♡ IHYES 13

13 3 0
                                    

Harini D'yna,El-Riesya,Razin dan Qhanril bergerak ke rumah Puan Hannisa untuk menyambut hari jadi adik bongsu D'yna iaitu D'yni yang ke-14 tahun.

"Happy birthday adik ni hadiah dari abang" ucap Aqeel adik lelaki D'yna sambil hulur hadiah pada adiknya.

"Wahhh abang bagi hadiah..kakak?" Tanya D'yni.

"Ehh kau tahu mintak je" jawab D'yna.

"Kedekut" ujar D'yni.

"Nahh kau jaga elok-elok eh kalau tak..kakak amik balik ipad ni" ujar D'yna sambil hulur set ipad pada D'yni.

"Fuyoooo dapat ipad!" Jerit D'yni.Laju saja tangan D'yna sampai di muka D'yni "PEKK" di tamparnya muka D'yni.

"Tak payah lah menjerit" warning D'yna.

"Sakit lah" ujar D'yni.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Mereka semua sedang duduk berkumpul.Di sebelah kiri D'yna ada El-Riesya manakala di sebelah kanan D'yna tiada orang duduk.Sedang rancak mereka bersembang tiba-tiba ada kedengaran suara lelaki dari sebelah kanan D'yna.D'yna pun menoleh terkejut.

"Ihhh lah kau ni! Terkejut aku giler" ujar D'yna tanpa bertapis.

"Apa kau aku cuba biasakan diri tu panggil saya awak dah nak kawin dah kan" ujar Puan Lina iaitu maklang kepada D'yna.

"Eee taknak lah alang geli lah" jawab D'yna.

"Apa nak geli pulak nanti kawin pun sama kan kena panggil elok-elok..ko panggil awak saya...cakap sekarang" arah Puan Lina.

D'yna cuba panggil walaupun geli tu tak boleh tahan.

"Awakk terkejut saya tau tak? Saya bagi panampaq satgi mampos awak" ujar D'yna.

"Jangan lah garang sangat" ujar Razin.

"Siapa je tak terkejut tiba-tiba ada suara jantan sebelah telinga?!" Marah D'yna.

"HAHAHAHA korang nii cepat lah kawin" ujar Qhanril.

"Ingat eh panggil saya awak jangan kau aku dah faham?" Tanya Puan Lina.

"Ye alang fahamm" jawab D'yna.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

D'yna sedang pegang pinggan yang berisi buah anggur dan tembikai.Tiba-tiba Razin ingin capai satu buah.

"Ehh ni aku punya..kau nak pergi lah amik sendiri" tepis D'yna.

"Haaa! Cakap kau aku bagi tahu alang.." ugut Razin.

"Ishhh takpayah lah bagitahu alang...awak nak pergi lah amik sendiri" jawab D'yna.

"Saya nak satu je punn" ujar Razin.

"Ihhh amik lah" ujar D'yna sambil hulur pinggan yang berisi buah itu.

"Thank you" Razin berterima kasih.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Sedang rancak bersembang tiba-tiba Razin bangun dari tempat duduk.

"Ka...awak nak pergi mana?" Tersasul pula D'yna.

"Nak pergi amik ABC" jawab Razin.

"Tolong amikkan saya cendol boleh?" Pinta D'yna.

"Bolehh jap" jawab Razin.

"Tapi saya taknak kacang tau" ujar D'yna.

"Okeyy" jawab Razin dan pergi ambil abc dan cendol untuk D'yna.

Razin letak abc dan cendol di atas meja.D'yna rasa sedikit abc Razin.

"Ehh ni saya punya lah..awak punya kan cendol tu saya dah bagi dah" ujar Razin.

"Ihhh rasa sikit je pun..tu pun tak boleh" jawab D'yna.

"Okk amik lah" ujar Razin.

"Taknak saya nak makan cendol" ujar D'yna.

"Nak rasa sikit boleh?" Tanya Razin.

"Amik lah" jawab D'yna.El-Riesya dan Qhanril tengok je gelagat mereka berdua ni.Nama je dua-dua sulong tapi perangai macam budak-budak padahal nak kahwin dah.

"Ehh korang nak tahu tak aritu Farafisya call aku" ujar D'yna.

"Buat apa dia call kau?" Tanya El-Riesya.

"Dia minta number Razin" jawab D'yna.

"Eh betina ni sibuk mintak number laki orang buat apa?" Ujar Qhanril.

"Mana lah aku tahu dia rindu skandal dia lah kot" jawab D'yna.

"Eeh awak jangan nak tuduh saya skandal dia pulak" ujar Razin.

"Pastu kau bagi ke?" Tanya El-Riesya.

"Takk time tu aku keluar ngan Raz astu Raz tak kasi aku bagi number dia dekat Farafisya" ujar D'yna.

"Bagus lah tu" jawab Qhanril.

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

I Hate You En.SuamiWhere stories live. Discover now