♡ IHYES 19

4 1 0
                                    

"Sungguh menyentuh hati pesanan sang ibu sebentar tadi.Baik sekarang adalah waktu yang dinanti-nantikan menjemput sahabat kepada pengantin lelaki dan pengantin perempuan untuk memberikan ucapan.Ha ni bakal pengantin jugak ni..dipersilakan" gurau pengacara majlis.

El-Riesya yang ingin memberi ucapan memandang tajam pada pengacara majlis.

"Setelah sekian lama korang merajuk cinta dalam ikatan cinta, itu sudahpun menjadi bukti betapa kuatnya cinta korang berdua.. Untuk Razin aku just nak ucapkan congrats untuk korang harini..And untuk sahabat saya D'yna..rupanya jodoh kau dah ada waktu darjah lima lagi ye... Semoga hubungan korang dirahmati hingga ke akhir hayat dan sampai ke anak cucu yer.. Aamiinn baik itu sahaja dari saya sekian" ucap El-Riesya.

"Awak pulak cakap" ujar El-Riesya pada Qhanril sambil memegangkan microphone untuk Qhanril.

"Selamat pengantin baru razin.. stop-stop laa main game tu yer, D'yna tu kuat merajuk..congrats Raz sebab kau berjaya buat Dy terima kau balik dalam hidup dia..even kau ada buat luka kecik kat hati dia...tu dah menyunjukkan dia still sayangkan kau... jadi imam yang baik untuk keluarga dan kedepannya. Semoga kehidupan rumah tangga korang penuh keberkatan dan kebahagiaan" ucap Qhanril sempat bergurau.

"Itu dia sebentar tadi sedikit sebanyak ucapan sahabat kepada pengantin..jodoh dari darjah lima ye pengantin? Betul ke pengantin apa yang diberitahu sahabat sebentar tadi?" Tanya Pengacara majlis.

"Haha ye sebenarnya betul apa yang dikatakan..sebab Dy ni dia masuk sekolah tu time darjah empat tak silap saya lah cuma kami tak kenal lagi masa tu sebab lain kelas..tapi darjah lima dia pindah ke kelas saya and meja kami di susun macam berkumpulan..and dia punya tempat betul-betul depan saya jadi kira saya pandang dia..dia pandang saya..aa"

"lepastu Dy ni jenis dia tak reti tegur orang so orang yang tegur dia dulu baru dia bercakap..dia bukan friendly lah selagi orang tak tegur dia..dia akan diam je..so saya sendiri yang tegur dia and kitaorang pun kawan..and by the way time kitaorang sekolah menengah..kitaorang banyak kali lost contact tapi mesti akan ada number dia balik..berapa banyak kali lost contact pun mesti akan dapat number dia balik..haa mungkin sebab memang dah terlulis dia jodoh saya"

"Ooo begitu lah ceritanya tapi dalam pengantin sedang bercerita mesti tengah lapar kan? Jadi mari kita beri laluan untuk menjemput pengantin ke meja santapan untuk menjamu selera" jemput pengacara majlis.

Razin bangun dan menyambut tangan isterinya untuk bangun.Mereka menuju ke meja santapan dan diiringi pengapit iaitu El-Riesya dan Qhanril.Menu untuk pengantin ialah nasi hujan panas.

D'yna menyendukkan nasi untuk suaminya.Menu pengantin ialah nasi hujan panas,buah tembikai dan air jus oren.Jarang pengantin yang senduk nasi.

"Lagi ke?" Tanya D'yna.

"Dah-dah" jawab Razin.Mereka pun menjamu selera.

"Ibu mana Aqeel dengan D'yni?" Tanya D'yna pada Puan Hannisa.

"Entah dekat depan kot" jawab Puan Hannisa.

"Korang nak shoot outdor ke indor?" Bisik El-Riesya pada D'yna.

D'yna mencuit bahu suaminya.

"Nak shoot outdor ke indor? Diorang tanya" tanya D'yna.

"Ikut lah outdor ke indor ke saya tak kesah" jawab Razin.

"Kita shoot kat sekolah rendah nak? Kita kenal pun dekat sekolah rendah" tanya D'yna.

"Okeyy boleh je..good idea" jawab Razin.

"Okeyy...El kau tolong uruskan eh..aku nak dekat sekolah rendah kita" ujar D'yna.

"Okeyy jap aku bagitahu Qhan" jawab El-Riesya.

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

I Hate You En.SuamiWhere stories live. Discover now