♡ IHYES 18

9 1 0
                                    

Majlis berlaku di halaman rumah yang mereka sewa khas untuk majlis.D'yna dan Razin sudah bertukar ke baju sanding dan sudah selesai solat sunat selepas akad nikah.Tepat jam 10:30 mereka berada di depan pagar rumah yang disewa untuk berarak masuk ke jinjang pelamin.Ramai tetamu sudah menunggu di laman tersebut.

Pengacara majlis sudah menjemput, selawat pun telah dimainkan sekarang tibanya waktu untuk mereka berarak masuk.El-Riesya dan Qhanril sebagai pengapit sekali gus ketua pembawa dulang sudah pun beratur di belakang mereka berdua dan diikuti pembawa dulang lelaki dan perempuan yang lain.

Dengan lafaz bismillah mereka mengatur langkah menuju ke pelamin.D'yna dan Razin sebagai pengantin tersenyum manis sambil tangan jiri D'yna memegang bunga tangan manakala tangan kanannya berpaut pada lengan Razin.Sesampai mereka di pelamin mereka pun melabuhkan punggung di atas pelamin,El-Riesya pula membetulkan apa yang patut pada D'yna.

"Kenapa?" Bisik Razin.

"Ni kasut tak betul" jawab D'yna dengan nada bisik.

"Tanpa melenggahkan masa kita mulakan majlis dengan bacaan doa daripada Encik Farizudin" ujar pengacara majlis.

"Bismillah" ucap Encik Farizudin terus menadah tangan dan semua tetamu pun menadahkan tangan termasuk lah D'yna dan Razin.

"Aamin..aamin ya rabbal alamin..terima kasih atas bacaan doa itu tadi,sekarang kita beri ruang kepada pengantin untuk memberi sedikit pesanan atau kata-kata" ucap pengacara majlis.

"bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah saya kini sah sebagai isteri kepada Muhd Razin Shazwan bin Muhd Hakq,warisan yang Dy sayang ayah ibu terima kasih atas segala pengorbanan yang diberikan semuanya tak mungki Dy dapat balas walaupun segulung emas permata diberikan kepada ibu ayah,harini bermulalah perjalanan baru dalam hidup Dy sebagai seorang isteri,doakan agar kami diberikan kekuatan dan kesabaran untuk hadapi segala cabaran dalam berumahtangga" ucap D'yna sambil menangis teresak-esak.Permata yang ingin jatuh memang tidak dapat ditahan lagi.

Tangisan itu dapat dirasai oleh ibu,ayah,adik-adik,dan rakan-rakan D'yna dan juga tetamu dan mereka juga turut menangis.Dulang girl yang berada di sisi pelamin juga turut menangis iaitu Sya,Nia,Areesa dan Ain.

"Okey..itu sedikit sebanyak ucapan daripada pengantin perempuan,sekarang masanya menjemput yang dihormati,bonda pengantin perempuan yang diiringi oleh ayahnda tercintanya untuk memberi sepatah dua kata dipersilakan" jemput pengacara majlis.

"Assalammualaikum..ibu sebenarnya tak percaya ye yang kakak anak sulong ibu dah jadi err isteri orang..okey untuk kakak,dengar cakap suami,kalau Razin tegur jangan asyik merajuk..jengan melawan cakap suami..cakap dengan suami tu elok-elok..untuk Razin pulak ibu nak cakap...jaga anak ibu baik-baik jangan berkasar dengan dia,dia tu sensitif sikit..kalau dia salah,tegur dia elok-elok..jangan tinggi suara dekat dia..okey lah ibu taknak paniang-panjang,ibu doakan semoga perkahwinan ni sampai ke akhir hayat,sampai ke anak cucu dan semoga tabah dalam menghadapi masalh rumah tangga" ucap Puan Hannisa dengan panjang.

"Sungguh menyentuh hati pesanan sang ibu sebentar tadi.Baik sekarang adalah waktu yang dinanti-nantikan menjemput sahabat kepada pengantin lelaki dan pengantin perempuan untuk memberikan ucapan.Ha ni bakal pengantin jugak ni..dipersilakan" gurau pengacara majlis.

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──


I Hate You En.SuamiWhere stories live. Discover now