.
"Kak saya nak colour hitam" ujar Razin pada staff itu.Terus staff tersebut pergi mengambil stok yang baru dan beri pada Razin sekali dengan heels yang mereka pilih sebentar tadi.
"Thank you kak" Razin berterima kasih.
"jom bayar" ajak Razin dan terus menuju ke kaunter pembayaran.Total semua,heels yang berharga 𝐑𝐌376 dan dicampurkan dengan harga handbag 𝐑𝐌450 jadi total kesemuanya ialah 𝐑𝐌826.Dua barang je dah harga setinggi tu,banyak tak banyak juga lah Razin keluar duit untuk D'yna kan.Untung D'yna.
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ───